Perkongsian Arabella : Tips Jika Suami Gamer

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan post saya yang lepas. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/jawapan-balas-susah-menerima-kekurangan-pasangan/).

Terima kasih juga kepada yang membaca dan komen. Terima kasih juga kepada yang membetulkan kembali judul buku ustaz hasrizal.

Ya betul. Tajuk sebenar adalah “aku terima nikahnya”. Cuma dalam tu ada ulas mengenai buku “men are from mars, women from venus”. Tu yang tertukar sikit.

Berbalik kepada tajuk asal. Hari ni saya nak berkongsi tips jika suami kita gamers. Seperti biasa saya akan beritahu punca/ sebab dan cara atasi.

Mungkin lebih berkesan untuk diaplikasikan jika baru berumah tangga. Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Jadi mengapa sebenarnya lelaki ni kebanyakannya gamer?

1. Hobi. Sejak dari kecil memang famili dah ajar main game. Jadi dah terbiasa. Kalau tak main game, tengok review main game.

Kalau tak tengok review main game, baca pasal game (tips nak menang game tu dll). Lepas tu, kalau tak main game kt console, main game kt fon.

Memang dunia dia dengan game aje. Beruntunglah kalau sebelum kawin dah tau kalau pasangan kita tu gila game. Jadi mungkin boleh cuba tips ni.

2. Mengimbau kembali pada zaman kanak-kanak yang hilang. Ada yang kata lelaki ni tak pernah besar. Yang besar badan aje, otak masih macam kanak-kanak nak main aje.

Bukan semua orang diberi kesenangan masa kecil. Mungkin dari keluarga yang susah. Tak ada duit nak beli game. Tapi teringin. Jadi masa dah tua-tua ni la baru nak main game. Lepaskan gian zaman kanak-kanak.

3. Melepaskan tekanan (release stress). Ye la setelah seharian bekerja hadap benda sama, mungkin tekanan di tempat kerja, dia juga perlu alihkan perhatian kepada perkara yang lebih seronok untuk dilupakan masalah.

4. Lebih dihargai di dunia game. Tak semua orang dihargai di setiap tempat. Ada orang lebih dihargai dirumah. Ada yang di tempat kerja. Ada yang kawan lama.

Tapi sesetengah lelaki tanpa sedar dia suka main game sebab lebih dihargai di didunia game. Mana tidaknya, di dunia game dia hero.

Kawan-kawan team dia harapkan dia untuk kalahkan naga contohnya. Tak ada dia, memang team tu susah nak menang. Disitu dia rasa dihargai dan seronok hendak bermain.

5. Asah minda. Ye dengan bermain game akan lebih mengasah minda. Dia perlu benda lain selain kerja untuk mengasah minda. Susun strategi dll.

Jadi kita sebagai pasangan, apa yang kita boleh buat untuk jadikan rumah tangga bahagia walaupun suami gamers?

1. Support minat pasangan. Semua orang nak dihargai. Mesti suami akan rasa seronok jika minatnya disokong.

Tapi perlu letak “ground rule” supaya tidak melebih-lebih dan mengabaikan tanggungjawab. Cara nak sokong minat pasangan ada banyak cara.

(A) Sertai suami untuk bermain.

Contohnya dulu main ML dengan suami. Alah jadi backup je boleh la. Sekurang-kurangnya dia nampak effort kita untuk berminat dengan game dia. Bukan kita tolong dia sangat pun. Dia yang lebih tolong selamatkan kita. Haha.

Tapi disitu dia dah rasa seronok pasangan dia “sekepala” dengan dia.

Kalau tahap kami sekarang, suami akan cari game yang kami berdua akan suka. Dan kami akan betul-betul “having fun” main sama-sama.

(B) Selalunya perempuan ni “noob” main game lelaki. Kebanyakannya setakat candy crush tu memang hebat la.

Haha. Kadang suami akan anggap kita burden je dalam game dia. Dah la ada benda nak capai, tapi sibuk nak selamatkan kita je. Bosan juga dia. Last-last kena halau. Dah tak payah join.

Kalau jadi begitu, tak apa jangan give up. Tengok pula dia main game. Tengok-tengok dan komen la.

Tunjukkanlah keterujaan tu bila tengok dia main game. Selalunya saya jerit-jerit la. “Ha cepat lari. Lari.” “Ha tu kutip barang kat tepi tu tertinggal.”

Boleh tanya-tanya juga. “Kenapa pilih character ni ye?” “Kenapa tak masuk gua tu dulu” etc. Tapi jangan banyak sangat tanya.

Nanti annoying. Orang nak main, banyak tanya pula. Haha.

(C) Kalau dia main game, kalau tak nak tengok pun, sekurang-kurangnya duduk bersama dia. Main la FB ke apa ke. Kalau dia main game fon, baring la kat lengan dia ke. Peha dia ke. Saja menyibuk. Supaya dia rasa kita tak marah pun dia main game.

(D) Satu lagi cara nk support dia, dengan belikan dia game. Haha. Lama juga la menyimpan nak belikan dia console. Suami akan sangat suka dan sangat menghargai. Kita kalau dapat benda yang kita suka pun, mesti sayang sangat kat orang tu kan. Haha.

2. Letak “ground rule”. Support pun support juga. Tapi jangan lupa letak “ground rule” kalau tak nak jadi berlebihan.

(A) Make sure he is just free player. Kalau dulu bujang-bujang main game nak beli weapon tu la, armor tu la. Lepas kawin tanggungjawap dah lain.

Duit perlu banyak di simpanan. Tapi kalau nk beli juga, dengan kebenaran. Contoh dah ada console, mesti nak beli CD game kan. Dengan kebenaran isteri sahaja boleh beli.

Maksudnya isteri kena tengok kewangan ok tak. Ada lebihan tak. Yang wajib dah tunaikan ke belum. Selesai semua dan ada baki, silakan.

(B) No games with other women. Ni memang “rule” yang keras dan tiada perbincangan lanjut. Kalau dulu dalam team ada perempuan sebab dia hebat sebagai “healer”. So team akan kuat.

Sekarang, healer tak healer. Bila kata tak ada perempuan lain, that’s it. Fikir la cara lain nak cari healer yang bagus. Dah bagi main pun kira bagus kan. Haha.

(C) Siapkan kerja dulu baru dapat “reward”. Kalau nak bagi suami main game, pastikan kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan dahulu. Bantu kita selesaikan mana yang dia mampu buat supaya beban boleh dibahagi.

Kalau main game tapi rumah sepah, siapa tak geram kan. Cakap dengan suami, nak main game kan?

Tolong setelkan baju, sapu rumah etc. Baki-baki macam kena mop, masak kita akan buat sementara dia main game. Kan kurang sikit beban. Kita pun tak penat sangat dan tak sakit hati tengok dia main game.

Kadang-kadang bila dia nak main game, dah tau dan tanya siap-siap.

“Malam ni game I ada buat event. Nak kena join sebab nak collect weapon baru. Ada apa-apa I boleh buat supaya U tak marah I main game?” Kan sejuk dengar tu. Tak payah marah-marah lagi. Faham sendiri.

Kadang tetiba rajin je buat terus. “I dah basuh baju. Cuci toilet. Vacuum rumah. Boleh tak nak main game kejap”. Ayat macam ni boleh dapat bila dia dah boleh faham tugas dia dan setelah lama mendidik dia. Haha.

(D) Ni rule yang paling penting. Saja letak bawah sebagai penutup untuk point ni. Jaga solat jemaah suami. Walaupun sibuk dengan game, pastikan waktu solat dia perlu solat.

Kalau tak sempat ke masjid, berjemaah bersama di rumah. Ni yang akan mengikat suami isteri dan masing-masing akan mudah berbincang.

Lepas solat masa salam suami, waktu ni boleh la lembut-lembut cakap ground rule kat dia. Insyallah lembut untuk diterima dia.

3. Sesekali beri “me-time”. Sesekali datang pada dia dan cakap “U tak nak main game ke hari ni? Main la. I bagi sampai malam. Tak apa I jaga anak.” Waktu ni dia akan rasa sayang sangat dengan kita.

Percayalah. Haha. Walaupun dia rasa kita macam buang tebiat tetiba tanya, tapi dia diamkan aje dan terima tawaran. Takut tawaran diambil balik. Haha.

Kadang dah lama sangat main, dia akan datang kat kita. Tanya betul ke bagi main lama. Atau akan berhenti main sebab rasa tak sedap hati kita jaga anak seorang diri. Tengok la mood suami masa tu.

Moga pos ni bermanfaat untuk isteri yang mempunyai suami gamers. Kalau yang dah lama berumah tangga, mungkin agak sukar untuk diperbaiki.

Tapi boleh mula dengan step 1 dulu. Bila rasa dihargai insyaAllah akan mudah dibawa berbincang.
Mungkin juga boleh apply pada anak. Sebab cara handle suami gamers ni macam handle anak je. Tak jauh beza sangat. Haha.

Sekian,

– Arabella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *