Pada kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada admin jika tulisan saya ini di siarkan. Maafkan saya jika nukilan yang di tulis ini agak berterabur kerana lama juga tak mengarang, hahaha.
Berbalik kepada tajuk, pada saat saya sedang menaip ni, tular di media sosial sebuah video di mana seorang lelaki memarahi petugas kaunter kerana dia menunggu lama. Saya lihat komen netizen yang banyak menghentam petugas kaunter di pejabat kerajaan khususnya dan juga di bank. Mereka menyatakan kaunter ada banyak tapi petugas kaunter ada 1-2 orang sahaja yang bertugas. Membawang la ketika bekerja, makan gaji buta la, muka masam la, layan nak tak nak la dan lain-lain.
Apabila saya baca komen yang menghentam kami para petugas kaunter ni, saya merasakan mereka mungkin tidak faham dan memang tidak akan faham sisi petugas kaunter ni. Hal ini kerana mereka tidak merasai pengalaman sebagai petugas kaunter. Saya cabar mereka yang komen petugas kaunter yang lembab ketika melayan pelanggan, ada yang komen kalau tak boleh nak laju sila berenti atau buang je mereka- mereka ini kerana ramai lagi yang nak kerja kerajaan ni. Cuba kerja di restoran makan segera atau pon kalau ada peluang jadi petugas kaunter baru dia tau betapa peningnya melayan pelbagai ragam pelanggan ni. Yang netizen tau tular je apa- apa kesalahan yang dilakukan oleh petugas kaunter.
Berkenaan dengan kaunter banyak tapi kaunter yang bukak sedikit je. Ini aku akui berlakunya. Hal ini kerana kekurangan kakitangan. Kerajaan sekarang kan ingin mengurangkan kakitangan dan bekukan pengambilan. Bende ni kami para petugas kaunter ni tidak boleh buat apa. Kami yang petugas kaunter ni pon terpaksa kerja berterusan sampai kadang kadang tak rehat makan dah macam robot pon ada sebab kekurangan staff. Dan sebab ini jugak la kekadang muka petugas kaunter tidak ceria apabila sudah waktu petang. Tapi malangnya netizen memang tidak akan paham akan hal ini. Kami juga manusia biasa lakukan kesilapan.
Ada juga yang komen staff yang kat belakang kaunter tu buat apa, bukak la kaunter. Mereka yang di belakang tu mempunyai tugas lain juga. Kalau da semua staff jabatan kewangan duduk depaan saya yang nk buat baucer bayaran, sapa yang nk buat gaji sapa nk buat data entry. Satu organisasi bukan nya ada seorang je stakeholder. Kami kena juagak jaga stakeholder yang lain lain ni. Perkara ni jugak berkait rapat dengan kurangnya kakitangan. Tapi pasti ada yang akan mengatakan beban kerja kerajaan tak seberat kerja swasta walaupun aku berpengalaman dalam kedua dua sektor hakikatnya sama sahaja. Ini semua kerana persepsi masyarakat terhadap penjawat awam.
Penutup bagi luahan saya ini. Ini adalah usaha saya dalam menerangkan sebahagian daripada keadaan sebenar di sebalik perkidmatan kaunter. Saya tahu mesti akan ada yang kecam tetang luahan yang saya tulis ni. Apa pun terima kasih kepada yang sudi baca luahan hati aku ini.
– Petugas Kaunter
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit