Perkahwinan Memang Menakutkan

Aku kenalkan diri sebagai Salmah. Tajuknya perkahwinan memang menakutkan.

Aku baca artikel tentang perkahwinan menakutkan, bila baca komen ramai yang menasihati, ada pelbagai nasihat.

Tapi aku setuju dengan perkahwinan menakutkan, lebih tepat, lelaki menakutkan. Atau lebih tepat lagi perempuan memang ditakdirkan lemah, kekuatan perempuan hanya pada”sabar”.

Aku, kerjaya sebagai guru, berada dalam perkahwinan yang boleh dikatakan bahagia (pada aku) dalam keadaan aku tidak curiga apa2.

Habis belajar, dalam masa dua bulan dipanggil jadi guru, kawen dengan pilihan sendiri (pada awalnya ayah tak setuju, dan ikut pilihan ayah, tapi namanya takdir, kawen juga dengan pilihan sendiri).

Disini ujian bermula, ujian pertama penerimaan keluarga sebelah suami. Tapi aku redha, tidak setuju aku diam. Dikutuk aku diam, selagi suami tidak bersuara aku andaikan suami ok. Tapi tidak.

Selepas 11 tahun semua diungkit, dia tak dapat sabar family sepupu sepapat nya tak suka aku. Selepas 11 tahun, juga aku diam dengar luahan dia ketika aku tanya kenapa sebenarnya.

Ujian kedua, kewangan. Yang namanya askar, memang suami buat potongan gaji kepada isteri tapi setiap bulan mintak semula. Juga aku tidak bersuara. Apa2 yang dia tak mampu, aku ok, aku bayarkan.

Masa ni ayah dah pesan, anak sorang dah la. Aku dapat rasa ayah boleh baca masa depan aku hidup dengan suami. (sekarang ex). Tapi suami ni dia memang tercabar dengan ayah, dia makin nak anak ramai walaupun dari awal dia niat nak tinggalkan aku.

Ujian ketiga. Habitnya masa bujang menonton cerita lucah. Aku tau aku isteri yang tak ambil pusing apa yang suami buat, aku percaya dia baik. Sikit pun tak curiga.

Sikap dia yang menonton filem lucah aku tau setelah bercerai, (aduan daripada bini barunya). Bila aku tanya dia jawab masa suami kau pun aku suka tengok lucah. Tapi pernah la sekali wasapnya ada grup gambar bukan2…katanya kawan2.

Ujian keempat, dia hanya tercabar dengan arwah ayah. Bila arwah ayah takde, dia terus cari perempuan lain untuk berskandal.

Suruh kawen, 6 tahun berskandal tak kawen2. Aku macam nak mental risaukan penyakit kelamin yang berpunca dari dia.Yang berskandal tapi tak nak kawen. Skandal pula boleh tahan bisa ayat pada bini, tapi dapat sokongan suami.

Masalahnya lepas kami bercerai, tak nak pula buat skandal tu bini. Kawen ngan perempuan lain, tapi tetap berskandal ngan skandal lama. Aku tak faham tapi tu ujian depa takde jodoh.

Ujian kelima inilah yang buat aku tekad bercerai. Dia nak aku mintak cerai. Dia kata satu ayat yang buat aku tekad dan tak patah balik. “kau uruskanlah cerai, kalau kau tak urus, jasad aku je ada dengan kau, tapi hati aku dengan baizura (skandalnya yang tak kawen2)”.

Sejak itu aku tekad, yang lain hanyalah alasan… sebab utama adalah skandal itu. Aku bertahan selagi kau tak buang aku, bila dah buat ayat macam tu, selamat jalan.

No turning back. Apapun yang berlaku aku akan hadapi.

Perkahwinan ini menakutkan apabila,

1. Lelaki tak takutkan Allah, bermaksiat seolah tiada tuhan.

– Isteri boleh anxiety takutkan penyakit, orang tertawakan sedangkan kerja sebagai pegawai profesional.

2. Menakutkan apabila nafkah keluarga diserahkan sepenuhnya pada isteri, suami rasa tiada tanggungjawab dia, seterusnya cari perempuan lain.

3. Menakutkan apabila baran, marahnya memaki, apabila terbuka kesalahannya, ditukarkan fakta jadi salah isteri, marah isteri kerana tidak memafkan.

4. Menakutkan apabila lelaki hanya mendengar kata2 keluarga sebelahnya. Tiada jati diri.

Dan sekitar aku banyak kisah, saudara aku sendiri diceraikan dalam pantang sehingga meroyan, kerana suami kawen dengan kawan rapatnya sendiri. Suami adik aku semua baran2, aku rela tak kawen daripada ada suami baran.

Seteruk mana hidup aku, aku tak pernah inginkan kehidupan orang lain. Cuma aku nak bagitau, perkahwinan memang menakutkan. Bersedialah.

– Salmah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ya perkahwinan memang menakutkan kalau dapat lelaki yg salah jahanam la family..bnyak kes mcam nie suami buat hal patut awal lagi isteri kena bijak jauhkan terus tapi ramai yg bertahan takutkan penceraian takut malu takut menjanda takut nak berdikari..
    kita perempuan jangan terburu nak kahwin sebab nanti kita la yg lagi susah dah la nak pregnant beranak jaga anak lagi kalau dapat suami yg tak bertanggugjawab hmm hancurr..
    Sekarang dah tahun 2025 come on la

  2. Setuju.., sya sgt stuju dgn kenyataan : “perkahwinan itu menakutkan”, kerana sya telah melalui satu fasa yg boleh sya katakn sgt ‘tragis’ dlm hidup saya.. bukan tujuan nk menakut2kan yg belom kawen atau yg masih mencari pasangan utk berkahwin.. dlm kata yg kasar ianya ibarat satu ‘perjudian’ krn kita x tahu sama ada kita akn kalah atau pon menang.. tp dlm kebnyakan kes, kalah itu agak ‘normal’ skrg.., so ‘beruntung’ lah kpd mereka yg menang.. part yg ironi nya, klaw org yg beragama pon, pijak semut (dpn org lain) pon x mati.., tp d blkng org lain dia la yg baran, kaki pukul, x bg nafkah zahir dan batin, & yg paling ‘sadis’ main perempuan2 sehingga mem’poligami’kan isteri.. saat itu aq lari, lari sejauh2nya spt tiada penghujungnya, xde kesan pon, sbb dia x kejar or cari.. sehinggalah aq diceraikan melalui telefon.., alasannya krn aq nusyuz dan tidak mahu ‘tidak bertanggungjwb’ kpd aq n ank2.. indeed..! Perasaan aq..? Sedih, marah, sakit hati, lega or gembira dgn perceraian ini..? Tiada satu pon di atas, kerana selepas itu, aq hanya ada Allah & Rasulullah, dan aq spt tidak percaya dgn sesiapa pon lg.. n klaw bule, aq xnak ank2 ku berkahwin, akibat dari “trauma” yg telah aq lalui.. wallahu a’lam bissawab.. 😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *