Assalammualaikum semua pembaca. Aku Wawa. Aku tak pandai bercerita, tapi aku akan cuba walaupun akan berterabur.. Aku harap pembaca dapat fahamkan apa yang ingin aku sampaikan.
Sekarang aku dalam hubungan dengan seorang lelaki, aku namakan dia H. Kami kenal daripada zaman sekolah lagi. Dan tempoh hubungan kami dah menjangkau 10 tahun.
Aku adalah perempuan yang sangat bertuah disebabkan H seorang lelaki yang sangat baik.. Bertuah sangat.
Dalam tempoh 10 tahun, H tidak pernah berubah perasaan dan aku nampak kesungguhan H untuk menghalalkan aku. Berbunga hati aku bila tiap kali H ucap, “Morning bakal isteriku” setiap pagi.
Sekarang di umur 27 tahun kewangan H sudah stabil dan dia sudah menyatakan hasrat untuk menjadikan aku sebagai isterinya. Perempuan mana yang tak suka kan? Lelaki yang dia cinta melamar dia..
Tapi siapa sangka latar belakang keluarga aku tak sama seperti keluarga H. Keluarga H dikenali sebagai keluarga yang mempunyai pegangan ilmu agama yang kuat berbanding dengan keluarga aku.
Bapa H merupakan Imam di Masjid besar di daerah kami. Sebut sahaja nama beliau, memang ramai yang kenal..
Manakala ayah aku, nak cukup 5 waktu sehari pun susah apatah lagi berpuasa. Aku bukan mahu membuka aib, tapi inilah kenyataannya.
Aku rasa susah hati bila terfikirkan perkara ini. Buat pengetahuan semua, aku bukanlah wanita yang sempurna. Aku masih dalam usaha untuk berhijrah dalam menutup aurat. H yang banyak membimbing aku.
Daripada rambut terbuka sehinggalah sekarang dah bertudung. Alhamdullilah.. Seperti mana yang aku kata awal tadi, aku bertuah kenal H yang sedikit pun tak pernah mengambil kesempatan terhadap aku.
Baru-baru ini aku berjumpa dengan keluarga H. Aku dapat rasakan pandangan serong anggota keluarga H terhadap aku iaitu adik beradik perempuan H.
Sampaikan aku terdengar perbualan mereka yang mengatakan H sudah sewel sebab memilih aku sebagai bakal isteri.
Aku disuruh baca niat wuduk, niat2 solat dan tahiyat akhir di depan kakak2 H.
Terdetik kat hati aku, kenapa mereka pandang rendah pada aku.. Aku tak tahu mungkin aku yang terlalu sensitif tentang hal ini.
Pulang sahaja dari rumah H, aku menangis. Aku solat dan berdoa pada Allah.
Patutkah aku teruskan hubungan ini. Aku sayangkan H dalam pada masa yang sama aku takut untuk lalui kemungkinan yang akan datang. Dan terang-terang yang diri aku tak diterima dalam keluarga H.
Sejak dari peristiwa di rumah H aku tak contact H langsung, beratus kali H call tapi aku tak angkat..
H datang rumah aku dan berjumpa dengan ibu dan ayah tapi aku tak sanggup nak keluar. Aku rasa sedih bila dengar suara H. Seboleh bolehnya aku nak lari dari H.
Bukan sekali aku makan hati dengan keluarga H..
Pernah sekali tu kakak H whatsapp aku supaya jauhkan diri daripada H. Tapi aku degil, aku masih tak sedar diri yang aku ini jahil dan kurang ilmu agama. Dan akhirnya, ini yang aku dapat.
Aku yakin, jika aku undur diri H akan lebih bahagia dengan wanita yang lebih sempurna dan tinggi ilmunya daripada aku.
Tempoh 10 tahun adalah tempoh yang lama untuk aku lupakan H dalam waktu sehari. Tapi andaikan kami tiada jodoh, aku redha.
Maafkan saya awak… Maafkan saya..
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit