Perkahwinan Hujung Tanduk

Assalamualaikum aku N, berkahwin dengan lelaki aku gelar A. Dah hampir 9 tahun. Ada anak 2 orang. Ape aku nak luah ni sangat sakit bagi aku. Dek kerana ego dan rasa nak menang, aku bertahan. 

Seawal berapa bulan aku berkahwin A kantoi berwasap sayang bagai dengan perempuan aku gelar Z. Berderau darah aku dan aku warning Z. 

Aku ingat habis disitu, A tukar no. 

A janji tak ulang lagi. Sampai 2 tahun hal yang sama berulang dan masih dengan orang yang sama Z.

Aku mengamuk, ugut dan A mengalah tak guna henfon. Aku selidik rupanya Z ni isteri orang, ex A. Mereka berpisah sebab Z dijodohkan oleh keluarga nya. 

Sebab aku tanya A kenapa tak kahwin dengan Z.

Dengan selamba A jawab kalau dia kahwin dengan Z takdelah dia kenal aku. Z kahwin dulu keluarga jodoh kan. Mereka jumpa semula lagi berapa hari majlis kahwin kami. Tu pun A terjumpa Fb dia. Aku macam, wow.. 

Kenapa kau cari?? Bergaduh kali ni agak teruk sampai keluarga A tahu, dia janji akan lupa dan berubah. 

Semua nampak ok lepas tu. Aku fikir A dah berubah, dek kerana susah takde henfon. A kembali guna henfon.. sangkaan aku meleset dia terus save no Z dan kembali contact.

Aku diam kan nak tengok sejauh mana. Setiap status Z dia terpaling awal nak tengok. Dia banyak termenung. 

Kejap bergaduh berbaik hubungan kami. Aku sedaya upaya tak mengamuk lagi. 

4 tahun kahwin kami dapat anak perempuan seorang. Aku sangka akan jadi pengikat kasih. Rupanya makin rancak mereka berhubung dan A sanggup memandu beratus kilometer untuk jumpa Z. 

Macam mana aku tahu? Bila anak hampir 9bulan aku tergerak hati untuk cek dan back up segala dalam henfon Z. 

Tapi Z tak jumpa A secara bedepan. 

Z hanya bagi bayangan untuk A nampak dia dari jauh. 

Sebab A puas memujuk kerana terlalu rindu bertahun tak jumpa sejak Z kahwin dan pindah ikut suaminya. 

Kali ni hampir nak bercerai, bergaduh halau segalanya. Namun tanpa aku sedar rupanya dah hamil anak no2. 

Aku bf anak sulung, jadi tak uzur tu aku anggap normal. 

Jangan pertikai kenapa tadah, dah nama nya aku masih seorang isteri. 

Dek kerana aku hamil lagi A memujuk. 

Dia sebenarnya baik tentang hal lain cuma 1 perangai dan masalah dia adelah Z. 

Kami cuba bincang, dia akui dia sayangkan anak-anak. Dia tahu dia tak mungkin dapat Z. 

Henfon dia pecah aku baling. Tak sanggup baca segala perbualan madah cinta A pada Z. Kembali aku jalan hidup, berpindah ke kampung A. 

Katanya ingin berubah dan suasana baru. Dia tak guna henfon sebab sentiasa ada disekitar rumah/kampung. 

Aku cuba berdamai dan memaafkan. 

Hidup di kampung turun naik penghasilan dan pendapatan. Beberapa tahun hidup kami aman. Aku yakin dia tak berhubung dengan Z. Mungkin dia betul-betul berubah.

Sampai 1 hari kami bergaduh teruk. Sebab kewangan yang tak cukup. Aku tertekan, aku rasa tak sanggup terus di kampung.

A pun turut jawab yang dia pun dah tak tahah dengan sikap aku. Tak sanggup nak dengar aku asyik marah tu ini.

A cakap pada aku bagi dia masa nanti dah senang aku hidup lah sendiri. A kata tunggu anak besar. Aku terdiam, aku macam eh.. dia ni nak ceraikan aku ke ape. 

Sampai lah baru-baru ni, A nak ikut kawan kerja di utara. Dek kerana cuaca dan hasil di kampung pun kurang untuk menyara kami 4beranak. 

Aku setuju. Katanya dalam 3-4 bulan anggaran. 

Berjauh lah kami, susah sebab A tiada henfon. Dengan berat hati aku suruh dia pakai henfon lama aku. 

Senang untuk kami berhubung. Aku harap sangat dia tak ulang hal yang dah lepas tapi tak aku luah kan. 

Gerak hati aku makin tak tentu, sejak jauh. A kerap up status wasap lagu² jiwang. Ayat cinta. 

Ada sekali tu ayat dia up seolah-olah tengah bercinta. Aku malas nak keruhkan keadaan lagipun jauh. 

Aku sabar je. 

Sampai lah dia balik semula ke kampung. Takkan aku nak rampas balik pulak kan henfon tu tak bagi pakai. 

Termenung, berangan sampai aku panggil anak cakap tak dengar. Henfon asyik tengok. 

Aku turutkan. Dia lupa tu henfon lama aku. 

Sampai lah ada 1malam dia tertido dengan henfon dekat tangah. 

Bagai nak runtuh aku baca, Z!!!!!!!

Dia masih cari Z dan berhubung. 

Hampir setiap hari dari hari pertama dia dekat utara dia akan wasap Z. 

Bagi gambar, update makan ape. 

Sebab dia duduk hostel, makan tak tentu. Beberapa kali Z oder kan makanan guna Grab untuk A. 

Perbualan mereka memang hancurkan hati aku sangat kali ni. 

Boleh kata tiap masa seolah milik mereka. 

Bahkan A dah balik pada aku pun mereka masih berhubung. Tiap ape A buat A akan bagitahu Z. 

Istimewa sangat diri Z ni pada hidup dan diri A. Aku rasa terseksa sangat waktu baca. Aku kejut A. Aku meraung. 

Aku tanya dalam betul segala ayat dia pada Z. Sungguh sangat ke A sayangkan Z? 

Korang tahu ape A jawab?? 

Dia jawab ya.. memang dia sangat² sayangkan Z. Dari dulu hingga lah kini Z memang masih dia ingat dan sayang. 

Aku marah aku pukul A aku lempar semua barang aku macam gila hilang sabar. Aku cakap ceraikan aku. A cakap ok. 

Aku terkedu, sebelum ni bukan aku tak pernah minta cerai tapi A tak pernah nak ceraikan aku. Kali ni dia jawab ok. 

Aku tanya nak sangat ke dia dekat Z dia jawab ya memang dia tunggu waktu ni. Z dah janda sekarang, anak-anak Z dia dah anggap macam anak dia dari sejak dulu walaupun Z masih ada suami waktu tu. 

A cakap aku berkali-kali nak dilepaskan jadi ape salahnya sekarang. Aku meraung bagai nak hilang suara. 

A terus keluar dari bilik kami tidur diruang tamu, tak hirau aku tak pujuk. 

Henfon masih pada aku. Aku buka semua, aku baca segalanya.. 

A karang puisi, syair hanya untuk Z. 

Sebelum kaki nya melangkah ke rumah kami semula berapa hari lepas betapa A janji yang dia tak kan lupa atau abaikan Z. 

Aku benci A dengan Z. 

Tapi aku tak mampu hidup tanpa A. Aku yatim piatu, sejak kahwin aku tak pernah keluar bekerja, memandu pun aku tak pandai. 

Perlahan-lahan aku tahan tangis, aku cari tahu siapa Z walaupun A pernah bagitahu. Aku buka fb Z.. semua post dia A like. 

Orangnya manis, kecil molek. 

Lebih muda dari aku dan A. 

Aku baca semula wasap mereka walaupun pedih, aku nak tahu mereka pernah jumpa atau terlanjur ke tak. Perit untuk aku akui tapi Z memang tetap tak nak berjumpa walau dipujuk rayu A.

Dia kata tidak mahu terlalu jauh jika bertemu bimbang nafsu gagal dikawal. Anak-anak Z juga bijak pandai dan A sering puji bila Z update prestasi cemerlang anaknya.

Sementelah Z lagi muda 8 tahun dari A, dan nikah awal anaknya kini telah remaja. Aku hanyut dengan perasaan betapa hancur nya hati bila bait-bait cinta sentiasa A hadiah dan karangkan untuk Z.

Pasti Z senyum girang waktu baca sedangkan aku hancur, sakit hati!! Aku mula simpan dendam dan benci pada Z. Aku tekad takkan kalah pada Z. 

Aku simpan no nya di henfon aku guna. 

Mulanya aku dah hambur kata cacian maki hamun melalui wasap kepada Z melalui no yang A guna.

Dek kerana pukul 3 pagi, pasti Z tidur. Entah kenapa aku padam semula. Aku cuba lelapkan mata namun kecewa dan marah buat aku tak mampu pejam mata. 

Awal pagi A bangun, aku tanya kan betul ke dia nak cerai kan aku kerana Z. 

Dia cakap dah aku selalu minta ape salah dia bagi je sekarang jangan nak salah kan Z. Faham lah aku dia cuba nak lindungi Z. Aku tanya lagi, dalam sangat ke sayang dia pada Z?

Dia dengan tak bersalah jawab ya.. memang dia sangat sayangkan Z. Aku tanya habis kenapa kahwin dengan aku?

Dia jawab, umur dah tua dan nak kan zuriat sebab Z dah hilang.

Aku pun bodoh tanya soalan yang jawapan tentu sakitkan hati sendiri. Aku ugut A kalau dia ceraikan aku, anak-anak aku akan buat sampai tak ingat dan tak kenal siapa A. 

A diam.. dia cakap tak guna ugut kalau pun dia ada tapi dia dah jelaskan perasaan dia. Aku mengamuk lah nak bawak keluar anak-anak. 

Aku tahu tu kelemahan A. Dia sayang sangat anak. Mungkin sayang dia pada aku tak setinggi sayang dia pada Z jadi dia tak perlukan aku. Tapi anak. Aku ada anak dengan dia. Dan apa pun aku taknak kalah pada Z.

Akhirnya A mengalah pujuk aku masuk dan bertenang. Dia takkan lepaskan aku. Dia cakap buat lah ape pun asal jangan marah atau ganggu Z. Dia takkan cari Z sampai anak besar dan kenal dia. 

Aku terdiam.. A bertahan kerana anak bukan bererti dia akan lupakan Z. Untuk bermadu memang A taknak lakukan sebab dia tahu kemampuan. Aku call Z berkali-kali dia tak angkat. Aku wasap dia aku bagitahu dia yang aku tahu semuanya dan aku benci dia dan A. 

Tapi aku akhir kan ayat yang aku akan menang A akan tetap dan pilih aku. 

Entahla.. dah hampir 3bulan kejadian ni jadi. Zahir aku menang, A memang ada dengan aku. Seharian dia setiap hari tak jauh dari aku. Biaselah kerja kampung kan. A tak pakai henfon dah tapi hati aku tetap tak tenang.

A berubah, jadi pendiam dan banyak termenung. Baiknya kini dia kerap ke masjid yang depan rumah kami ni.

Memang aku sendiri nampak dan tiada mencurigakan. Selebihnya bawa anak main. Dengan aku hanya berbasa basi untuk mesra.. terasa janggal. 

Walau dia cakap dia ok takde ape perlu ingat hal kami bergaduh haritu tapi aku tetap tak rasa macam dulu. 

Aku tak tahu sampai bila, cuma bila di ingat A pernah cakap sampai anak besar ingat dan kenal dia walau nanti dia takde depan mata. 

Aku sangat sayang kan A. Bukan kerana anak semata-mata. Sejujurnya aku tak mampu hadap kalau A ceraikan aku. 

Korang tolonglah bagi aku semangat dan pendapat. Sekarang aku cuba sehabis baik untuk jadi isteri lebih baik.. aku taknak berpisah. 

Aku tahu A masih sayang dan harapkan Z. Entah kenapa aku tak dapat ganti tempat Z. Ape kurang nya aku. 

Dapat tak korang rasa dan bayangkan seksa nya hati aku dengan semua ni. 

Raga A depan mata aku tapi jiwa dia sepenuhnya untuk Z. Dia bersumpah berjanji dia takkan berhenti sayang&cinta kan Z hingga akhirnya…. 

Aku gila ke betahan? Ego untuk menang dari Z? 

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. 1st step jgn branak lg…2nd up skill kau sistur..blaja mmndu n kua cr kje..Org pmpuan zmn skrg kn bkerja untk adap2 bnde cmnie , jdh x slamaye ade smpai akhr hyt so if anythng happen kt laki kau ,kau da ade steady financial. Utamakn dr ko and ank2x dlu ok.

  2. hidup ni kena ada harga diri. maruah diri. tu je. sayang Allah dari manusia. Perlu ke ada suami yg sayangkan perempuan lain? Org tu dah niat nak ceraikan u pun, why masih terhegeh hegeh? hidup ni harga diri kena letak tempat tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *