Untuk part I, (https://iiumc.com/perkahwinan-yang-serabut/).
Assalammualaikum. Terima kasih pada admin yang dah post kisah aku. Dan terima kasih juga pada yang dah beri nasihat. Aku sambut baik nasihat korang.
Macam aku cakap, perkahwinan 10 tahun tu agak lama untuk aku berlaku tidak matang dalam setiap hal.
Aku akui setiap dari kita pernah buat silap. Manusia sifat nya lupa. Kalau aku tak matang, untuk apa aku buat perangai lepas 10 tahun bukan dari dulu.
Tapi aku dah lama pun tinggal semua khilaf tu. Sekarang aku surirumah sepenuh masa. Dan sekarang aku bekerja separuh masa. Mana yang panggil tu yang aku pergi.
Betul apa orang kata. Berkata lebih mudah dari melakukan. Ada yang tuduh aku ambil batu la. Apa la. Sedih hati aku. Judgmental teruk orang Malaysia ni. Tapi tak apa lah. Dah nama nya pun manusia. Penuh dengan sifat lupa. Aku maafkan.
Aku dah berkali2 ajak suami aku pergi kaunseling. Dia tak nak. Bukan kata bagi dengar tazkirah, aku dah tengking separuh mati (ni nanti kata pulak aku bini derhaka) pun tak jalan.
Sampai aku pernah join satu apps ni ada tak janda kaya yang nak suami, aku rela lepaskan suami aku ni. Tapi dia pulak tak nak. Dia cakap dia takkan lepaskan aku walau apa pun jadi.
(Tapi aku tau mesti ramai yang menyirap baca ni sebok suruh aku pegi pejabat agama kan. Haha) Siapa yang lalui je boleh rasa perasaan ini. Sebab kita selalu simpati tapi tak empati.
Letakkan diri kita dalam kasut orang lain amat lah susah.
Dulu aku pun pernah menjadi netizen yang memberi komen beriya kalau ada kes sebegini. Bila jadi pada aku, aku sendiri jatuh terduduk. Oh ini rupanya perasaan confessor sebelum ni. Ya Allah.
Belum lagi mengenangkan orang2 tua yang bakal aku kecewakan hati. Ayat diorang, selagi dia tak ambil dadah bukan kaki pukul, masih sayang dan jaga anak2, teruskanlah perkahwinan tu.
Aku? Macam aku cakap siapa yang pernah ada dalam kasut aku ni pasti akan faham perasaan ni.
Belum lagi anak2 yang cakap, ibu jangan lah tinggal ayah. Ayah tak pernah pun pukul ibu, ayah tolong ibu kat rumah. Huh. Siapa tak sedih?
Mana yang kata aku tak didik anak aku dengan baik tu? Pada aku, anak aku boleh berbual elok dengan aku, reti berterima kasih, boleh pujuk aku saat aku nangis, faham aku bila aku mental distress, itulah didikan terbaik bagi aku.
Dari anak2 yang pukul budak lain tak tentu hala, buat perangai, tantrum dan lain2. Alhamdulillah.
Cuma aku lupa nak cerita suami aku orangnya baik, lembut dan tidak berkasar. Rajin buat kerja rumah. Cuma tu lah satu masalahnya. Tak kerja. Buntu aku dibuatnya.
Aku dalam fasa sedang usaha yang terbaik untuk aku dengan anak2. Buat keputusan untuk jangka masa panjang bukan perkara mudah.
Tentang aku tanya perlu aku buat perangai tu hanyalah significant aku tentang, pemikiran aku yang lelaki ni akan berubah baik bila dia rasa tercabar.
Masa tu dia taknak kalah. Dia taknak hilang orang yang dia sayang. So dia nak berubah. Tapi jangkaan aku meleset. Aku anggap ni ujian dari Tuhan.
Aku anggap dunia sedang menghukum aku. Tapi aku betul mohon doa korang yang ikhlas doakan aku, aku doakan korang semoga Allah permudah segala urusan korang. Doakan urusan aku dipermudah.
Andai jodoh aku setakat ini, aku redha. Mana yang nasihat tentang maksiat tu terima kasih, aku sambut baik nasihat korang. In shaa Allah mudah2an ni kesilapan pertama dan yang terakhir buat aku.
Entahlah. Sebenarnya nak kahwin lagi pun takut. Trauma. Haha.
Tapi kan, aku harap sangat orang yang komen2 dekat IIUM Confession ni jagalah tuturkata, ayat yang sopan seiring dengan wajah comel, cantik dan hensem korang.
Sedih tau baca komen korang yang hardcore plus extreme tapi tengok profail hensem cantik semua. Chill k.
Sebenarnya confesor kat sini mengharapkan nasihat yang murni dari korang supaya dapat tenangkan hati diorang yang sedang kusut, sedikit sebanyak dapat ubat hati diorang yang lara.
Cuba bayangkan korang bila luah perasaan orang balas dengan maki hamun, tuduh2 mesti korang sedihkan. Okay.
Selamat Hari Raya korang. Jaga diri, hati2 pulang ke kampung halaman.
– Me (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit