Perkara Lama Yang Tak Boleh Dilupakan

Salam semua. Aku bahasakan diri aku sebagai Mak Ude. Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, ramai adik beradik.

Aku dari pantai timur. Sekarang aku dah kahwin & ada 1 anak lelaki yang dinamakan N. Suami aku bekerja di pantai timur juga tapi berlainan negeri.

Zaman muda aku, aku ada khilaf. Dulu masa aku menuntut di satu universiti di gombak, aku mempunyai tunang di kampung. Tapi pada masa yang sama aku ada teman lelaki di uni.

Aku jahat. Atau mungkin aku perlukan kasih sayang yang kurang aku dapat dari keluarga aku.

Tunang aku meninggal akibat kemalangan motor. Tapi aku masih teruskan hubungan dengan teman lelaki di uni.

Mungkin akibat dari rasa kurang perhatian, aku mula jadi liar. Aku mula mencuba buat perkara tak baik. Berzina. Macam-macam benda & cara aku buat.

Mula dari dalam kereta, check in di hotel beberapa kali, pernah juga di rumah kakak aku sendiri. Kak N****, maafkan aku.

Aku ada ramai anak buah. Kadang aku gunakan mereka untuk buat benda tak elok. Salah seorang anak buah aku mirip muka teman lelaki di uni aku itu.

Susah sangat untuk aku berhenti. Mungkin sebab teman lelaki aku banyak beri aku wang. Aku seronok.

Kadang, aku sendiri yang mengajak dia check in untuk puaskan aku.

Sehingga sekarang suami aku tidak tahu lagi hal-hal lama aku. Banyak alasan dan cerita aku tukar apabila dia tanya.

Berdosakah aku?

– Mak Ude (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *