Disaat aku menulis coretan ni, di saat itulah jugak kaki mahu melangkah pergi.
Aku dah berkahwin hampir 10 tahun, masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Kadang2 aku rasa ada hikmah kenapa Allah tu tak diberikan zuriat sampai sekarang. Dia tahu kemampuan mental aku. Walaupun hakikatnya aku nak sangat.
Suami pernah berlaku curang tahun lepas, dek kerana sayang aku beri dia peluang.
Kadang2 perkahwinan aku tak seperti orang lain. Ada je masalah, padahal kecil, suami aku suka mengabaikan aku, bukan sehari dua malah berminggu, pernah sampai 2 bulan.
Nama je duduk satu bumbung tapi jarang bertegur sapa kalau ada masalah. Dia dengan dunia dia melepak sampai 2 3 pagi.
Dunia aku kerja waktu office hour, dengan jarak perjalanan aku lalui 80km sehari. Boleh bayang kan malam baru sampai rumah and penatnya macam mana.
Berdosakah aku sebagai seorang isteri kalau aku keluar tinggal di tempat lain tanpa pengetahuan dia? Tempat yang dekat dengan tempat kerja aku.
Setiap hari travel balik rumah takde apa pun kat rumah, balik mandi aku tidur. Dia tak pernah ada pada waktu malam. Takde sesi solat bersama, makan bersama. Borak bersama.
Perlu kah aku taat pada suami yang tak solat. Toxicnya hidup rumah tangga aku. Berdosakan aku kalau minta dilepaskan?
Berkali2 aku pernah sebut tapi dia tak pernah sekali pun cakap dia akan lepas kan aku. Tapi kenapa aku macam tak penting dan berguna dalam hidup dia?
Aku dah penat jaga hati sendiri. Penat mental. Berbulan dia abaikan aku. Susah nak dibawa bincang dengan orang yang panas baran. Narsistik. Makan minum last dia bagi sebulan lepas. Langsung tak keluar ke mana2 selama sebulan.
Hidup aku hanya pegi keje balik keje. Hujung minggu setel kan hal rumah. Dia bersuka ria melepak dengan kawan2 diluar sana. Dia boleh melepak dari petang sampai 2 3 pagi dengan kawan2 nya. Dengan aku satu minit pun susah dalam seminggu.
Tapi dia masih sediakan nafkah tempat tinggal untuk aku, tak pernah halau aku.
Tak pernah dera aku atau pukul aku.
Mental aku seksa sangat diperlakukan sebegini.
Aku tahu aku sepatutnya rujuk ke pejabat agama untuk kaunseling, tapi pejabat agama berdekatan dengan tempat aku ada kenalan rapat kami, aku ambil keputusan tak nak kesana untuk bercerita masalah aku.
Tolong la bantu nasihat aku, mana tahu ada ustaz/ustazah atau orang yang berpengalaman yang mampu bagi aku nasihat dan Jalan keluar…
– Yuu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit