Perkahwinan Kedua Yang Menyedihkan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/perkahwinan-kedua-yang-menyedihkan/).

Assalamualaikum semua pembaca…. Aku MJ yang sebelum ni pernah post isu kat atas. Ini adalah kesinambungan dari part I dan aku janji ini yang terakhir. Terima Kasih untuk komen² yang positif dari anda semua.

Maaflah… rasanya karangan aku sebelum ni agak pendek sangat sehingga banyak point penting yang hilang. Aku buat part ii ni sekadar untuk menerangkan mana yang kurang jelas.

Mengenai perkahwinan pertama…. Aku tak nak laa cerita lebih2 atau bukak aib bekas suami. Cuma kisah perkahwinan pertama aku dulu berakhir selepas 10 tahun kerana faktor luaran. Bukan kerana aku nak pindah ke kampung halaman.

Secara logiknya,aku dah bertahan dalam perkahwinan yang hampir 10 tahun sehingga dikurniakan 3 orang anak. Masakan hanya kerana isu ingin bekerja di kampung yang jadi faktor perceraian?

Ok lah…aku cerita sedikit sahaja…. Aku gelarkan bekas suami sebagai X…. Aku dan X sama-sama berkahwin atas dasar suka sama suka. X ni anak bongsu dan masih ada ibu dan ayah masa tu. Jadi selepas kami berkahwin.

Kami dapat pekerjaan yang sama di negeri kelahiran X which is dekat la dengan family X. Pada awal perkahwinan, kami tinggal berasingan dengan keluarga dan sangat bahagia walaupun hampir 2 tahun tidak dikurniakan lagi cahaya mata..

Namun.. keadaan mungkin berubah selepas aku dikurniakan anak dan berlaku sedikit isu bila mana ibubapa X hendak menjaga anak aku sedangkan masa tu aku dah pun berjanji dengan pengasuh lain. Tapi kerana berkali-kali didesak dan X pun memujuk Akhirnya aku terpaksa turutkan.

Namun ia tak berakhir di situ. Kami terpaksa pindah masuk ke rumah keluarga X kerana tempat kerja dan rumah keluarga X agak jauh dan keadaan anak yang masih kecil membuatkan aku tidak sanggup berjauhan. Maka aku terpaksa rela….

Dan seterusnya korang mesti boleh agak kan apa yang berlaku sama seperti drama-drama dalam tv. Kebahagian aku tergugat. Banyak berlaku isu antara aku Dan keluarga X… Aku cuma diamkan sahaja kerana tidak mahu bergaduh.

Dan sebenarnya aku memang sorang yang pendiam dan tidak pandai untuk berkata TIDAK walau hati sakit. Bukan sahaja masalah dengan Ibubapa X, malah sedara mara serta sepupu sepapat X turut sama masuk campur.

Sehingga pernah sekali X marah dan menegur supaya jangan masuk campur urusan kami dan menjaja cerita rumahtangga kami. Namun.. apelah sangat… Air dicincang takkan putus… Macam mana pun… menantu tetap orang luar dan tetap buruk di mata orang lain..

Tambahan lagi aku bukanlah orang asal situ dan mungkin kerana isu bangsa membuatkan mereka tidak berapa menyukai aku walau hakikatnya X sendiri yang bersungguh memilih aku sebagai calon isteri.

Hampir 10 tahun aku hidup dalam kesengsaraan. X sibuk dengan kerja sebab X bekerja di hospital dan dia banyak Oncall berbanding berada di rumah rumah.

Jadi kekadang aku rasakan X sengaja menghabiskan masa di tempat kerja kerana mengelak dari bertengkar dengan keluarganya.

Dan tekanan demi tekanan akhirnya membuatkan X sendiri jadi mudah marah-marah dan lepaskan tekanan kepada aku walau hakikatnya dia stress dengan orang lain.

Dan kesan dari peristiwa tersebut …. aku mula mengalami panic attack sehingga tahap depression yang teruk. Kualiti kerja aku semakin buruk dan aku kerap mengalami anxiety siang dan malam..

Aku sentiasa menangis siang dan malam sehingga anak2 terabai. Aku seperti terdera mental dan fizikal.

Berada di tempat orang sendirian dan menghadapi masalah sendiri tanpa ada yang tahu. Keluarga sendiri pun aku tidak ceritakan masalah demi menjaga aib keluarga.

Dengan anak ke 3 aku masa tu tersangat hyperaktif dan sentiasa jatuh jika jauh sedikit dari pandangan mata aku. Dan aku jugak yang akan jadi mangsa kene marah bila anak2 menangis dan bermacam lagi.

Sebenarnya banyak lagi isu. Tapi tak perlu lah aku ceritakan secara detail. Cukup korang faham situasi aku ketika itu. Dan selepas bercerai baru aku isi borang tukar ke kampung keluarga.

Tapi aku tak dapat terus bertukar ke sana. Aku dihantar ke daerah lain sebelum Akhirnya aku dapat tukar ke tempat kerja sekarang. Ini sebenarnya bagi menjawab persoalan pembaca yang mengatakan aku bercerai kerana ingin bertukar ke kampung halaman.

Dan yer.. Aku dah beli rumah di kampung. Dan aku jugak dah ada kereta sendiri Pendek kata,aku dah ada segalanya. Tapi semuanya hutang la.

Dan jumlah komitmen aku mmg hampir 3/4 gaji aku. Kerana itu apabila aku meletakkan syarat bahawa jika Z ingin mengahwini aku maka dia perlu pindah mengikut aku.

Kerana komitmen aku dan juga kerana aku sedar jika aku berpindah ke tempat lain…. aku takkan mampu untuk membantu Z dari segi bayaran rumah,perbelanjaan anak² dan utilities yang lain sedangkan sekarang aku membayar segalanya.

Kerana aku menganggap itu memang hutang aku yang dah sedia ada sebelum aku mengahwini Z. Lagipun dah hampir 15 tahun aku merantau ke negeri orang. Selepas lalui pelbagai ujian la.. baru aku merasai untuk pulang ke kampung halaman…

Mengenai nafkah anak² dari bekas suami.. Sejujurnya kisah aku sama sahaja seperti orang lain. Bukan setiap bulan nafkah yang dibayar tu berterusan. Ada masa dibayar ada masa tidak. Dan lebih banyaknya aku yang menanggung semua perbelanjaan anak² yang sedang membesar.

Cuma macam aku katakan sebelum ni.. aku bukan jenis yang mudah untuk berkata TIDAK atau dalam ertikata lain mencarik gaduh.

Jadi aku berdiam sahaja. Dan aku tidak mahu bertengkar dengan X kerana tidak mahu anak² terjejas dan risau jika X tidak mahu lagi mengambil berat tentang anak²…

Jadi aku memilih jika ada nafkah ada lah…Jika tiada….. aku berserah sahaja. mungkin X sendiri kekeringan duit. Itu ayat untuk aku sedapkan hati ini. Bagi aku, Asalkan dia masih mahu mengambil tahu urusan anak-anak dan berjumpa mereka bila berkelapangan.

Dan asalkan anak² tidak terasa dengan perceraian kami. Maka aku cuba untuk bertolak-ansur. Mungkin kerana aku sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan tetap sedikit sebanyak membuatkan aku mampu untuk menyara anak² aku.

Dan tentang X yang asek main tarik tali. Kejap nak rujuk Kejap tak nak. Kejap nak berbaik. Kejap tak jadi.

Sehinggalah 4 tahun aku hidup dalam keadaan tak pasti. Terus menunggu X atau terus blah. Dan jawapan terakhir, dia bagi alasan tidak mahu berpindah dari kampungnya.

Jadi kerana itu aku buat keputusan untuk mula buka hati aku..

Tapi semua ini aku dah jelaskan pada Z. Sebab mengapa hubungan anak² aku dan X masih rapat. Kerana itu tanggungjawab X. Dan keluargaku juga tiada masalah dengan X kerana kami bukan jenis yang berdendam.

Apa yang berlaku dulu kami terima sebagai Qada’ dan Qadar. Z menerima dan berjanji untuk memahami isu aku. Hanya selepas berkahwin tiba-tiba dia jadi panas Dan tak nak faham dengan situasi kami.

Semua yang dia katakan dan tuduh tu hanyalah kata-kata semata tanpa bukti. Itu hanya apa yang dia fikirkan sedangkan selepas aku buat keputusan untuk terima Z memang aku dah putuskan hubungan aku dengan X.

Kami sama-sama tidak berhubung lagi. Dan X sendiri dah ada pengganti hanya menunggu masa untuk berkahwin. Dan bagi aku itu satu kelegaan. Namun Z yang tidak mahu faham.

Apepun terima kasih pada pembaca yang sudi bagi nasihat yang baik. Sekurang-kurangnya rasa terpujuk hati bila ada yang menasihati.

Mungkin aku dah tak mampu nak patah balik ke belakang. Yer. Mungkin kesilapan aku. Silap memilih suami untuk kali ke 2. Mungkin kerana introvert – nya aku. Yang memang tak pandai nak berkawan dengan orang lain.. Sehingga aku tiada pun kawan baik.

Kerana sifat semulajadi aku yang memang pendiam sejak dari kecil. Dan kerana masalah anxiety yang aku kerap hadapi… membuatkan aku berkeputusan untuk mencari seseorang yang boleh menerima keadaan aku dan anak-anak.

Mungkin sebelum ni X seorang yang sama jawatan dengan aku… Seorang yang peramah dan diminati ramai membuatkan aku fobia dengan lelaki yang good looking dan good dalam segalanya.

Kerana itu aku cuba memberi ruang hati aku dan menerima Z selepas diperkenalkan sebagai lelaki yang cukup 5 waktu dan tidak bersosial seperti lelaki lain. Dan mungkin kerana bersungguhnya match maker aku untuk satukan aku dengan Z dengan pelbagai pujian.

Dan hasil risikan dengan orang sekampung Z yang mengatakan Z orangnya baik dan sentiasa terlihat di masjid surau membuatkan aku terpujuk untuk terima lelaki lain. Bagi aku, cukup 5 waktu.

Boleh menjadi imam yang baik untuk aku dan anak2. Serta ada rasa tanggungjawab sudah cukup untuk aku yang biasa-biasa ni aje.

Akhirnya aku terjebak dan sekarang aku terasa kesal kerana harus melalui kesakitan sekali lagi.

Doakan aku kuat ya semua. Jika masih ada jodoh antara kami.. semoga Z berubah la. Tapi jika masih sama… Moga Allah permudahkan urusan aku untuk selesaikan masalah antara kami..

Terima Kasih..

– MJ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *