Ahhh, baru-baru ni dalam perjalanan bas dari Makkah ke Madinah selama 7 jam membuahkan satu benak fikiran. Sekali sekala Mutawwif menceritakan tentang sejarah Nabi SAW semasa tayar bas bergolek.
Sambil menikmati pandangan tanah berbukit di sepanjang perjalanan, berbekalkan internet Roaming, dapatlah aku scroll TikTok seketika.
Anehnya apabila berada di Tanah Haram, aku tak seberapa ambil kisah dengan Gender War yang berlegar-legar dalam media sosial. Mungkin sebab aku berada di realiti yang lain, untuk seketika waktu. Pulang ke Malaysia nanti, kembali semula ke realiti Gender War.
Gender War; perbahasan yang tak habis tentang tugas, tanggungjawab, hak lelaki dan wanita sama ada sebelum atau selepas berkahwin.
Aku perasan beberapa perkara yang memainkan peranan dalam penghakisan sifat feminin dalam wanita.
1. Kehidupan yang rushing
Kehidupan yang rushing ni boleh terjadi bila kita ade task yang kena siapakan by sekian timing. Boleh jadi perempuan bekerja, surirumah, dan ibu yang bekerja.
Dari celik mata sampai malam, ada check list of demanding tasks yang berderet-deret kena buat. Kalau salah satu tak buat, ada la benda yang akan kacau keseluruhan kejadian hari tu.
Sehari dua, takpe lagi. Ini dah kalau sebulan, 28 hari macam tu, boleh kacau parasympathetic nervous system kita. Hormon kortisol jadi tinggi, jadi cepat marah, tergesa-gesa, penat, sensitif, weight gain, PCOS, insulin resistance dan sentiasa dalam fight and flight mode.
(Kadang-kadang ada yang mendapat sembelit sebab kehidupan yang rushing ni, antaranya aku.) Itu tak termasuk lagi ada masalah yang lebih besar seperti masalah rumahtangga. Sering terjadi penyakit-penyakit yang kronik.
2. Emosi yang dipendam
Dukacitanya, emosi yang terpendam ni boleh berlaku kepada wanita dalam pelbagai peringkat usia. Boleh jadi apabila seorang anak perempuan dengan ibunya sendiri.
Si anak menangis, ibu akan marah dan dismiss apa yang anak rasa. Wanita yang berpasangan (bercinta atau bersuami), pun sama. Emotional suppression boleh berlaku.
Emotional suppresion apabila berlaku pada wanita, akan menghakis feminiti manakala jika berlaku pada lelaki, akan menyebabkan toxic masculinity.
Ada kisah ibrah ketika Nabi SAW menyebarkan Islam di Taif, berlaku satu kekejaman yang dibuat terhadap baginda oleh penduduk di Taif mencederakan sehingga berdarah ke kaki nabi.
Kalau perasan, Nabi ni ada lah pengadu. Nabi suka mengadu. Dia tidak memendam. Baginda cakap, “Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu tentang kelemahan kekuatanku, tentang kurangnya daya usahaku, dan tentang kehinaanku di hadapan manusia.”
Beza Nabi dengan kita adalah, Nabi ada direct communication dengan Allah dan Malaikat. Mengadu sekejap, tak lama kemudian dapat wahyu. Kita umatnya, tidak. Jadi, suami dengarlah rintihan isteri-mu. Wahai, isteri dengarlah rintihan suami-mu. Lamberttt lagi doa kita nak makbul.
3. Social Media
Ini memang semua orang tahu; dari sosial media atau orang-orang sekeliling. Aku teringat dulu, masa zaman Cinderella, Fairy Tale, Beauty & The Beast, Barbie Doll, semua wanita nak kahwin tau.
Ada tu time aku baru masuk asasi, kawan aku duk meratib nak kahwin awal. Dulu-dulu kan rasa kahwin tu macam escapade. Hahaha. Itulah media yang kita ade dulu-dulu.
Sekarang arus pemikiran tu dah 100% berubah. Orang semua takut nak berkahwin. Tapi secara makna yang lain, lelaki atau perempuan takut untuk memilih long-term commitment yang bersifat uncertain (tak pasti). Bercakap pasal anticipatory anxiety.
Pergi lah bercakap dengan mana-mana yang lelaki atau perempuan single, baru sembang sikit je, dah cakap takut dapat yang tak setia, takut harta kena kikis, takut dimadukan, takut…. takut…. semuanya tentang TAKUTTT.
Nak nak pulak sekarang banyak content yang triggering. Semua nak membahas dan emphasize on rights berbanding menunaikan tanggungjawab. Dan benda ni membibit ke arah independency dan survival mode individual. Dia rasa perlu untuk hidup seorang. Maka, usaha akan lebih ke arah gaya hidup berseorangan.
4. Kehidupan kekeluargaan yang retak
Aku rasa semua keluarga ada masalah. Bezanya cuma retak sedikit, retak seribu atau sudah terbelah. Dan setiap keretakan itu menjadi input naratif dalam fikiran kita ketika kita masih kanak-kanak atau remaja.
Tentang bagaimana si bapa melayani ibu kita, menjadi sebuah recording utama dan penapisan pertama (first filter) dalam kita meng-interpretasi konsep perkahwinan itu secara keseluruhan. Sebab tu susah nak meyakinkan orang yang ada tanggapan negatif yang solid tentang perkahwinan.
Kau cakaplah, “nanti ko duk rumah orang tua sorang-sorang.” Ha dah dia memang simpan duit dia siap2 untuk biaya pakej luxury rumah orang. Nak sponsor ke?
Cousin perempuan aku ade sorang macam ni. Tak kahwin dan dia tak nak kahwin. Orang masuk minang pun dia tolak sebab dia macam trauma tengok makpak dia asyik gaduh dan saudara mara sekeliling bercerai.
Sebenarnya ada banyak tentang Feminiti perempuan. Kita jangan confuse feminine dan sifat menggoda. Ada perempuan kelihatan seperti perempuan tapi melayani semua lelaki. Macam kes air buah.
Kadang2 aku tak faham dengan perempuan buat bisnes tapi menggiyurkan lelaki. Apa-apa produk mesti ada perkataan Dara atau Janda dan target marketnya adalah lelaki. Aku tak nampak pun bisnes-bisnes macam tu kat Makkah atau Madinah.
Wanita di sini ada je yang berkerja, di airport, di mall (berniqab) tetapi di selection yang sesuai. Siti Khadijah RA yang kaya raya dengan bisnes pun takde buat elemen seperti itu.
Tapi tu lah, feminity ni sering di-overshadow dengan perempuan yang verbal dan strong di social media. Content mereka lebih viral. Lebih banyak views; yang mana dianggap sebagai representation keseluruhan wanita.
Biased-thought. Hanya kerana 10 orang berbuat sedemikian, lagi 90 dikatakan dalam kategori yang sama.
Aku sendiri lelah membaca komen-komen yang berunsurkan gender war dalam social media. Paling tak kurang, mesti ada banyak Tuhan dalam tu dah boleh tentukan siapa masuk syurga atau neraka. Wallahua’lam.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit