Salam. Nama diberi Mahmed. Sudah berkahwin.
First of all, aku minta maaf kalau luahan aku ni, menyinggung mana-mana perasan korang. Aku tak dak niat pun.
Yang baca sampai habis, aku ucap terima kasih sebab sudi baca.
Yang komen murni-murni, pun aku ucap terima kasih juga.
Benda yang paling aku menyesal bila aku kahwin ialah aku baik sangat dengan ipar dan mertua aku dan akhirnya bila ipar layan aku dengan layanan yang tak elok, aku kena telan saja macam orang bodoh.
Lepas tu mertua aku pula, akan buat-buat tak dengar luahan aku.
Pernah tau abang ipar aku, ajak aku mai rumah dia. Dia buat makan-makan sikit. Abang ipar aku tu, kerja dengan majlis agama okey. Bukan calang-calang. Orang pun panggil dia ustaz.
Aku pun pergilah sebab masa dia jemput aku, aku cakap inshaAllah. Insha Allah kan maksudnya berjanji.
Jadi aku pun pergilah rumah dia. Dia buat nasi ayam.
Nak tahu apa jadi masa aku sampai tu?
Dia dengan isteri dia, tak layan pun aku dengan isteri.
Aku dengan wife, dok layan diri makan nasi ayam. Wife abang ipar aku duduk dekat sofa sebelah dengan meja makan kami sambil main phone.
Abang ipar aku pula, tak keluar bilik pun layan kami. Hina weyh rasa masa tu.
Kerja majlis agama saja, tapi tak tahu ka hukum memuliakan tetamu?
Takkan jahil sangat.
Kalau tak sudi nak terima tetamu, janganlah undang. Betul tak?
Aku ingat weyh benda ni sampai bila-bila.
Hina weyh aku masa tu.
Masa aku mengadu dekat mertua, nak tahu apa respons dia?
Dia buat tak dengar ja. Hahahahaha..
Lawak kan?
Pastu sekarang ni, mak mertua aku terkilan gila aku tak pi rumah abang ipar aku. Mulalah dia salahkan aku dengan isteri.
Satu lagi, anak perempuan dia pernah tau serang aku.
Macam-macam weyh dia sembur aku.
Tapi aku tak balas pun. Malas layan. Aku tak hairan pun dia serang aku macam tu, sebab dengan mak dia sendiri pun dia cakap benda pelik-pelik.
Pernah tau dia kata dekat mak mertua aku;
“Sebab kau la main dengan bapak aku, tu yang kau dapat aku”
Gila punya rude..
So aku tak hairan pun dia kata dekat aku macam-macam sebab dia pernah kata dekat mak dia sendiri.
Cuma aku ralat lah, bila aku mengadu dekat mertua, mertua cakap;
“Kakak tu dia tulis ja. Ada orang yang suruh dia tulis macam tu. Dia tak tahu apa pun…”
Gila weyh mertua aku back up anak dia. Takkanlah anak hang ni tak pikiaq dulu sebelum tulis?
Perkara yang aku lagi ralat kan, anak kakak ipar aku nak sekolah, tapi tak dak duit nak beli uniform sekolah, aku yang suruh wife bank in duit dekat kak ipar untuk beli baju sekolah anak dia.
At last, aku juga yang jadi tempat dia maki hamun. Hahaha
Dia tak ucap terima kasih, tak pa lagi. Tak minta pun dibalas.
Cuma kalau hang dok makan jasa orang, lepas tu hang kutuk orang tu, bagi aku hang ni takdak maruahlah.
Aku, kalau aku benci orang tu, aku malas dah nak minta tolong macam-macam.
Dia tak. Tak dak maruah weyh. Minta pinjam duit apa semua, tapi hina kami macam macam. Tak ke bodoh?
Satu lagi kan, masa mak mertua aku mai bandar, dia akan stay rumah aku lama-lama. Ada la 2-3 bulan.
Lama kan?
Rumah anak dia yang kerja majlis agama tu, dia mai sehari dua ja. Tu pun time weekend ja.
Weekend pun bukan setiap weekend, tapi ada selang selilah.
Kalau dia mai dari kampung, tambang kapal terbang, wife aku bayar. Tambang grab dia dari airport pun wife aku bayar.
Btw wife aku housewife ja. So kalau pakai duit dia tu, means duit aku lah.
Aku tak kisah pun bab tu.
Masa mak mertua aku balik pun, aku juga yang hantar dia ke airport. Anak jantan dia pi mana? Entahlah, aku pun tak tahu.
Tapi yang sedihnya masa raya puasa baru-baru ni, turn balik kampung belah aku. Mak aku pula masuk ward.
Mak aku ward dekat 2 minggu.
So aku dengan wife dok di kampung lama lah.
Nak tahu apa mak mertua aku sindir wife aku, bila dia tahu kami nak balik bandar selepas 10 hari dekat kampung;
Dia kata;
“Laaa, nak balik dah ka? Duduk lah lama sikit nak jaga mertua”
Gila weyh mulut dia. Punya kurang ajar. Dia lupa kot dia mai bandar, aku yang dok jaga dia.
Walhal dia ada anak lelaki yang duduk dekat bandar juga.
Dan nak tahu tak, anak dia (adik wife) duduk sekali dengan aku tau. Dah 3 tahun dah tumpang rumah aku.
Dari dok belajar, sampai dah kerja masih duduk dengan aku. Adik beradik aku yang lain pun, tak dak mai tumpang macam ni.
Adik ipar aku tu dah lama dah nak pindah. Tapi mak mertua aku larang. Dia suruh duduk sekali.
Tapi tulah, masa aku balik kampung belah aku lama sikit, dia pula tak puas hati. Padahal banyak kot jasa aku dekat family dia.
Macam aku cakap tadi, aku tak minta pun dia balas. Bahkan ucapan terima kasih pun aku tak minta.
Cuma dok makan jasa aku, tapi mulut dok kata aku macam-macam tu dah kenapa?
Kalau benci, tak payahlah dok makan jasa kita, kan?
Jujur aku cakap, aku dah bahagia dengan wife. Tapi bila pihak lain duduk tumpang hidup kami, lepas tu hina kami macam aku, aku jadi serabut.
Wife aku pun menyesal sebab banyak bekorban dekat family dia sebab at last, salah sikit (balik rumah mak aku lama sikit sebab mak aku sakit) dah jadi isu.
So nasihat aku dekat orang yang baru kahwin, berpada-padalah baik dengan ipar dan mertua. Jangan bekorban sangat. Nanti bila timbul konflik, hang jugalah yang tak betul.
– Mahmed (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Entah lah kenapa.. Memang wujud ya orang macam ni.. x makan saman..
Baca luaha bro ni pun rasa sesak didada. Secata jujurnya.. ni nasihat akak yg dah pun kahwin nk masuk 9 tahun. Untuk yg mana bujang, dh ada plan nk kahwin ke.. dengar betul2 nasihat akak ni. Ni sekadar nasihat. Kalau nk ambil ambil lah. Kalau rasa sekadar nk baca je.. xpe nanti apa apa yg bakal berlaku dikemudian hari, kena sabar jela sbb itu pilihan kamu :)
Okey.. akak nasihatkan utk yg bakal nk kahwin, sebelum nk kahwin tu u n your partner kena bincang dh nk duduk mana lepas je ijab qabul. Nk menumpang rmh mertua? Ipar ada tak? Takda? Mak n ayah mertua je? Tak kisah la sape pun yg menghuni rumah tu, kita sangatlah disarankan jangan tinggal sekali. Susah macam mana sekali pun cari la rumah sewa walaupun kecik mana pun. Asalkan kita dan isteri/suami dpt berdikari sendiri, atur rumahtangga sendiri. Atur kewangan sendiri, susah senang biar sendiri je hadap Nak bergaduh mulut ke ape ke orang tak dengar. Takde aib terbuka. Nabi pun bagitau ipar tu adalah maut. Maksudnya kena ada batas antara ipar ipar ni. Apatah lagi mertua. Dalam agama pun nasihatkan tak elok duk sebumbung. Kes bro ni adir ipar duk sekali dh nak 3 tahun. Kesian la takde privacy, dari segi aurat2 macam mana kalau lain2 jantina? Rumitkan? Dari segi kewangan macam mana pulak? Ni nasib baik bro ni mampu. Kalau la bro ni susah.. tak ke nanti terseksa jiwa raga nk menanggung komitmen orang lain dlm rumah walaupun adik ipar. Dia ada kluarga sendiri kan? Dah tua bangka kan? Bukanlah jadi tanggungjwb abg ipar plak nk menanggung dia.
Kes mak mertua pulak, bro n isteri duduk jauhkan. Tu pun selalu kena perli hina, bau bsuk je. Pastu kalau lah dia duk dekat? Macam mana la agaknya kan.. hmm sabar jela. Orang tua selalu pesan, duduk jauh bau wangi wangi, duduk dekat bau bsuk.
Jadi banyak kebaikan kalau kita yg dah kahwin ni duduk jauh sikit/bukan duk sekali.
Setahun dua tu wangi la yg mana duk sekali ngn mertua. Nanti 3 tahun keatas mesti memendam rasa jela nak nak orang perempuan ni. Kalau tak kerja ke apa lagi la kena kata je di mak mertua. Yg sedihnya isteri la banyak makan hati dek perangai mak mertua ni.
Jadi untuk lelaki2 di luar sana.. kalau yg dh rasa nk kahwin, dduk la asing janganlah duduk sekali ngn keluarga. Tak payah la bagi alasan mak tua dah, ayah uzur dh. Dah takkan kamu adik beradik ramai adik beradik 8 orang tak bergilir jaga orang tua? Takkan nk suruh isteri kita ni yg berkorban tenaga jaga orang tua kita? Isteri kita ni orang luar. Biar la adik beradik yg fikirkan masalah kalau org tua sakit uzur dll. Tapi zaman lani ramai sangat isteri2 pulak yg berkorban jaga mertua. Harapnya yg dalam situasi ni bersabar la kalau betul takde keputusan dan takde pilihan lain. Semoga dipermudahkan segalanya lah. Dan terus sabar dan kuat semangat.
Maaf ye kalau nasihat akak ni terlalu panjang. Kalau boleh biarlah mental dan diri kita pun sihat. Kita berkorban akhirnya memakan diri bertahun tahun.
Diri sendiri yg sakit. Semoga bro ni pun kuatlah dan dapat selesaikan masalah ni secepatnya. Bincang balik dengan isteri. Bina la family dgn privacy.
Kerja majlis agama pun ada je yg duk jd gigolo..langgan ayam..jd sundal online..dan mkn nasik di kedai bertahun2 tak bayar mkn free curi2..
Jgn pk org majlis ugama ni kebal dosa sebab nafsu tetap nafsu mengajak ke arah jht.
Bab mertua dan ipar ko tu..biarlah dia x layan ms korg bertandang..maybe dah penat sgt kot layan tetamu lain..berterima kasih aje la at least ada juga makanan utk di mkn..fikir positif aje lah.
Bab anak dia tu..aku rs anak tu ada ciri lembam dan bodo2 alang tu otak tak centre…x yah amik hati..jd mcm tu pun mgkn copy dari DNA lembam dan gila ipar ko /pasangan dia juga hiksss…
Sesekali libas je mulut budak tu jgn bg muka.Kecik2 dah biadap besar esok ?
Mak mertua ko pun x selesa duk rumah ustaz tu kan tu bertahan 2 hari je..
Dah la x payah nak baik sgt.Buat baik berpada2 sudah..baik cmne pun tetap jd taik kalo org dh x suka kita..tkpe