Musim orang kawin telah kembali. Kerap sekali kita pegi rumah pengantin, makanan dah habis. Pengantin and parents pengantin akan malu untuk seketika,tapi at last yang orang akan tanya Catering mane tu? Yang busuk, nama catering.
Masa kejadian makanan habis, saudara mara akan serbu orang catering. Tanya kenapa makanan bole tak cukup? Air pon habis ni macam mana? Bole tambah nasi lagi tak? AWAS nasi tak masak dalam masa 5minit, unless you guna pressure cooker. Dan takde pressure cooker utk saiz 2000orang makan. Di sini saya sertakan info2 berguna untuk bakal2 pengantin dan saudara mara bakal2 pengantin. Sila luangkan masa untuk membaca demi hari berbahagia anda.
Tips pertama, pastikan jumlah makanan yang ditempah sesuai dengan jumlah jemputan. Biasanya yang tempah makanan adalah parents pengantin sendiri. Jarang pengantin yang decide,unless tanya pendapat parents dulu. Still parents win. Lets say, kad diedarkan 500 keping. Tempahan sepatutnya untuk 1000orang makan. Sebab mestila datang couple, tak kan datang sorang. Unless still single or forever alone. Di sini timbul masalah bila kad diedarkan melalui wassap dan itu termasuk wassap group yang ada beratus2 orang. Macam kelab kereta,kelab memancing dan sebagainya.
Selalu orang yang menempah terlupa pasal ni. Di situlah jawapan untuk soalan kenapa makanan bole tak cukup. Jadi kepada saudara mara pengantin, tanya caterer dulu sebelum marah2.
Ada parents yang memang tempah tak cukup makanan untuk tujuan jimat. Konon2 hujung2 majlis,masa tetamu dah tak ramai, family sendiri bole masak nasik dan beli ayam golek untuk kenyangkan perut tetamu. AWAS,tak semua saudara mara rajin menolong. Lebih ramai yang rajin melaram depan camera. Jadi untuk selamat, siap2 bagi tugas untuk memasak tu sebelum hari perkahwinan. BELI AYAM GOLEK TADI , SALAH SATU TIPS UNTUK MAKANAN TAK CUKUP.
Tips kedua, pilih masa jemputan makan yang betul. 11am hingga 4pm masa yang normal untuk jemputan makan. 6pm hingga 12am masa yang abnormal. Sebab 6pm hingga 7pm tak ramai yang makan nasi. Jadi selepas magrib tetamu akan dating berduyun duyun,masa tu makanan akan habis. Kalau tempah tak cukup makanan, masa tu makanan akan habis. Maka situasi tu sangat kritikal.
Tips ketiga lantik seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk deal dengan pic catering sepanjang majlis berlangsung. Ahli keluarga yang dilantik perlu sentiasa minta update dengan pic catering mengenai kuantiti makanan yang tinggal. Contohnya tinggal 2jam majlis nak habis, berapa banyak kuantiti makanan yang tinggal. Kalau banyak, bole keluarkan semua untuk tetamu atau tuan rumah bole start packing2 untuk bagi ahli keluarga. Kalau sikit, agak2 tak cukup untuk 2jam. Sila la stand by makanan sendiri,bole la beli apa yang patut.
Tips keempat yang paling berharga, harga untuk 1 kepala. Yang bahagian ni tak banyak untuk di kongsi kan.Sebab tengok kepada menu,kalau ayam daging tak mungkin harga terlalu murah. Ayam dan daging pun da berapa sekilo. Kalau terlau murah, abit fishy , jangan ambil risiko. Harga untuk 1 kepala tak termasuk kos lain2 seperti transportation dan etc. Kalau pasal harga, ikut kemampuan. Kalau rasa mahal untuk menu yang dipilih, survey dan survey lagi.
Itu saja buat masa ni. Yang penting, jangan la buat waiter2 catering macam bibik anda. Suruh bungkus makanan untuk saudara mara, refill menu2 yang bukan dalam menu catering. Waiter2 tu ada kpi masing2, yang jaga table, yang refill makanan. Semuanya untuk bagi servis yang terbaik. Kalau waiter2 tersebut free, takde masalah untuk minta mereka bantu. Kalau tetamu berduyun duyun jangan kacau tugas mereka. Harap kerjasama bakal2 pengantin dan saudara mara bakal pengantin supaya majlis anda dapat berjalan dengan lancar.
– Neel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit