Assalamualaikum, salam ramadhan semua.
Aku Nora umur 30 tahun berasal dari utara belum bernikah. Adik beradik cuma 3 orang sahaja atas aku abang. So aku ini angah, bawah aku adik perempuan.
Abang baru je nikah. Aku je fobia nak nikah disebabkan adik aku yang bongsu sudah pun berkahwin. Usia perkahwinan mereka sudah 9 tahun dan mempunyai seorang anak. Iye dia kahwin muda, maklumlah aku ini tak laku.. huhu.
Tapi tak apa aku selesa selagi aku boleh berbakti pada mak ayah aku. Punca aku bercerita ini adalah perihal adik perempuan aku ini.
Hmm aku sebenarnya kesian pada mak ayah aku kerana setiap ada permasalahan rumahtangga mereka akan serabutkan kepala mak ayah aku.
Mereka ini kenal dari zaman sekolah, tamat sekolah SPM mereka kahwin.
Dari mula diaorang nak kahwin kami sekeluarga dah bantah dah kerana apa? Sebab dia dah buntingkan anak orang lain pastu mereka kahwin eh dalam mereka dok bercinta ini.
Btw, adik ipar aku ini tua sikit dari adik aku. Bayangkan dalam kami semua sibuk persiapan mereka nak berkahwin. adik ipar aku ini senyap2 kahwin kat Thailand itu. Disebabkan dia buntingkan anak orang itu.
Kami semua tak tahu ini, hanya adik aku jee tahu. Tetapi kantoi dari kawan baik adik aku sendiri yang mai cerita.
Disebabkan aku rasa adik aku dilahirkan bodoh gamaknya dia mati2 nak kahwin juga dengan adik ipar aku ini. Meroyan teruk ini ,sampai nak bunuh diri.
Mak ayah aku ikutkan kehendaknya dia kata nanti malu sebab kad dah edar. Mana nak letak muka katanya. Kami adik beradik memang tak setuju 1 hang muda lagi. Banyak peluang banyak orang boleh kenal. Apakan daya adik aku tahu yang hidup dalam muka bumi hanya adik ipar itu sahaja.
Bermula dari perkahwinan ada sahaja kerenah mereka laki bini aku dah naik jelak. kalau tak duduk 1 rumah dengan mak ayah aku tak apa. Hari2 mak aku dok qeyau laa pasal anak kesayangan dia ini.
Adik ipar kerja berhenti kerja berhenti. Itu saja modal dia ada. Hat menangung adik aku ini. Nasib baik dia kerja.
Tapi adik aku ini pemalas sama. Semua nak harap mak ayah aku. iye la mak ayah pencen kerajaan. Gaji mereka besar,keluarga kami senang. Alhamdulilah, disebabkan kesenangan adik ipar ambil kesempatan.
Adik ipar aku dok tagih ayaq ketum itu. Adik aku backup habaq ehh ini ayaq nak bagi abang bertenaga. Tahi hang. Geram aku.
Aku kesian kat anak buah aku. Baru2 ini teruk depa gaduh siap main parang weyh. Macam mana kami tahu, dari anak buah aku. Anak buah ini jenis tak selindung tanya sikit habis terburai semua keluar.
So mak ayah aku kata la ini dah salah dah tak betul ini.. ampa tak boleh duduk sekali dahh.
Setiap tahun ada je cerita nak bercerai ini. Alih2 bila kami masuk campur tangan depa kata kami nak menyibuk kehidupan dia. Depa ada bergaduh teruk baru2 ini dah pi dah pejabat agama then pejabat agama kata tiada jalan damai pi la mahkamah.
Adik ipar habaq kat kami semua, walau apa sekalipun dia takkan sesekali ceraikan adik aku. Adik aku keluar dari rumah depa stay dengan mak ayah. Sebab anak buah kata ayah dia dok campak2 barang sampai pecah.
So kami dok fikirkan keselamatan mereka kami semua ikut campur la. iye la naya la kalau dia hilang pertimbangan habis adik aku dengan anak dia.
Sampai tarikh nak pi mahkamah. Kami nak pi ini tapi adik aku habaq dia nak pi dengan kawan dia. Lagipun anak dia demam, so mak ayah aku stay dok rumah. Sebab mak ayah percaya hat adik aku ini boleh handle konon ye.
Out nowhere, tetiba adik ipar mai rumah habaq nak ambik anak dia. Nak bawa anak dia pi Klinik.
Aku pun dah kalut tengah kerja, tengah prepare untuk event berbuka puasa. Mak aku call qeyau habaq mereka tak jadi pisah pulak. La awat ye? Aku call adik aku tanya apa cerita ini?
Dia habaq biar dia ambil anak itu. Pasai apa ampa nak larang? Ampa memang nak tengok kami bercerai baru ampa puas hati ker apa?
Aku panas telinga laa weyh. Memandangkan aku dok tempat kerja ini malas nak panjang cerita. Aku habaq dengan mak aku biaq pi la depa nak jadi apa.
Ayah aku ini dah habis kata2 dia dok termenung weyh. Plan nak pisah, terus hilang macam itu sahaja.. macam harammm.
Aku nak tanya la ampa semua ini ikhlas na jawab. kenapa ehh adik aku ini pilih nak stay lagi dengan orang macam ini. Ketagih ketum, tak solat, tak jalan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Kenapa dia pilih nak stay dalam relationship yang toxic ini.
Aku kesian kat mak ayah aku weyhh. Depa dah tua,mak aku sampai tak lena tidur malam. Tolong weyhh apa aku boleh buat?
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku rasa kau dan family patut dah biarkan adik kau tu handle family dia..
Kalau ada bukti ipar kau pedajal adik kau, lebam ke atau apa ke kau tangkap video or gambar bagi bukti. Pastu kau report polis. Tak perlu inform adik kau. Kalau ada bukti dia minum ketum kau bagi jg dekat polis..
So tak perlu dah nak risau sangat. Kalau depa buat hal, biar depa la. Nak bergaduh ke apa.. tak perlu nak serabut kepala korang. Dia yang nak jadi macam tu..
adik hang kena bawa berubat cara islam ni. mana la nak tau kan….
cek balik masa mak pak kerja kerajaan dulu boleh senang sbb apa?
1)Mungkin adik hg dah pernah terlanjur tidoq dgn jntn ni ms couple.Mungkin la.Tu masih nekad nak teruskan perkahwinan wlau tahu laki tu red flag
2) Mak bapa hg tak tegas langsung smpai biaq anak sendiri langgar undang2 keluarga dan skrg kepala mak pak hg dah kena pegang
3)Kot la laki tu ada pemakai ilmu penunduk.Cek cek dgn ustaz.Jgm cek dgn bomoh.Bawa adik hg berubat
Korg sekeluarga ni memang takda keberanian ya nak bersuara?Hidup la selamanya dlm KEBODOHAN.KALAU AKU..AKU HALAU DAH DGN PARANG