Perkembangan Pendidikan Pelajaran

Salam semua, maaf nak bertanya kepada yang terlibat dalam perkembangan pendidikan kanak kanak.

Saya dan isteri adalah bekas pelajar lulusan dari luar negara,

Kami direzekikan 2 orang puteri, si kakak berumur 15, cemerlang dari peringkat rendah sehingga menengah, baik akademik dan kokurikulum serta sahsiah..

Berbeza dengan si adik yang kini berumur 11 tahun (UPKK) dan kami rasakan mungkin sebab dia bongsu.

Baik kami detailkan identiti dan personaliti si adik,

SIKAP

-sikap manja.

-introvet.

-kurang kemahiran bergaul tetapi mempunyai 4 rakan rapat yang selalu di ceritakan.

-cenderung memilih makanan modern berbanding tradisional.

-ketika berumur 10 tahun, dia amat teruja ke zuss, dia kata nak ada cafe dan jadi barista.

PELAJARAN

-lemah dalam semua mata pelajaran.

-sentiasa dapat nombor terakhir atau kedua terakhir dalam kelas.

Pada mulanya sehingga darjah 3.. Saya agak risau dengan prestasi adik, macam biasa dengan ego kami lulusan universiti..

Tapi kini saya terima kenyataan prestasi akedemik si adik, saya berbincang dengan wife tentang hala tuju si adik.

PENDAPAT WIFE TENTANG ADIK

-perkembangan adik sebenarnya seperti di darjah 3.

-bukan tidak bijak, si adik jika diberi task untuk menghafal lebih cepat pada si kakak.

-perlukan tumpuan 100% terhadap si adik seorang untuk seisi pembelajaran, mana mungkin berlaku dalam bilik darjah.

-saya bertanya pada wife, adakah si adik autisme, wife katakan tidak.

-disebabkan perkembangan pelajaran anak anak under wife, wife pernah bertanya pada si adik pada hari kecemerlangan pelajar: Adik tak terasa ke nak naik ke pentas ambil hadiah macam kawan adik?

Apa jawapan dia, “naik pentas nak ambil hadiah, hadiah tu bukan ke ada jual kat mr DIY!!!”… aduh jammed aku..

Ya si adik masih muda, ramai tak cemerlang di peringkat rendah, tapi cemerlang di peringkat menengah atau berjaya dalam hidup, cuma just nak bertanya yang terlibat dalam pendidikan..

Untuk sekolah menengah, hantar sahaja ke sekolah menengah atau ke tahfiz?

Ke tahfiz bagi saya paling kurang dia boleh menghafal Al-Quran..

– Walnut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *