Hi pembaca. Aku K. Bujang. Berumur akhir 30an. Tujuan aku menulis disini adalah lebih kepada inginkan pandangan pembaca.
Bila berada diusia 30an, dan masih belum berkahwin, tentu saja aku ingin berpasangan. Pelbagai usaha aku lakukan, namun masih tidak berhasil.
Sehinggalah aku tekad untuk berkenalan melalui online. Online merupakan pilihan ikhtiar aku yang terakhir kerana aku tidak berapa yakin perkenalan secara online.
Namun memikirkan mungkin jodoh berada di platform tersebut, aku memberanikan diri untuk melanggan online dating apps.
Lama aku berada di platform tersebut hinggalah kepada suatu hari, ada seorang menyapa aku. Aku namakan dia sebagai L.
L berusia awal 40an. Melalui platform tersebut juga, akhirnya kami bertukar no telefon.
Pada mulanya, aku tidak menganggap dia lebih dari kawan. Namun, lama kelamaan, tanpa aku sedar, aku membukakan pintu hati kepadanya.
Perkenalan kami lancar hinggalah kepada suatu hari, dia membuat pengakuan bahawa pernah bertunang dan beberapa kali terlanjur dengan bekas tunangnya.
Aku terkelu. Namun, dia menyatakan bahawa dia sudah menyesal perbuatan tersebut dan bertaubat.
Aku pada awalnya, tidak dapat menerima, namun akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak menilai L melalui kisah silam. Kami berhubung seperti biasa, seperti selalunya.
Namun, ada satu sikap L yang aku sangat susah untuk terima sehingga sekarang. L suka bercakap ‘dirty talk’ bila on call.
Kadang, bila bermesej pun, dia suka menghantar message yang double meaning atau message yang agak menggairahkan.
Aku pernah menegur dia akan hal ini. Aku memberitahu bahawa aku tidak selesa bila dia bersikap begitu. Namun, dia menyatakan bahawa bila dia bercakap begitu, tidak semestinya dia menggambarkan sebegitu.
Dia selalu memetik kata2 ustaz, ceramah2 yang menyatakan pendosa yang bertaubat lebih disukai oleh Allah.
Kadang aku keliru, adakah betul dia sudah bertaubat, atau itu sekadar di bibir? Keyakinan aku merudum setiap kali dia bercakap ‘dirty talk’ dengan aku.
Aku takut. Memang aku gelisah setiap kali dia bercakap kotor, hati aku tidak tenang. Aku takut jika dia sebenarnya berniat tidak baik terhadap aku.
Aku istikharah. Aku tidak tahu adakah ia petunjuk Allah atau perasaan aku sahaja. Aku menjadi tidak tenang bila memikirkan dia.
Aku selalu terfikir, bagaimana jika ini hanya lakonan dia semata-mata? Bila memikirnya ini, mahu saja aku putuskan terus hubungan dengannya.
Namun, kawan aku beritahu, lelaki memang fitrahnya suka bercakap kotor dan berimaginasi namun ia tidak maksudkannya. Itu adalah normal.
Aku keliru kerana L tahu asas agama, anak yang baik. Suka mendengar ceramah, berkongsi isi2 ceramah dengan aku namun apabila dia bercakap kotor, aku jadi sangat resah.
Tolong aku pembaca, apa yang patut aku buat? Bagaimana aku nak pastikah bahawa dia betul2 sudah insaf atau tidak. Terima kasih.
Si keliru,
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit