Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Sertai Portal Cari Jodoh

Assalammualaikum semua pembaca iiumc. Pengenalan ringkas diri. Seorang perempuan, bekerja, bujang dan ahli dalam portal cari jodoh muslim. Mesti dah cliche sangat pasal portal cari jodoh ni kan. Okay di sini saya nak bagi sisi dan pandangan saya secara peribadi mengenai portal ni. Mungkin ada beza sikit dengan confessor before this. Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang saya mulakan perkongsian ya.

As mentioned above, yup saya salah seorang ahli dalam one of known muslim website untuk mereka yang ingin mencari pasangan hidup. Untuk ringkaskan cerita, Alhamdullilah dalam tahun ni ada beberapa calon lelaki yang hantar mesej dan ciri-ciri lelaki yang mesej saya tu sedikit sebanyak menepati kriteria yang saya inginkan. Sebelum ni saya ada terima jugak mesej dari calon lelaki lain tapi ada yang agak berumur dan muda dari saya. Setiap orang semestinya ada kriteria pasangan yang diinginkan dan konsep sekufu juga perlu dititikberatkan.

Saya nak kongsikan view saya secara peribadi mengenai calon-calon lelaki dalam portal tersebut. Mungkin pengalaman saya ni ada beza sikit dari confessor “Expectation terhadap Portal Cari Jodoh Muslim”. Maaf kalau silap sikit tajuknya.

Untuk persiapan kaum hawa yang berminat nak join portal ni sebagai salah satu usaha untuk mencari pasangan hidup, saya galakkan awak untuk join. TAPI, TAPI, TAPI, saya nak bagi gentle reminder pada awak tau. Awak kene ambil maklum bahawa kebanyakan calon lelaki dalam portal tu nanti serius dalam mencari calon isteri tau. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.

Kalau awak betul-betul dah bersedia nak serious ke arah alam perkahwinan, portal ni InsyaAllah sesuai untuk awak sebagai usaha mencari bakal suami awak. Tapi kalau awak sendiri macam tak pasti samaada awak betul-betul dah boleh serius ke tak untuk alam baru yang akan awak face, saya advice jangan join dulu. Seriously, saya bukan totally tak bagi awak masuk tau. It was your own choice and readiness.

Don’t get me wrong. Macam saya mention dekat atas, saya nasihat macam ni sebab saya dah pernah lalui fasa yang mana saya sendiri sebenarnya tak betul-betul bersedia in almost aspect (financial, mental, etc) yang menyebabkan ada hati lain yang terluka. Bila seseorang tu dah bersedia dari almost all aspect, then awak pulak tak bersedia almost on everything, benda tu akan menyebabkan salah seorang atau dua-dua hurt. Deeply hurt mungkin.

Saya tak berniat nak go further tentang kisah saya yang menyebabkan saya takes time untuk clarify apa yang saya dah buat sampai sekarang. Cuma saya harap untuk awak-awak yang nak join portal tu nanti make sure you prepare yourself very well ya. Doesn’t mean that you need to be perfect in all way to join that website.

At least ada sikit preparation dari segi kewangan, ada saving sikit untuk ke alam baru, mental, macam mana awak nak face bukan sahaja lelaki baru dalam hidup awak, tapi family dia, kawan dia. Kene pelan-pelan prepare untuk adapt dengan fasa yang baru. Sebab kita kahwin bukan untuk 2, 3 hari kan. Pasangan yang kita pilih tu nanti yang akan hidup dengan kita for almost every single day lepas je kita nikah nanti. Pernah dengar kan orang kata, hidup kita mungkin akan lebih lama dengan pasangan kita compared masa kita dengan parents kita.

Last but not least, and most importantly, prepared yourself first ya girls. InsyaAllah, Allah dah susun hidup kita cantik-cantik, percaya pada Dia dan perancanganNya. Maaf ayat tunggang-langgang. Dah lama tak mengayat dalam bahasa melayu. Caca merba jadinya. Huhu.

– Syuhada (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *