Perkahwinan Ini

Pada awal percintaan, aku telah dihalang untuk berpindah ke Universiti lain kerana beliau takut bersendirian sebab dia tidak boleh bergaul dengan rakan sekelas yang lain. Jadi aku memutuskan untuk tidak berpindah dan aku tidak kisah.

Setelah sekian lama bercinta, aku sedar dia apabila marah akan mengeluarkan kata kata kesat makian seperti b*doh, b*bi dan tak guna.

Pernah kami bertengkar di dalam kereta dan aku memang tidak tahan dimaki. Sebab aku bukan jenis yang suka maki hamun. Aku keluar daripada kereta di tengah jalan dan dia mengejar aku menaiki kereta.

Kemudian, dia berhenti dan memaksa aku masuk ke dalam kereta. Aku malu sebab orang lain turut nampak dia terjerit jerit memanggil aku masuk.

Kedua, kami bertengkar dan aku berjalan kaki untuk balik ke rumah aku daripada shopping mall. Dia mengejar aku dan membaling gelung besi yang di beli sebab kami membuat BBQ di bawah rumah apartment.

Ketika itu, ramai orang melihat dia membaling ke arah aku tapi aku langsung tidak menoleh ke arahnya. Seolah olah dia tidak wujud. Dan dia kembali mengambil gelung itu sendiri. Jujur, aku rasa puas. Hahaha

Sewaktu kami dalam tempoh nak berkahwin, aku sedar yang dia seperti tidak layak lagi untuk menjadi seorang suami. Kami banyak kali bertengkar tentang perkara yang remeh.

Dan aku ada menyuarakan pendapat aku berkenaan aku tidak mahu berkahwin kerana dia tidak dapat mengawal emosinya dan aku juga tidak suka bila aku menjadi kasar.

Jujur, bila aku kerap dimaki bila bergaduh aku jadi seorang yang naik tangan. Aku tahu aku salah tapi dia juga tidak betul.

Pernah dia kata mak aku b*doh di dalam restoran. Mungkin pada dia itu normal. Tapi pada aku itu kurang ajar. Dia selalu mengeluarkan kata kata seolah aku ini b*doh dan keluarga aku b*doh.

Aku simpan di dalam hati. Dan bila kami bergaduh, dia maki, aku menjerit jerit macam orang gila sebab aku tidak tahan dan aku akan menampar mulutnya. Aku rasa bersalah. Tapi dia tak pernah berubah.

Sekarang aku telah menjadi isterinya. Aku cuba yang terbaik dengan masak, mengemas semuanya. Aku tinggal bersama keluarga mertua. Mereka selalu bergaduh dan menjerit jerit. Termasuk papa. Aku rasa sangat serabut.

Bermula la kisah, aku bergaduh sebagai suami isteri. Aku bertengkar sebab aku rasa nafkah batin aku tidak dijaga. Kau tahu dia melayan porn sehingga dia tidak menyentuh aku melainkan aku bagitahu.

Aku sengaja berdiam diri namun sehingga 3 bulan aku tidak disentuh. Ya, kami ada aktiviti bersama seperti berjogging dan menonton movie di netflix/disney+. Namun aku sedih sebab dia jarang peluk atau cium aku sebagai isteri. Aku berjauh hati.

Satu hari, aku cuba melihat telegram dia. Aku tidak ada akaun telegram. Dan aku jumpa beberapa group untuk melihat p*rn.

Aku rasa marah, sedih dan kecewa. Isteri di depan mata disentuh. Sebab dia lebih gemar dan sibuk masturb*te. Jangan ada yang kata aku tidak jaga diri.

Muka aku tidak mempunyai jerawat, bersawa matang, BMI normal dan tinggi. Aku juga gemar memakai lingerie sebab aku tidak mahu dia bosan.

Aku rasa itu satu kecurangan. Paling sedih bila aku tanya sebab dia bosan tengok satu badan dan dia jawab mungkin. Luluh hati aku.

Dan sekarang perubahan itu masih kekal dalam 2 bulan sahaja. Aku memintanya berubah dan itu masalah dia bukan aku. Aku rasa aku sudah cukup menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Pernah juga aku dikatakan beban untuknya sebab dikatakan duitnya habis untuk aku. Sedangkan duit makan kami berkongsi. Duit repair kereta kami kongsi.

Barang skincare, pakaian, duit belanja ibu dan ayah, duit kucing, netflix dan disney+ semua aku yang bayar sendiri.

Nafkah yang aku terima hanya 200 dan pernah mendapat 50. Aku tidak pernah bising tentang berapa banyak nafkah yang diberi.

Tapi aku akan menyuarakan bila nafkah aku sengaja dilambat lambatkan tanpa sebab dan diberitahu. Dia akan melenting dan kata aku mahu lebih.

Padahal aku cuma bertanya bila iaitu waktu. Kalau tiada, bagitahu. Aku juga bekerja.

Setiap kali aku bergaduh berkenaan bila nafkah akan diberi, dia akan mengungkit aku tidak basuh baju. Apa yang aku buat.

Sedangkan bilik aku yang vacuum, aku menukar dan basuh langsir, aku melipat baju sendiri dan dia, aku mencuci toilet, masak dan membasuh pinggan dan segala kelengkapan yang tidak lengkap atau tidak selesa, aku akan membeli sendiri guna duit aku bukan dia.

Memang tidak dinafikan dia kadang kadang ada membantu dalam membasuh pinggan tapi bila disuruh. Aku pula jenis tidak suka nak beritahu banyak kali. Cukup aku pernah tegur dan ingatlah sendiri sebab kamu sudah dewasa.

Aku memang daripada tingkatan 4 sehingga sekarang jauh daripada keluarga. Sebab aku tinggal di asrama dan diluar negeri.

Sekarang bila kami bergaduh, dia kata aku akan naik gila bila setiap sekali sebulan. Mana lah aku tak gila bila aku bergurau dengan dia, dia kata aku b*doh. Aku tersentap.

Aku meminta dia minta maaf tapi dia kata siapa suruh bergurau seperti itu. Selama ini kami bergurau begitu, dia tak pernah kata b*doh dan aku bila dia bergurau aku tak kata dia b*doh.

Dia mengungkit kata selalu kata dia b*doh ketika aku marah. Sedangkan dia sendiri kata aku ni perempuan b*doh bangang. Tak pakai otak punya orang. Si*l semua dia sebut.

Dia kata ayah aku tak guna. Aku akan tampar mulut dia sebab aku sudah minta dia diam tapi dia tak pernah diam.

Aku tahu aku bukan isteri yang baik dan salah. Tapi aku tidak tahan. Aku pernah meminta untuk cerai namun dia tidak mahu. Aku benci diri aku bila menjadi ganas apabila dimaki hamun.

Terlalu banyak luka didalam hati. Kadang aku sedih setiap kali bergaduh dia akan kata aku tak memahami dia. Sedangkan aku dah bantu dia dari segi kewangan dan aku yang recommend pekerjaan untuknya. Aku buntu. Aku ganas. Aku baran.

Aku yang perlu aku buat untuk perbaiki diri aku? Aku pernah fikir untuk membunuh diri tapi aku ingat emak dan ayah aku termasuk haiwan haiwan peliharaan aku. Aku memang berdosa meninggikan suara pada suami, menampar mulut suami.

Tapi hati ini terlalu banyak luka dengan kata kata sinis dia. Dikatanya aku kaki control. Walhal aku cuma meminta nya berikan sedikit masa untuk diri ku. Ini asyik dengan game.

Bila aku berbual dipandang telefon nya tak dengar dan meminta aku ulang berkali kali.

Bila aku meminta maaf dikata aku ini mengugut apabila aku cakap lepas ini sayang tak cakap lagi dah. Takkan bergurau macam ini lagi. Dikata aku naik gila.

Aku tidak tahu apa erti perkahwinan ini. Aku penat. Aku benci diri aku. Sekarang aku mampu mengawal diri daripada menjadi lebih ganas tetapi aku takut dengan diri aku sendiri.

Apa yang perlu aku lakukan?

– Apple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *