Perkeso Dan Isteri Kematian Suami

Assalamualaikum semua. Sejak 2-3 hari ni memang kecoh pasal isu pembahagian harta faraid. Saya tak nak menyentuh pasal cara pembahagian harta faraid semua. Biarlah orang yang lebih arif menulis supaya tak timbul salah faham.

Saya just nak berkongsi di sini tentang pengalaman salah seorang ahli keluarga  saya yang kematian suami. Isteri seorang suri rumah dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan. Suami meninggal kerana sakit jantung. Suami pekerja swasta. Ada anak 2 orang yang masih lagi bersekolah.

Semua orang sedia maklum, proses pembahagian harta faraid bukan mengambil masa sebulan dua. Itupun perlu dijelaskan dulu hutang-hutang si mati sebelum harta di faraidkan. Tapi dalam kes saudara saya ni, Alhamdulillah suami tak meninggalkan apa-apa hutang.  Bila tak ada punca pendapatan, macam mana nak teruskan hidup sementara tunggu urusan faraid selesai?

Untuk yang ada ambil takaful atau suami ada buat hibah, Alhamdulillah tak perlu risau dah. Biasa untuk urusan agihan takaful dan hibah ni cepat. Tapi bagaimana dengan balu yang arwah suaminya tak berkemampuan nak ambil takaful atau buat hibah untuk isteri?

Kena faham dalam kehidupan kita ni tak semua orang senang. Kalau bagi kita amount RM 50- RM 100 tu biasa. Pada orang lain, amount tu sangat banyak. Apatah lagi yang bergaji kecil yang duit gaji hanya cukup untuk perbelanjaan harian. Dekat sini lah ramai para isteri terlepas pandang.

Tempat pertama untuk memohon bantuan adalah pada PERKESO. Ini kalau suami bekerja swasta,  kebanyakannya memang mencarum dalam perkeso. Duit perkeso yang di potong setiap bulan dari gaji suami tu bukan saja-saja ya. Bukan untuk kegunaan kemalangan ketika bekerja atau kematian dalam urusan kerja saja.

Banyak faedah pekeso ni. Salah satunya, apabila pencarum meninggal dunia sebelum umur 60 tahun, dan telah mencarum dalam tempoh yang ditetapkan, si isteri boleh memohon pencen penakat. Duit ni dibayar setiap bulan untuk si isteri dan anak-anak yang masih bersekolah atau di universiti. Untuk isteri akan dibayar sepanjang hayat. Kalau isteri dah berkahwin lain pun duit tu tetap akan dapat.

Untuk anak-anak, Perkeso akan bayar setiap bulan sehinggalah anak berumur 21 tahun atau dah habis belajar di universiti. Berapa bayaran yang dapat? Ada cara kiraan. Lebih kurang 50-65% dari gaji si mati. Untuk jumlah bayaran ni boleh rujuk sendiri dengan pihak perkeso.

Boleh rujuk artikel di sini :

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/pencen-penakat

Ok, selain kematian, kalau suami  hilang upaya untuk bekerja (cacat, lumpuh dan sebagainya) perkeso pun ada sediakan pencen ilat tau. Penting juga untuk kita ambil tahu pasal ni. Lebih-lebih lagi suri rumah. Bila suami tak mampu bekerja dan kita perlu menjaga suami yang sakit, mana kita nak dapatkan sumber pendapatan?

Boleh mohon pencen ilat dari perkeso. Perkeso akan bayar pencen ilat setiap bulan sehinggalah suami meninggal dunia. Kemudian digantikan dengan pencen penakat. Untuk keterangan lanjut pasal pencen ilat ni boleh baca di sini :

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/pencen-ilat

Ikut pengalaman saudara saya ni, proses pemohonan pencen penakat ni mengambil masa lebih kurang sebulan saja (ikut pada kes dan cawangan dipohon).  Kira selepas sebulan lebih kematian suami, balu arwah dah dapat pencen bulanan. Dah tak risau lagi soal kelansungan hidup.

Alhamdulillah.. pencen yang dapat setiap bulan tu memang cukup untuk keperluan harian dan persekolahan anak-anak. Kalau si isteri dah mula bekerja pun duit tu tetap dapat. At least, sebelum isteri dapat kerja atau stable dengan kehidupan baru selepas kematian suami, dia dah ada pendapatan tetap setiap bulan. Tak adala terkontang-kanting.

Selain tu, sementara dapat bantuan socso, saudara saya ni gunakan duit sumbangan orang ramai,  duit khairat kematian untuk perbelanjaan harian. Suami arwah dah tiada ibu bapa dan tiada saudara lelaki . Duit sumbangan orang ramai dan duit khairat kematian  tu bukan harta pusaka. So, memang boleh digunakan si balu.

Untuk duit di bank, tak silap saya (tolong betulkan kalau saya salah), kalau si isteri tiada lansung sumber duit di tangan boleh ambil dan guna dulu sebelum dibekukan. Tapi perlu maklumkan pada semua waris faraid dan direkodkan. So, nanti bila dah dapat tuntutan faraid boleh tolak bahagian yang dah digunakan.

Oh ya,  untuk isteri yang bekerja pun boleh mohon ya pencen penakat ni  kalau suami pencarum perkeso. Dapatla ringankan beban nak menanggung anak-anak yang masih kecil.

Macam mana pula dengan isteri yang suami bekerja sendiri dan tiada perkeso? Sebenarnya, tahun ni start 1 january 2020 perkeso dah buka untuk yang bekerja sendiri buat caruman di perkeso. Dekat TV pun banyak iklan pasal ni.  So, bolehla start mencarum dari sekarang.

Bayaran bulanan serendah RM 13.10 je tapi banyak manfaat yang dapat. So, boleh minta suami daftar dan mula mencarum. Ini salah satu alternatif bagi yang tak mampu beli takaful.

Selain dari perkeso ni, balu juga boleh buat tuntutan khairat kematian. Duit kahirat ni boleh digunakan sementara nak tunggu urusan faraid selesai. Sebaiknya buat dalam tempoh kurang 2 minggu dari tarikh kematian si suami.

Ini kalau arwah suami ada mencarum di Tabung Haji, Kwsp, Asb, perkeso, kwsp atau mana-mana pertubuhan yang disertai yang sediakan khairat kematian. Yang ni suami isteri kena ambil tahu. Bila berlaku kematian, kita tahu dekat mana boleh tuntut duit khairat kematian.

Isteri bekerja atau suri rumah bukanlah isu utama bila berlaku kematian suami. Janganla komen cakap sebab tu isteri kena bekerja. Bila suami mati nanti terkontang-kanting. Takde duit semua. Jangan cakap macam tu. Setiap dari kita ada jalan hidup masing-masing. Ada sebab kenapa isteri bekerja, dan  ada sebab juga kenapa isteri memilih jadi suri rumah. Soal ni tak perlu kita pertikai.

Jalan hidup kita tak sama. Yang penting kita tahu hak kita sebagai wanita. Apa yang perlu kita buat. Kena ambil tahu. In sha Allah, sama2 doa semoga Allah permudahkan urusan kita kelak. Ada rezeki untuk kita dan anak-anak bila apa yang tak diingini berlaku.

– Irah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *