Untuk part I, (https://iiumc.com/perkenalan-yang-membuang-masa/).
Assalamualaikum, sekali lagi aku Kangkung. Aku nak buat confession lagi kat sini. Jumpa lagi Kangkung kat sini, hehe.
Ada komen yang positif, ada jugak komen yang negatif. Ada yang kata “macam mana nak kenal baru chat 2,3 kali”.
Sebenarnya aku tak kisah chat hari hari, tapi korang faham ke ada lelaki ni jenis yang nak chat setiap minit macam dia tak ada kerja.
Korang suka ke macam tu hahahaha korang suka ke lelaki yang suka merajuk sebab lambat reply chat 5 minit, 10 minit??
Aku just nak bagitau lah, maksudnya mamat tu tak ngam lah dengan aku. Aku dah kata nak cari yang sekufu dengan aku.
Jadi perangai dia macam tu tak ngam dengan aku, maksudnya memang kita dapat tau la “ohhh bukan ni yang aku nak cari”.
Aku lebih suka direct call or jumpa face to face. Sebab kita lagi kenal, dan nampak perwatakan dia macam mana. Sebab dalam telefon ni, mungkin banyak berlakon je, menipu.
Macam aku cakap lah, aku nak perkenalan tu yang bukan secara paksaan. Aku tak boleh nak paksa hati aku untuk layan chat orang yang aku memang dah turn off. Kalau dah perangai suka merajuk hanya sebab reply chat lambat. Next je lah.
Aku sebelum ni dah jumpa orang yang betul betul sekufu dan serasi. Kiranya kita dapat rasa he is the one. Soulmate. Mesti korang faham perasaan tu. Hati ni memang tetap nak dia. You can feel it.
Keluarga dia dan keluarga aku pun dah merestui. Hampir sebulan nak nikah, tapi Allah lebih sayang dia. Accident. Dah 3 tahun berlalu, i still cant move on. Jadi, untuk memulakan perkenalan dari awal, tidak mudah ya.
Aku pun tak nak jadikan orang tu sekadar untuk move on. Tidak mudah untuk aku terus membuka hati. Sebab itu aku turn off dengan lelaki yang macam tu, tak menyabar nak in relationship terus. Korang tak faham.
Aku nak buat confession tu bukan apa, aku nak tahu je lah apa komen korang, pendapat korang. Ada yang setuju, ada yang kata aku ni memilih sangat.
Of course, kena memilih. Takkan kau nak hidup dengan orang, yang jiwa kau tak ngam dengan orang tu. Susah nak masuk kalau nak berbincang, deep talk, deep conversation. Jangka masa hadapan.
Kadang, aku rasa sedih. Sebab bila jumpa orang yang betul betul “soulmate” tapi ujian dia, Allah lebih sayang dia. Hanya yang melalui je faham.
Sebab itu, aku tak nak hubungan yang terburu buru. Ada yang kata cinta lepas nikah. Aku tak berapa nak setuju. Rasanya macam tak relevan di zaman sekarang tetiba terus kahwin. Sebab itu, kahwin ni betul betul satu perjudian.
Yang kenal lama pun, lepas kahwin dia baru dapat tahu orang tu punya peel buruk yang tak boleh dia tolerate, apa lagi yang kata nikah dulu baru kenal.
Ada je kes macam tu konon cinta lepas nikah tapi lepas kahwin, baru dapat tahu lelaki “baik” tu ambil barang. Lepas kahwin baru dapat tahu, dia tu kaki perempuan.
Jangan lah terpengaruh sangat dengan kononnya cinta islamik, influencer yang cinta lepas nikah hmmm tak sama lah dengan zaman dulu.
Aku ada terdengar ceramah ustaz dari Indonesia tu, aku lupa nama dia.
Ustaz tu kata “di zaman sekarang memang hampir semua tak ada lelaki atau perempuan yang betul betul baik meskipun lelaki itu tahu agama. Jangan terpedaya. Carilah orang yang kau rasa betul betul nak hidup dengan dia, bukan setakat nikah saja”.
– Kangkung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sabar ye awak..Allah Maha Mengetahui, insyaAllah kalau ada jodoh, pasti awak bertemu dengan the right person. Yang penting, usaha & doa. Kalau bukan didunia, mungkin diakhirat. Dari segi penceritaan, awak seorang yang matang dan tahu hala tuju mencari pasangan..semoga yang baik² je untuk awak 😊