Hi dan Assalamualaikum. Saya kenalkan diri saya sebagai Bunga, berusia pertengahan 20an.
Saya terpanggil untuk menulis selepas membaca penulisan kelebihan berkahwin awal dari Nuha. Boleh baca penulisan tersebut di sini, (https://iiumc.com/kelebihan-
Pertama sekali saya memohon maaf jika ada bahasa rojak atau susunan ayat saya kurang bagus kerana saya tidak pandai menulis.
Saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai seorang yang berkahwin awal dan mungkin akan komen sedikit apa yang ditulis oleh Nuha.
Saya berkahwin ketika berumur 20 tahun dan alhamdulillah telah dikurniakan seorang anak yang kini berusia 3 tahun. Usia perkahwinan pun sudah menghampiri tahun kelima.
Setelah membaca penulisan Nuha, saya faham apa yang ingin disampaikan tetapi bagi saya ianya boleh dihuraikan lebih panjang lagi dan mungkin ada point yang agak generalized. Ada banyak saya nak huraikan tapi saya risau andai saya terlebih melalut.
Saya akan mulakan dengan point ‘having fun’ dulu kepada yang belum berkahwin. Bagi saya point ini sangat pendek dan tidak dihuraikan dengan baik.
Tidak semua orang berkahwin lambat kerana ingin ‘have fun’ dan bukan semua ‘have fun’ bermaksud melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.
Bagi saya, istilah ini varies bagi setiap individu. Betul, jika melakukan perkara haram itu ianya adalah salah,
Tapi tak sedikit wanita berkahwin lambat kerana ingin menikmati zaman bujang mereka seperti melancong, melakukan aktiviti-aktiviti yang mungkin agak sukar dilakukan selepas berkahwin dan pelbagai lagi alasan yang boleh diberikan.
Point kedua, berkahwin muda menjadikan kita lebih matang. Tak semestinya betul dan tak semestinya salah. Ianya bergantung kepada individu.
Ada yang berkahwin lambat tetapi tetap tidak matang. Ada yang berkahwin awal jugak tidak matang walaupun usia perkahwinan melebihi lima tahun.
Jadi, ianya bergantung terhadap individu dan sejauh mana mereka mengenal pasti tanggunjawab mereka. Matang itu apabila kita pandai mengawal emosi dan dapat melaksanakan tanggunjawab kita sehabis baik yang boleh kita lakukan.
Perkahwinan ini bukan hanya datang dengannya keseronokan. Tak kisah umur berapa kahwin, ianya tetap datang dengan tanggunjawab dan dugaan.
Jika orang bertanya kepada saya, patut tak aku berkahwin awal, jawapan saya adalah, saya tiada jawapan untuk itu.
It depends on you. Istikharah dan muhasabah diri. Kalau tanya jugak nasihat, kalau yang meminta nasihat itu adalah seorang perempuan, pastikan awak tahu apa yang awak nak dalam perkahwinan itu.
Adakah berkahwin hanya suka-suka? Atau ingin mengelakkan maksiat?
Jika jawapannya ya, lupakan hasrat untuk berkahwin awal. Perkahwinan bukan hanya berkaitan dengan ingin mengelak maksiat sahaja atau ingin mengelakkan terjebak dengan gejala s3ks bebas.
Walaupun telah berkahwin, perkara tersebut tetap boleh berlaku. Pastikan ada niat yang jelas dan misi dan visi yang jelas mengapa ingin berkahwin awal.
Selain itu, pasti berkahwin awal ini akan terkait dengan pelajaran. Kena tahu dan faham jugak tidak mudah untuk menjadi seorang pelajar, isteri dan ibu.
Andai anda mendapat seorang suami yang memahami dan support anda, alhamdulillah. Jika dapat sebaliknya, ianya sangat memeritkan.
Jangan korbankan pelajaran untuk sebuah perkahwinan. Berbincanglah dari awal dengan bakal suami dan lihat apakah outcome yang akan dapat.
Jika bakal suami seorang yang memahami dan boleh bertolak-ansur, alhamdulillah anda boleh teruskan. Saya rasa hal ini turut terpakai untuk mana2 wanita yang ingin berkahwin tidak hairanlah berkahwin awal atau lambat.
Nasihat bagi kaum lelaki yang ingin berkahwin awal, pastikan anda tidak malas, tahu tanggunjawab dan sudah faham fiqh munakahat dan tanggunjawab-tanggungjawab anda dalam perkahwinan.
Jangan tutup mata soal nafkah. Anda wajib tahu apa hak-hak anak2 dan isteri anda. Part ni mungkin lelaki yang bertanggungjawab dan berkahwin awal boleh komen untuk selebihnya.
Ok, next dari segi kesihatan memang tidak dinafikan memang ada kelebihan dari sudut kesihatan untuk perempuan berkahwin awal DAN mempunyai anak pertama di usia awal 20 an.
Untuk hal selainnya, tetap sama jika nak dibandingkan dengan wanita yang berkahwin mungkin agak lewat. Bagi seorang perempuan, siapa suaminya adalah faktor yang sangat penting. Bertanggungjawab suaminya, bahagialah dia.
Pengalaman saya, alhamdulillah Allah kurniakan seorang suami yang baik. Dia mungkin tidak sempurna tetapi dia sentiasa ingin baiki diri dia.
Seorang yang mudah untuk dibawa berbincang dan seorang yang sangat open serta seorang yang bertanggungjawab. Beruntungkah saya?
Bagi saya saya beruntung sebab mungkin tanpa dia si sisi, saya sudah berputus asa dalam hidup.
Soal kewangan? Iya memang agak struggle sebenarnya tetapi saya takkan cerita terperinci hal ini kerana situasi saya tidak mungkin sama dengan orang lain. Mustahil jugak untuk apply kepada orang lain hal ini.
Kematangan? Saya boleh katakan ya, suami saya lebih matang berbanding kawan2nya yang lain (yang belum berkahwin) dalam sesetengah hal tetapi nak cakap semua, mana saya tahu. Saya hanya kenal suami saya.
Kematangan saya? Well, ada yang saya matang ada yang tidak. Jadi soal kematangan ni, bergantung terhadap individu.
Seronok? Memang seronok kalau dapat suami yang baik pakej sahabat baik yang kita boleh ajak buat macam2,
Borak sama2, yang ada pemikiran yang sama dengan kita, yang kita boleh bergaduh sama2 dan buat semua benda sama2, belajar sama2, study sama2 dan plan kerjaya sama2.
Di sebalik keseronokan memang ada struggle yang bagi saya, semua pasangan yang dah berkahwin ada tetapi ianya berbeza bagi setiap orang.
Lelaki atau perempuan tetapi especially lelaki, make sure you can manage your anger properly sebab banyak keganasan rumah tangga berlaku disebabkan kegagalan mengawal amarah dan kegagalan mengawal emosi.
Perempuan tak terlepas sebenarnya melakukan keganasan rumah tangga tetapi jarang kita jumpa mungkin sebab kudrat yang berbeza. Wanita perlu mengawal amarah supaya tidak melepaskan amarah kepada anak-anak.
Kahwin bila sudah bersedia tetapi agak sukar ya untuk betul-betul bersedia untuk berkahwin. Berdoa supaya Allah hadirkan jodoh yang baik untuk kita dan pada masa yang tepat.
Kahwin awal atau lambat, perkahwinan ini bukan sebuah perlumbaan dan bukan juga sebuah ikut-ikutan.
Jangan lupa sentiasa cari ilmu perkahwinan dan ilmu parenting dan yang paling penting ilmu agama. Saya doakan semua pembaca akan bertemu dengan pasangan yang terbaik untuk kalian kepada yang belum berkahwin.
Yang sudah berkahwin, jalankan tanggungjawab dengan baik dan jangan khianati pasangan anda.
Andai ada yang terkurang dalam diri pasangan, ajaklah dia berubah bersama-sama kearah kebaikan kerana satu keburukan yang kita nampak dalam diri pasangan, kita ada lagi sepuluh keburukan dalam diri kita.
Tapi kalau pasangan kaki pukul, narcissist, dan perkahwinan yang toxic, itu bukan salah anda. Masalah itu pada sekeliling dan pada pasangan itu sendiri. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan.
Akhir kata, maaf andai ada terkasar bahasa dan susunan ayat yang lintang pukang. Semoga ada sedikit manfaat penulisan saya untuk sesiapa yang membaca.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit