Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Bila Didekati Wanita

Assalamualaikum

Thanks admin kalau post ni disiarkan. Aku banon, usia nk masuk 30 dan aku masih single lagi. Kalau baca tajuk pun mesti semua dah tahu aku nak cerita pasal apa. soryla tajuk panjang sbb tu je tajuk yg aku rasa sesuai. Aku seorang introvert dan memang dari zaman study lagi aku seorang yang pendiam dan akan bercakap dengan classmate aku yang lelaki bila perlu je. Dan aku memang tak pernah bercinta.

Tapi lepas kerja ni, aku ada suka seorang lelaki ni. Senang cite crush.. dia xdekla hensem manepon cuma yg buat aku tertarik pada die ialah cara/ kelakuan dia. Aku selalu perhatikan die dari jauh. Nak tegur malu sbb kenal pon tak. Last-last aku pendam jela smpai satu hari tu aku nekad nak kenal dia and approach die.

Aku pun passkan nom phone aku pd kawan aku yg kebetulan die satu dept dgn lelaki tu. Of course la sbg perempuan aku rasa macam malu gile masa nak bagi nom phone aku pada die. Aku takut die cop aku perempuan gatal. Tapi sbb aku ikhlas nak kenal, so aku buangkan perasaan malu tu jauh-jauh. Bak kata kwan aku tu, tak cuba tak tahu.
Tak lama lepas tu, dia whatsapp aku tanye siapa, keje apa dan sbgainye.. Sampailah kiteorang bercerita perkara yg lebih serius tentang kenapa aku approach dia dll.

First awal-awal tu memang rancakla berwhatsapp. Yelah orang kata baru nak kenal hati budi. Bila aku cerita pasal diri aku pon die kata macam cam aku. Aku pon sronokla bila dia kata mcmtu. Tapi lepas beberapa bulan tu, kiteorang jadi makin renggang. Aku whatsapp pon die balas acuh xacuh. Kadang-kadang xbalas langsung. Kwan aku pon suruh aku relax and sabar. Think positive die tgh busy…

Time tu aku dah rasa macm down giler sebab aku yg approach die nk kenal die and end up dia layan pon gitu2 je. Aku rasa die kenal aku and mestila die pon ada risik2 pasal aku dengan kawan aku tu. And aku rasa tu reason die sebab die menjauhkan diri. Aku mengaku aku takdelah cantik mana pon tapi manis tu adela.huhu.. jalan pon asyik tunduk je. Org tgk aku ni org akan pikir aku ni membosankan. Padahal takpon. Aku lebih suka orang kenal aku dulu and tau aku mcm mana.

Selepas incident whatsapp xberbalas.. aku cuba untuk kurangkan berselisih dgn die even pegi café. Kalau terserempak pon aku buat-buat busy atau buat-buat tak nampak die. Time tu kadang-kadang aku rasa bersyukur jugak sbb bukan satu dept ngan die and tak perlu rasa nak malu sgt pada die. Aku sekarang ni cuba untuk lupakan die tapi tulah makan masa juga. Sebab die adalah lelaki yang pertama yg pernah aku suka. Nak buang perasaan suka tu memang susah sehinggala saat ini.

Kepada lelaki-lelaki diluar sana, jika ade seorang gadis yang datang approach, cubalah untuk kenal dan berkawan dengan gadis itu. Wanita dilahirkan sebagai seorang yg pemalu dan wanita yg baik sentiasa menjaga batas pergaulannya. Jika wanita itu datang approach dengan cara baik, percayalah wanita itu sedang ikhlas. Beberapa perkara yg aku highlightkan kat sini yg lelaki perlu tahu bila ada gadis yg approach mereka dahulu. Ini cuma apa yg aku pernah lalui dan kongsikan dengn semua orang.

1) seorang gadis akan mengambil masa yang lama untuk dia tegur her crush. Even crush die adelah kawan baik die sekali pon, die akan mengambil masa utk luahkan perasaan tu. Hati seorang wanita sgtla sensitive. Macam aku, aku cuma dpt pndang dr jauh je.

2) Macam aku, aku akan selidik dlu lelaki tu dah berpunya ataupon tak. If single, aku akan tnye pendapat kwan baik even mak aku, pendapat kalau perempuan yg approach dlu. Mak aku sendiri pon pernah pesan, tak salah mencuba kalau tuhan dah takdirkan jodoh aku melalui cara tu. (thanks mak. syahdu kejap)

3) Untuk seorang wanita berani mcm ni bukanlah senang. Dulu sebelum aku teruskan hasrat aku tu, macam-macam aku pikir. Betul ke tindakan aku ni? Nanti apa pulak org cakap. And sebagai seorang wanita, kiteorng ni kalau rapat kamceng ngan lelaki pon pasti akan ada rasa malu yg teramat kalau depan crush. Trust me dude.

4) Bagi aku, aku lebih suka kalau lelaki yg start conversation dlu sbbnye kalau kiteorg start dlu, alamtnye mmg xdek idealah nak borak pasal apa. Lebih-lebih lagi yg jenis introvert ni. Susah giler kot.

5) Dulu aku pernah tnye lelaki tu, pendapat die bile wanita yg approach die. Die sendri pon mula-mula terkejut dgn tindakan berani mati aku tu. Tapi tulaaa, bukan jodoh agaknya.

6) Lastly, aku harap gadis diluar sana yg ada crush jgn malu untuk mulakan langkah. Jodoh atau bukan jodoh itu bukan kita yang tentukan. Doa, usaha dan tawakal pada Allah. Minta petunjuk driNya apa yg terbaik untuk kita.

Aku sentiasa minta petunjuk dari tuhan apa yang terbaik untuk aku. Bila aku minta doa untuk lupakan dia and buang terus perasaan aku pada dia, makin aku akan teringat and rindu pada dia. .

Kita taktau apa yg tuhan sedang rencanakan utk kita di masa depan. Cuma kita hambaNya mampu berdoa dan trus berdoa shaja. InshaAllah. Doakan aku bertemu jodoh with right person at the right time.

Banon

– Banon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit