Perkahwinan Sahabat Yang Menginsafkan

Assalamualaikum warga IIUM Confessions. Ini kali pertama saya menulis confession ini. Sebelum ini hanya sekadar pembaca tegar. Saya tulis ini sekadar menjadi pedoman kerana peristiwa ini betul-betul membuka minda saya.

Saya seorang professional bekerja di utara tanah air. Nak masuk 30an dan mempunyai gaji mencecah 5 digit. Masih tercari-cari pasangan hidup. Banyak sudah iktihar tapi tidak menjadi atas berbagai faktor.

Sampai saya terasa nak give up kerana nak cari gadis yang mempunyai rupa yang sesuai dengan pilihan hati, kuat agama keluarga yang baik dan professional – dan mencintai saya – macam tiada dan tak wujud, atau senang kata mustahil untuk saya temui.

Jadi agak down juga. Saya berdoa, cuma kadang-kadang terfikir, saya ni minta lebih-lebih dari Allah ke? Dan bila fikir-fikir pasal pasangan ni membuatkan saya rasa negatif.

Sehinggalah bulan lepas saya dijemput untuk pergi ke perkahwinan sahabat rumah sewa saya ni yang bernama A. A ni kerja company lain.

Gaji dia 1/3 gaji saya dan dari segi kewangan dia sederhana.

Dia pakai kereta 2nd hand tempatan, saya pula jenama eropah baru. Senang cerita dari segi pekerjaan, pangkat dalam organisasi, kewangan dan harta saya jauh lebih baik. Dari segi rupa, biasa-biasa sahaja.

Dan saya akui, selama ini saya rasa hidup saya lagi bertuah dari A.

Apa-apa pun A ni bagus, kuat sembahyang sunat dan tak miss solat 5 waktu. Bab agama dititik beratkan walaupun takde lah level ustaz / tabligh. Dia macam lelaki biasa, tapi jenis tak liar, tak mencarut, cakap kasar dsb.

Tak alim tapi baik. Kadang-kadang rasa annoyed jugak sebab dia suka bising kalau aku solat awal tak ajak dia berjemaah hehe.

So berbalik kepada cerita kahwin tadi, disebabkan MCO, saya jadi antara sahabat yang dijemput ke majlis pernikahan A sebab keluarga A rata-rata di selatan tanah air.

Selepas bernikah di masjid, kami ke rumah keluarga isteri A untuk sesi diaorang beramah mesra dan mengambil makanan bungkus.

Apa yang buat saya kagum adalah bertapa untungnya sahabat saya ni. Keluarga professional, berpelajaran, sangat menjaga adap dan agama, dan dari keluarga yang T20. Rumah bersih dan cantik.

Keluarganya dapat menerima sahabat saya dan melayan dengan baik walaupun kewangannya M40. Isterinya pun cantik dan sangat menjaga adab. Segala yang saya idamkan, A dapat. Saya macam tak percaya, ‘apa kurangnya aku?’.

Bila balik dari majlis tersebut, membuatkan saya terfikir ‘benarlah rezeki itu milik Allah dan dia memberi kepada sesiapa yang di mahu’.

Dan benarlah surah An Nur ayat 26 “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat”.

Jangan salah faham, saya bukan seorang liar, saya menjaga solat dan zakat dsb dan tidak pernah menyentuh wanita, tapi dari bab-bab bahasa ni saya akui saya kurang menjaga adab, kadang-kadang.

Dan saya akui, selama ni saya ingat dengan status kewangan, saya mampu mendapat apa saya idamkan. Tapi selepas fail mencari pasangan berkali-kali dan melihat rezeki sahabat saya ni, membuatkan saya insaf.

Insaf dan saya sujud kepada Allah memohon maaf atas ‘kesombongan saya’. Dialah pemilik langit dan bumi dan memberi rezeki kepada sesiapa yang dia mahu, dan melalui jalan-jalan yang tidak disangka.

Mungkin cerita ni biasa-biasa bagi korang tapi bagi saya, seolah-olah Allah bagi signal nak sedarkan saya, yang perempuan baik yang saya idamkan tu ada,

Cuma Allah tak nak bagi kat saya lagi (harapnya macam tu lah) sebab perlu membaiki diri, jangan rasa sombong & tunduk lagi kepadanya. .

Kenapa saya tulis ke IIUM Confession ni, sebab saya nak ingatkan diri dan pembaca yang usaha itu penting tapi ingatlah rezeki itu milik Allah jua.

Sayangnya isteri A takde lagi adik beradik perempuan jadi saya mohon warga IIUM Confession doa-doakan saya mendapat jodoh yang lebih baik dari A. Aamiin.

– En Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *