Perkara Yang Patut Kita Buat Pada Jiran

Assalamualaikum

Terima kasih pada admin sekiranya sudi siarkan confession ini.

Aku tertarik nak tulis lepas baca confession ‘Jiran Naik Angin’.

Aku ada pengalaman sebagai pelajar yang duduk ramai-ramai dalam satu rumah,
Aku ada pengalaman sebagai pensyarah dan duduk di kawasan yang ramai pelajar.
Jadi nak berkongsi sikit lah.

Nasihat aku :

1. Fahami keadaan dan situasi orang lain.

Jiran-jiran korang adalah mereka yang bekerluarga. Mereka ada suami, isteri dan anak-anak. Jadi sudah pasti lifestyle mereka berbeza. Mereka nak suasana aman dan tenteram di kawasan rumah. Jadi korang kena faham situasi mereka. Jangan buat bising. Inilah adab berjiran. Hormat menghormati.

2. Don’t take things for granted

Sekiranya jiran korang bagi korang park depan rumah diorang dengan syarat-syarat tertentu, sila ikut permintaan mereka. Isu di sini bukanlah isu tolak ansur. Itu hak mereka. Kawasan mereka. Korang kena hormat. Bila korang tak ikut syarat dia, sah sah lepas ni dia tak bagi korang park dah. Orang berbudi kita berbahasa.

3. Tingkat-kan level common sense

Rumah teres/apartment, kawasan parking memang tak banyak. Orang yang cipta rumah ni, diorang allocate satu rumah hanya untuk 2 kereta sahaja. Kalau korang banyak kereta, gunakan common sense, letak di tempat lain. Jangan nak sumbat semua kereta dekat depan rumah. Kalau muat 4 kereta, yang lain-lain kenalah letak jauh sikit. Bila kita duduk ramai-ramai dalam satu rumah, memang kena banyak berkorban. Duduk berhimpit, parking kereta jauh. Itulah pengorbanan sebagai pelajar untuk menjadikan kita lebih kuat menghadapi cabaran.

4. Bina ‘rapport’ / hubungan baik dengan jiran.

Aku tak nafikan, majoriti rakyat Malaysia (yang sudah bekerja/bekeluarga) tak suka berjiran dengan pelajar yang duduk satu rumah ramai-ramai.

Sebab apa :

1. Selalu bising
2. Parking motor/ kereta merata-rata
3. Kadang-kadang balik lewat malam, pukul 11 malam ke atas, bila sampai rumah bunyi bising motor.

So apa yang korang boleh buat?

Ambil hati jiran. Jiran korang lebih tua dan lebih sensitif. Bila terserempak di luar rumah, korang senyum dulu dekat diorang, tanya khabar. Puji lah sikit baju dia cantik, pokok bunga diorang lawa etc. Nak ambil hati dia.

Weekend, korang offer nak tolong kemas/ sapu halaman rumah dia, atau bagi buah tangan macam buah-buah ke. Mesti diorang happy.

Kalau bawak motor dan balik lewat, matikan enjin motor 100 meter dari rumah korang, lepastu tolak je motor tu sampai parking rumah.

———————————————-
Kesimpulannya, korang tak perlu pindah rumah sebab dah final year.

Apa yang korang perlu buat?

1. Korang buat mesyuarat tergempar sesama 14 orang.
2. Minta semua baca confession aku ni dan buat muhasabah.
3. Beli buah-buahan
4. Pergi rumah jiran2 korang yang naik angin tu, minta maaf dekat diorang, janji tak buat lagi, bagi buah dekat diorang.
5. Amalkan nasihat nombor 5 – bina ‘rapport’ sampailah korang pindah dari rumah tu.

– Mad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit