Hi semua, nak tanya pendapat. Aku F, dah late 20’s dan tak pernah bercinta. Jadinya memang aku tak pernah in a relationship sebelum ni.
Dipendekkan cerita, ada berkenalan dengan seorang lelaki, early 30s. Anak kepada kenalan dan kawan baik ibu waktu kecil. Mak aku and mak dia yang share contact no kami. Aku macam awkward mula2 tapi okla.
Permasalahan di sini, aku rasa aku penyumbang utama masalah kami.
1) Keluar makan
Since aku dah kerja almost 5-6 tahun, mestila gaji dah tinggi sikit kan. So adalah duit lebihan untuk entertainment and etc.
Kami jarang keluar berdua tapi everytime keluar, aku suka belanja orang makan. Dengan kawan2 pun aku belanja makan. Kalau kedai2 mamak atau biasa2 tu, berapa je. Tapi dia macam tak suka aku belanja atau bayar asing2.
Aku tanya kawan aku, dia kata kalau lelaki yang provider, memang dia akan ada ego. So dia nak belanja. Aku macam okla tapi aku rasa bersalah sangat, aku bukan wife/ family dia lagi nak kena spend utk aku. At least bayar asing pun okay dah. Tak rasa guilty sangat.
2) Mesej
Aku memang dari dulu tak berapa gemar nak bermesej2. Even kawan2 aku mesej pun, kadang 2 hari lepas tu baru aku reply. Aku lagi suka call terus kalau ada apa2. So, aku tak layan sangat fon. Lebih suka berborak, makan and layan tv macam berita atau cerekarama dengan family.
Tapi dengan dia ni, dia selalu macam care sangat tanya sihat tak, dah lunch ke, dah tido ke tu. Pastu suka tanya hows your day.
Sejujurnya aku takla rimas tapi everytime aku balas tu lambat. Jadinya aku guilty. Dia tak marah tapi macam tanya juga la mula2, awak memang jenis reply lambat ke? Serious aku rasa macam dia perli aku ke? Hahaha.
Aku reply gitu2 je sebab aku tak nak la nampak beriya plus aku takut dia rimas ke apa. Entahla ke sebenarnya aku yang problem.
3) Berkongsi cerita
One thing aku suka sangat sebab dia suka kongsi cerita. Mostly dia akan tulis panjang2 dalam whatsapp utk bagitau aku. Dia cerita la adik dia jatuh gini, manager dia bising yada yadaa dalam meeting semua. Aku macam suka giler sebab aku naturally memang suka borak.
Tapi ofc aku takdela reply panjang2 sangat walau aku nak tahu giler kalau ada gossip2 yang menarik. Tapi risau gak aku, takut dia fikir aku ni macam tak interested. Tapi sumpah aku baca je cerita/gossip yang dia share. Huhu.
Plus dia suka hantar mesej tu after 10pm. Waktu malam. Aku pulak malam2 macam rasa tak manis nak bermesej dengan lelaki gitu. Kita kan perempuan.
Maaf sangat, aku memang dari kecik parents aku bukan jenis open. Kitaorang adik beradik memang dilarang bercinta ketika sekolah. Kena fokus belajar. Kalau ada kawan lelaki pun macam pelik.
Sampai sekarang semua tak berani nak bagitau family kalau diorang in relationship. Tup2 terus minta izin kahwin macam abang2 atas2 aku.
Macam perempuan pun, maghrib tak boleh keluar rumah dah, big no kalau tumpang kawan lelaki. Abang/ayah aku akan sanggup pickup kalau penting sangat meeting tu.
Memang aku akuila part tu parents aku memang sangat strict. Tapi aku okay ja. Alhamdulillah semua adalah kemenjadian orang.
Soalan aku, aku takut dia annoyed dengan sikap aku macam tu. Tipula aku takde rasa dekat dia. Dia lelaki pertama kot yang approach aku + first time aku ada rasa feeling cintan cintun gitu.
Tapi aku tak berani nak tanya dia/ nak cakap dekat mak aku pasal kahwin sebab kitaorg kenal baru sangat. Plus aku act ada low self esteem.
Macam mana kalau dia sebenarnya nak berkawan je, aku je feeling lebih. Sebab kitaorang bermesej pun takde la macam kekasih pun. More to macam kawan baik.
Aku sumpah malu nak tanya lebih2. Tapi aku tak nak dia fikir lain. Aku bukan pangkat isteri lagi nak melebih2 dalam semua hal. Huhu.
Pastu aku selalu fikir dia nak ke kat aku sebab aku pun tak perfect mana. Tak pandai masak, muka awam..
Tapi insyaallah aku akan respect sangat bakal suami aku sebab aku dah tengok macam mana mak aku and kakak ipar aku sangat hormat dan sayang dekat abah and abang2 aku. So sweet. Takde pun marah2 gaduh2 teruk.
Mohon pendapat ye semua. Terima kasih daun keladi.
– Yang Berharap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ok laa tu. Sekiranya dia OK, awak pun OK tanya dia serious ke, beritahu je mak ayah. Biasanya lelaki tulis panjang ² tu ada respond.
Bosanla cerita mcm ni. balik2 script sama. ko suka, ko kawin, ko xsuka ko cari lain. ko bukan tuan puteri pun!!! bukan anak mejistret!!! xde org kesah pun!!!
Salam,
Nasihat saya, walaupun saya tak pandai nasihat, kepada wanita wanita yang dewasa, silakan jadi orang dewasa, ambil peluang untuk belajar cara komunikasi yang baik, ambil masa untuk belajar bergaul dengan baik, ambil waktu terluang belajar berfikir dengan baik, belajar jadi wanita yang terbaik untuk diri sendiri. Setiap hari kena belajar ilmu baru, apa sahaja yang boleh membantu diri untuk manfaat masa depan, belajar, hidup kena sentiasa dewasa.
Jangan jadi wanita umur 30 tahun tapi karakter umur 15 tahun. Saya mohon, sila tumbuh sesuai dengan umur anda. Jangan beralasan saya itu ini, sebab tuh saya tak pandai itu ini. Maaf kata, tak cute yer, kalau gadis umur 15 tahun kata hmmm tak tau lah nak berbual camne, kita pun tak tahu nak eat kat mana, Alhamdulillah cute sangat bunyi nya. Jadi anda anda yang nak masuk 30 an tolong letak diri awak di kategori yang betul. Prepare yourself very well. Jangan sampai anda ketinggalan jauh dari wanita lain dalam perkembangan diri, minda & karakter.
Para wanita, anda masuk dalam platform sini, anda baca banyak luahan kat sini, baca jangan sekadar baca, ambil iktibar, tulis mana yang penting, highlight mana yang perlu. Pembacaan anda dalam platform nih boleh membantu anda untuk buat pilihan yang lebih baik, untuk diri sendiri, untuk pasangan, untuk masa depan, untuk perkahwinan, untuk anak anak, untuk pekerjaaan & juga hubungan dengan keluarga yang lain. Hampir semua confession dalam platform sini adalah kisah benar, diceritakan dari awal, apa yang kerap terjadi pada wanita yang salah pilih suami. Ada yang waktu dalam berkenalan gagal kesan redflag, ada yang masa dalam talking stage, gagal detect penipuan. Ada time berdating gagal tahu berkawan dengan yang mengikis duit. Apa kesilapan yang mereka buat, anda kena proses, fahamkan dan elakkan berlaku dalam hidup anda.
Diakui, wanita zaman now suka letak label kat diri sendiri, saya introvert lah, tak dik engkau katak puru, jangan nak guna ayat canggih, ayat urban. Nope. Saya extrovert lah, tak dik kau monyet. Saya yang tengah tengah ambivert, tak dik kau ikan tembakul, kat darat kau ada, kat laut pun kau semak. Soalan saya macam mana anda wanita nak bina karakter anda bersesuaian diri anda, agama dan adab perempuan Melayu. Kena sedar melabelkan diri dengan istilah yang tak wujud, ntah siapa wujudkan label tuh pun awak tak tahu, nih ajaran pelik. Label diri dengan istilah itu ini, nih punca yang stopkan diri anda dari terus maju mental & fizikal. You naturally stop yourself, eh saya kan introvert mesti lah stay home, why let a word control your life. Why give a word so much power over you. Let go.
Jadi mana mana wanita, yang sedang mencari pasangan, lelaki yang anda boleh attract sesuai dengan keadaan anda, anda ragu ragu dia pun sama, ada confident dia pun sama. Macam cermin. Tolong, pastikan pilih lelaki yang sesuai untuk anda. Lelaki boleh kahwin 4, anda tak perlu sesuai untuk dia pun. Pastikan anda pilih lelaki yang lebih matang dari anda, dalam tempoh sedang berkawan, bagi masalah anda pada lelaki tuh, tengok macam mana cara dia handle masalah anda. Lelaki nih boleh tak jadi problem solver. Pergi dapur putar kepala paip sinki sampai putus, call dia tengok dia boleh repair tak benda simple macam tuh. Cari lelaki yang banyak house skill dari anda. Bagi dia selesaikan soalan matematik, nak tahu cekap tak dia dengan nombor, suruh dia mengaji, tengok tajwid dia macam mana.
Apa saja yang terlintas kat minda anda nak uji dia, uji. Nak tahu baran dia tahap mana, nak tahu apa pandangan dia pasal ekonomi dunia, nak tahu apa pendapat dia tentang housewife or working wife, pasal lelaki provider or lelaki split bill, just berbual santai, enjoy the conversation. Jangan berbual kosong, rugi, selitkan benda yang penting. Talking stage nih 1st step, jadi komunikasi perlu sampai & boleh jelas difahami dua dua pihak. Anda nak bawa lelaki masuk dalam hidup anda, dalam dunia anda, anda kena melawat ke dunia dia juga. Ingat wanita, anda nak bagi seorang suami untuk diri anda, seorang menantu untuk mak bapak anda, nak bagi ipar pada ahli keluarga anda, nak bagi seorang bapa untuk anak anak anda. Ini fasa paling serius dalam hidup anda, penentu sama ada 10 tahun ke depan hidup anda akan bahagia atau derita. Bila akad dah sah, talak lelaki dah pegang, baru rasa perkahwinan tak menyebelahi anda, maaf kata, anda sendiri ada jawapan. Perkahwinan nih pekara yang ramai wanita anggap main main, end up life mainkan wanita balik.
Tutup salam.
niceeuuu, rasa semangat pulak baca nasihat ultraman taro. Allahumma baarik.