Aku si Marhaen tinggal di Lembah Klang. Kita sekarang ni memang biasanya kena deal dengan jabatan atau pihak kerajaan tak kisahla urusan rasmi atau tak berapa rasmi pun.
Semua orang tahu, servis kerajaan ni macam mana kan? Lembap, slow, sluggish, lambat, siput, lewat dan macam-macam perkataan seangkatan dengan nya.
Nak marah pun tak guna kan sebab dah la percuma atau murah.
Kadang-kadang yang buat lambat bukan jabatan agensi kerajaan tu, tapi proses sistem birokrasi red tape atau orang atasan tu yang buat hal.
Yang kakitangan bawah tu hanya jalankan tugas saja apa yang disuruh, so faham lah.
Kalau nak aku listkan agensi kerajaan yang aku dah guna kebelakangan ni, yang mostly service, memang banyak. Tapi ada juga beberapa yang aku lalui yang agak menampakkan perubahan jugalah.
Aku nak tekankan di sini dalam kes aku, menggunakan perkhidmatan kerajaan ni. Aku terlantar di wad hospital kerajaan untuk seminggu.
Tak payah lah bagitahu sebab apa atau hospital mana. Malu pulak. Haha. Apa aku perhati. Kakitangan nurse yang jaga ward, jaga aku ni sebagai patient dengan sangat baik, sangat ramah.
Mak aku pun saksi dan katanya memang beza kalau awal 80an , 90an dulu, nurse nya agak kekwat. Haha.
Nurse tak sombong. Melayan bermacam pesakit yang bermacam karenah lagi pula yang tua, mengada sikit aku tengok.
Tapi, Alhamdulillah, mungkin berkat training nak terapkan budaya empathy pada pesakit.
Hal mengenai makanan pula. Makanan pun sedap. Harga wad boleh kata dengan nilai RM1 sehari, tapi makanan 3 kali sehari disediakan. Sedap pun sedap. Bersih pulak. Nutrisi semua lengkap.
Aku dalam ward tu jadi pemerhati. Ada satu makcik sebelah katil aku, refused nak pakai tiub kencing, nak jalan sendiri pergi tandas. Penyakit jantung kalau tak silap aku. Makcik tetap degil lepas dah kena pujuk dengan nurse, doktor.
Bila keluarga masuk campur, brainwash sikit, baru makcik tu akur pakai juga. Aku terkesan tengok kesabaran nurse and doktor tu melayan.
Cuba tak melenting ,cakap elok-elok. Kalau aku kat tempat nurse tu, aku biar saja makcik tu nak buat apa. Nak jalan ke apa ke. Dah degil sangat.
Tapi kesabaran staff hospital tu menjentik naluri aku. Boleh bayangkan tak tahap kesabaran bila deal dengan orang bermacam ragam.
Lagi pulak sekarang masa getir. Front liners yang tengah deal dengan Covid pulak berpayah, berpeluh. Sumpah aku salute!
Aku tahu dalam perubatan, swasta sememangnya lagi bagus. Mahal. Duit keluar boleh tahan juga. Facility jangan cakaplah. Tapi government service yang aku nampak di era millinium ni, makin okay.
Aku tak gunakan perkataan excellent, perkataan marvellous atau bagus sebab memang masih banyak boleh dibaiki, tak dinafikan masih ketinggalan, tapi makin maju.
Kena faham beza swasta mengait untung. Government ni lebih untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. So semestinya beza.
Aku gembira sebab sekurang kurangnya ada perubahan untuk naikkan taraf hidup.
Untuk manage populasi yang bertambah, demand makin banyak, bukanlah senang tapi sekurang-kurangnya adalah progress perubahan dan makin maju supaya lebih menyenangkan rakyat.
Hopefully the next generation will enjoy better environment.
To frontliners khususnya dalam page IIUM Confession ni, anda semuanya wira. Tak terbalas kami didunia.
Hanya doa kami berikan semoga ganjaran berlipat ganda diberikan atas kegigihan dan keikhlasan kamu semua memerangi situasi sekarang. Peace.
– Marhaen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit