Perkara Yang Perlu Install Selain Apps Social Media

Salam, terima kasih admin.

Pertamanya, aku nak minta maaf andai penggunaan ayat aku kurang difahami dan terabur. Maklumlah, dah lama tinggalkan kelas Bahasa Melayu.

Apa yang aku nak sampaikan ini tidaklah sampai tahap tak install benda ini boleh mati. Ramai yang rasa benda ini ringan tapi bagi aku ini adalah keperluan.

1. Calendar period (bagi wanita)
Ok, yang ini amat penting untuk perempuan tak kira masih anak dara atau sudah berkahwin. Ada kawan aku pernah cakap macam benda ini tak penting pon. Tapi sebenarnya, kalendar ini sangat penting bila ada perkara yang kita akan lalui nanti. Contoh, camping atau travel. Perempuan biasanya buat persiapan yang sangat terperinci bila dia tahu tarikh yang dia akan pergi tu waktu dia akan period. So, benda ini sangatlah membantu. Manakala, perempuan dah kahwin akan tahu tarikh subur. Aku taknak explain lebih yang ni.

2. Ayat Ruqyah.

Kenapa ini penting? Sebab pernah tak kita kene ganggu dengan makhluk yang tak nampak? So, waktu bila kau dah takut sangat kompem semua ayat hilang dalam otak. Bagi yang keje shift malam dan pulang ke rumah waktu denga naik motor, sambil kau tunggang motor pasang lah ayat ini.

3. Al-Quran (terjemahan).

Aku bukan lah ustaz/ustazah. Tapi, aku yang insan biasa yang penuh kelaghaan ni, ada satu masa kita mesti rasa terdetik nak balik pada Pencipta. So, waktu ini Al-Quran ini membantu. Mesti ada yang cakap “Alah, guna Al-Quran naskah tu wehh lagi banyak pahala”. Ok, aku jawab siap-siap. Bhai, cuba kau bayngkan kau ni dikenali sebagai orang yang gila-gila atau “huha-huha” so, kami akan rasa malu dan rendah diri untuk baca naskah Al-Quran atas pandangan orang. Dan aku rasa mesti ada orang pertikaikan “buatlah kerana Allah”. Aku nak jawab siap-siap juga. Kami baru nak mula dan kami perlukan masa. Mungkin anda tak pernah berada di tempat kami. Jadi, jangan banyak tanya.

Then, kenapa terjemahan? Masih ramai yang tak pandai baca dengan lancar. So, dengan ini terjemahan dapat membantu.

3. Audio apa-apa surah/zikir/selawat.

Yang ini huraian dia sama saja dengan Al-Quran itu. Ada masa mesti kita rasa letih dengan dunia. So, audio ini akan membantu kita tambah pahala.

Jadi, mungkin apa yang aku share ini tak lah sehebat confession lain. Tapi, mungkin boleh mambantu sebahagian kecil.

– Suko

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit