Untuk part I, (https://iiumc.com/perkahwinan-
Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian. Dan selamat menyambut ramadhan bagi semua orang islam. Aku sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan ini.
Kali ni aku nak jelaskan apa yang sedikit kekeliruan yang berlaku. Sebab ada dalam komen komen anda yang salah faham apa yang telah saya ceritakan.
Pada mulanya, saya perkenalkan diri, dan nama sebenar saya adalah ahmad. Saya sebenarnya orang Bentong Pahang. Bekerja di negeri penyu yang banyak minyak mentah malaysia di pantai timur.
Saya nak jelaskan bahawa saya bukanlah bekerja dalam sektor oil & gas sepenuhnya. Kerjaya saya adalah jurutera junior dalam perkapalan yang mengangkut minyak mentah dari pelantar minyak ke pusat tapisan sahaja.
Saya bukanlah bekerja dengan syarikat syarikat pengeluar minyak mentah negara. Saya cuma bekerja dengan syarikat kapal laut sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kerjaya saya.
Yang kedua, ketika kisah saya berlaku, saya berusia 29 tahun. Dan bekas isteri saya ketika itu 31 tahun. Dan sekarang saya sudah pun 33 tahun, bekas isteri saya sekarang sudahpun berusia 35 tahun. Semuanya sudah 4 tahun yang lalu pada tahun 2016.
Saya sebenarnya bukannak mengungkit kisah lama. Tapi pendaman dalam hati saya sudahpun bertahun tahun lamanya dipendam. Akhirnya saya luahkan juga untuk beri pedoman kepada semua pembaca.
Ketiga, saya dan bekas isteri sememangnya bercinta sebelum berkahwin. Saya dan dia memang selalu berdating. Keluar tengok wayang, pergi makan malam bersama. Dan juga pernah membawa dia pergi ke majlis anugerah jurutera cemerlang di syarikat kerjaya saya.
Rata rata kawan kawan saya memang mengenali dia. Saya jadi serius untuk berkahwin dengannya bila saya dah luahkan kepada mak ayah dia. Yang saya memang nak jadikan dia isteri saya.
Keempat, ada tuduhan mengatakan bekas isteri berkomplot dengan mak ayahnya untuk scam saya. Saya boleh nafikan terus terang.
Ayah bekas isteri saya seorang yang kaya raya. Dia bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan suatu ketika dulu. Ibunya pula bekas pegawai tinggi jabatan kerajaan juga. Pencen si ayah memang besar. Sama dengan si ibunya.
Ayah dan ibunya ada tanah yang banyak, ada perniagaan sendiri yang diuruskan oleh anak dia yang lain. Sedangkan perkahwinan kami dulu memang grand dan mewah, tapi si ayah tetap pulangkan 25k saya kepada anaknya untuk sepatutnya dipulangkan kepada saya.
Tapi ianya berlaku sebaliknya. Saya hanya dapat 5k sahaja dari jumlah asal. Tolong jangan fitnah dan cakap yang bukan bukan kepada mak ayah bekas isteri saya. Mereka orang yang baik dan warak kepada perintah Allah swt.
Kelima, berkenaan dengan talak dan baki duit saya. Betul, kalau dilihat dengan mata kasar, ini adalah kes tebus talak pada mulanya, tapi ianya salah saya.
Kerana pada awal permulaan cerita, perpisahan ini akan berlaku jika dia bayar semula wang saya, tapi, pabila bekas isteri mula cerita yang bukan bukan di pejabat agama, dan memfitnah saya di depan hakim mahkamah, saya yang sudah tak nak padanya.
Saya pun sudah ceritakan kepada hakim yang saya tak pernah dapat tidur dengan dia selama 2 bulan pernikahan. Hakim yang dengar kes saya pun tepuk dahi bila dia tahu yang saya masih teruna ketika hadir ke mahkamah.
Jadi, amarah saya telah menguasai diri, saya sendiri offer kepada hakim yang saya rela untuk lepaskan isteri saya pada waktu itu. Itu kenapa hakim buat keputusan untuk tangguh kes. Dan suruh kami cari jalan pendamaian.
Dan hakim nasihatkan saya untuk pujuk isteri untuk saya dapatkan malam pertama saya. Mungkin itu yang dapat membuatkan bekas isteri sayangkan saya. Tapi tidak. Itu tidak pernah terjadi.
Saya tetap tak dapat bersama dia. Dalam tempoh sebulan tu, saya puas pujuk isteri, tapi yang saya dapat maki hamun dan kata kata yang sangat tidak enak.
Hinggalah suatu hari, saya rasa apa guna saya nak terus mempertahankan rumah tangga ini jika dia terus menghina saya macam saya tiada maruah diri. Saya terus buat fail untuk perpisahan.
Kali ni saya nak lepaskan dia secara sukarela. Bukan lagi dengan keadaan tebus talak. Dan itulah punca pertama kenapa saya hilang hak terhadap baki 20k duit saya.
Keenam, punca saya hilang hak terhadap 20k saya adalah berpunca juga dari silap saya, ketika dalam wassap saya yang isteri nak berpisah, saya menuntut kembali baki 25k duit lebihan perkahwinan saya, tapi dipulangkan 5k dahulu pada malam itu.
Dan keesokannya bekas isteri da pergi ke pejabat agama untuk berpisah. Diteruskan dengan mahkamah. Hinggalah hakim minta saya pujuk isteri.
Semuanya berurusan dalam wassap dalam usaha nak memujuk si isteri. Tapi pabila saya dihina, dimaki dan ditolak, saya sedih dan marah. Segala wassap dia saya padam sebab saya tak tahan lagi nak baca wassap dia.
Selepas dah berpisah bukan saya tak tuntut duit saya, saya tetap tuntut, tapi tidak diendah oleh bekas isteri. Saya pernah beritahu pada nak ayah dia. Dan mak ayah dia nak bayarkan balik apa yang dia ambil. Tapi saya orang yang waras. Ini bukan kesalahan mak ayah dia.
Saya tolak tawaran mak ayah dia untuk kreditkan wang ke akaun saya, saya tetap nak wang pada bekas isteri untuk dipulangkan pada saya. Pernah suatu hari, ayahnya telefon saya dan kata dia akan beri 20k duit simpanannya kepada anaknya untuk dipulangkan kepada saya.
Tapi saya tak pernah dapat pun. Pabila saya telefon dan tanya pada ayah mertua saya, dia cakap bekas isteri saya yang bantah dan tak nak kreditkan apa apa kepada saya.
Hinggalah suatu hari, saya ugut nak pasang lawyer dan buat tuntutan 20k terhadap dia di mahkamah sivil dan dia pun cakap yang dia akan pasang lawyer juga. Saya pula jelaskan kepada dia dengan rasional.
Jika kau ada duit nak pasang lawyer, lebih baik kau bayar je duit aku. Kalau sama sama pasang lawyer untuk buat tuntutan, dan lawan tuntutan, berapa banyak wang dan masa akan dibazirkan?
Cerita ini tidak lagi habis di sini. Saya tetap mencari lawyer, dan bila saya berjumpa dengan seorang lawyer pendakwa, dia jelaskan pada saya, kes ini agak sukar.
Ya, kerana hitam putih itu yang tiada. Cara serahan duit 30k dahulu adalah melalui tunai dari mak saya kepada mak ayah isteri. Bukti yang dia hendak membayar saya jika saya berpisah dengannya saya telah padam.
Cara kami berpisah bukanlah lagi dari tebus talak. Tapi diubah oleh saya kepada perpisahan sukarela. Bukti bukti kecil yang lain seperti rakaman audio atau berbentuk video yang dia hendak pulangkan wang saya mmg tiada. Jadi lawyer nasihatkan saya peluang menang sangat tipis. Dan kosnya agak tinggi.
Jadi saya batalkan hasrat untuk menuntut kembali. Saya cakap kepada isteri, saya tak akan miskin dan tak akan lapar jika saya tak dapat wang saya semula, kerana Allah tetap akan bagi rezeki pada saya.
Dan kamu tak akan jadi jutawan dengan membawa lari duit 20k saya. Sampai bila awak nak hidup dengan guna duit orang.
Yang terakhir, maaflah semua, saya masih tiada hati untuk berkahwin lagi. Status saya ada duda, dan ianya agak menyedihkan saya. Saya tahu, status ini tiada apa apa maksud. Tapi fahamlah perasaan saya. Saya tak nak jadi begini. Tapi saya tetap diuji begini. Saya reda dan terima.
Doakan saya untuk dapat lupakan semua ini dan mula hidup baru dengan orang yang baru. Bila tiba masanya. Jika anda rasa ini adalah cerita yang dibuat buat, tak mengapa.
Cuma bayangkan sedikit je, jika anda ditempat saya. Apa yang anda rasa? Apa salah saya pada bekas isteri? Apa jahat saya?
Saya bukan orang yang negatif, demi Allah maha esa, dan di bulan ramadan penuh hikmah, saya bukan kaki pukul, saya bukan kaki botol, saya bukan kaki rayau. Malah saya bukan langsung kaki perempuan. Dan saya tetap berdoa supaya Allah bukakan lagi hati saya dan ampuni dosa dosa saya.
Selamat berpuasa dan Assalamualaikum.
– Ahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit