Perkataan Baik Yang Memecahbelahkan

Assalamualaikum wbt,jutaan terima kasih terlebih dahulu sy tujukan kepada admin kerana membenarkan tulisan sy ini dibaca oleh para pembaca yang budiman sekalian.

Perkataan baik yang boleh memecahbelahkan umat. Bunyi macam seram lah pulak.. Tapi itulah hakikat dunia sekarang. Perkataan yang aku maksudkan adalah salam.

Alkisahnya begini, aku seorang yang kurang tahu kalau bab2 add drop subjek atau perkara2 yang berkaitan dengan department2 ni.Jadi kenalah banyak bertanya.

Suatu hari,aku dengan bangganya ke department untuk selesaikan urusan yang aku sebut tadi. Dah sampai,aku nampak kelibat manusia,lalu aku memberi salam tapi tak lantang sgt(sebab aku was2 nk tanya ke tak sebab nampak dia macam kusyuk dengan kerja yang dia tengah buat kan). Lepas tu aku bersuara beberapa kali, “ermm..boleh sy tanya?”

No respond,so aku decide taknak tanya sebab dia macam sibuk, kan.Then,dia pandang aku secara slow motion,pandangan yang agak garang. Aku pun beranikan bersuara lagi, “ermm,boleh sy tya?”
“Assalamualaikum!!” Dia bersuaraaa.. Aku pun rasa cuak ah sebab boleh nampak dah gaya dia..hmm..

Aku pun jawab jelah, “Waalaikumsalam,ermm,sy nak tanya..” “Tak pandai bagi salam ke?”
Fulamaak! Laju semacam darah aku naik…..Jantung tak yah cakap ah. Aku ni kalau sabar tu sabar jugak,tapi kalau dah bengang ada jugak rasa nak menjawab beb.

“Tapi.. sy dah bagi salam tadi” dilemparku bersama senyuman lembu. Pastu, mimik muka dia ni aku tak pandai nak describe macam mana kat korang, tapi yang aku boleh cakap daripada mesej muka dia ‘aku taknak dengar alasan!’ Dia tanya balik “nak tanya apa?”. Aku rasa masa tu macam nak blah je,tapi aku diam dulu skejap. Baru aku teruskan agenda sebenar aku tu.

Ada lagiii,sabar2… belum tamat ye semua. Beberapa hari lepas tu, aku lalu dekat tempat kejadian. Rupanya bukan aku je yang jadi mangsa dalam kes tu, tapi yang lain lagi teruk. Sampai ditengking2 “awk ni agama islam ke apa?”

Astaghfirullahalazimm…depan orang ramai kot. Tujuan aku confess bukan nak memburukan org,demi Allah! Takde niat nak memburukkan sesiapa malah seagama sendiri. Tapi aku cuma nak korang ambil iktibar. Aku tahu,tujuan dia baik,nak sebarkan salam. Tapi, matlamat tidak menghalalkan cara, am I?

Tuhan anugerahkan salam sebagai doa dan tali senjata yang boleh mengukuhkan umat islam. Tapi,apabila disalah guna dan terlampau strict macam ni…Perkataan yang baik pun boleh memecahbelahkan umat. Sedangkan salam itu sunat,yg menjawab itu wajib. Aku sampai sekarang tak boleh tengok muka dia ,nak cakap lagi lah. Trauma kot sebab bukan aku je yang kena. Aku x tahulah malu yang si kawan tu tanggung masa kena tengking ,hanya kerana tak bagi salam.

Sama jugak dengan perkataan terima kasih. Kalau kita ikhlas buat sesuatu, tak perlu mengharapkan terima kasih, jangan risau ,kita kan ada Allah.. kau nak apa? Bukan setakat terima kasih, macam2 Allah boleh bagi kerana Dia Maha Kaya! Yakinlah dengan Dia,Dia akan bagi,inshaAllah. Tak perlu nak menganjing terima kasih dekat org kalau kita buat baik dekat dia (gurau2 ngn geng takpelah skit2). Okay semua? Beres? Aku harap tiada sebarang unsur2 negatif yg terbit hasil daripada confession aku ni yep.Sesungguhnya yg buruk itu semua dari diri yg hina ini dan yang baik hanyalah dari Allah SWT. Maaf jika ada sebarang kesalahan sepanjang anda yg manis2 sedang membaca. (Sebenarnya aku bersalah nak tulis benda ni,harap korang ambil iktibar lah ye semua…)
Ok dah,tamat, Sayonara! Semoga sihat senantiasa ^^

– Mr Kacang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit