Salam sejahtera.
Mesti ramai yang akan baca confession ni masa tengah kerja, masa dalam kelas, masa tengah masak, masa tengah susukan anak, masa tengah main phone (obviously), masa tengah dating, masa tengah potong kuku, masa tengah makan, masa tengah smoke (merokok merugikan wang simpanan) dan masa tengah dengar leteran isteri. Well jangan risau, aku akan pastikan masa kalian akan terisi dengan baik sekali sepanjang kalian baca confession ni ha ha ha.
Okay, so confession. Its about engineering. Boring right. But relaks. Its not a lecture. Its a story. A motivational story if you will. Engineering ni salah satu course dalam malaysia yang sering di overratedkan oleh masyarakat. Terutamanya mak mak di kampung atau di bandar. Kalau dengar je anak jiran graduate engineering, semua ingat yang engineer ni kaya. Ha ha ha ha well it is not granny!
Engineering adalah satu course yang memerlukan duration selama 4 tahun untuk di habiskan.Dan duration average 6 bulan menganggur sebelum mendapat pekerjaan. Tu tak kira lagi yang repeat sem. Ok ni satu lagi. Kenapa ramai student engineering yang repeat sem ? Sebab diorang pemalas. Ha ha ha. Tu je.
Ok, its time to get real now.
To all engineering students…
Engineering, is not a child play. Engineer bukan profession yang kau boleh relax goyang kaki dan just buat kerja office semata mata. Bukan. Its more than that. Banyak kali aku jumpa engineer baru graduate yang merungut kerana kerja banyak dan tak dapat handle stress tambah tambah lagi bila boss bagi problem to solve. Well, that is what engineers do. problem solver. Thats who we are. Kita bukan just solve technical problem. We solve all sort of problem. Dari segi costing, resourcing, labour management, preparing proposal, conceive design and drawing, technical calculation and etc. Bergantung kepada industry apa yang korang masuk. Tapi mostly, we do task that require more than what we have studied back then in university.
So, dont whinning. Dont be like a cry baby asking for less burden. We are engineers. Kau dah letak kaki kau sebelah in that room. No turning back. Be a man. Stick dengan pilihan kau untuk jadi engineer. Aku tahu gaji kebanyakan graduate engineer sekarang memang kecik. Korang akan rasa demotivated dengan gaji korang yang tak setimpal dengan kerja korang. Well, itu yang terjadi apabila terlalu banyak universiti yang provide course engineering termasuk swasta. Limpahan engineers yang graduate dengan bermacam macam Cgpa dan university, memberi company swasta pilihan untuk menjatuhkan rate salary graduate engineers. Thats what happened nowadays.
But, listen to this carefully. Once you become an engineer, do not give up. Do not yield. Jangan tukar profession. Memang ramai engineers sekarang yang beralih ke bidang lain. Tak perlu aku mention. Semua jawatan kerajaan sekarang, menjadi sasaran engineers yang lemah dan tak mampu meneruskan perjalanan adventurous sebagai engineer. And I hate this. Malaysia memang ramai engineers. Tapi kita kekurangan engineers yang capable. Dari company GLC ( tak perlu aku sebut nama) hingga ke company swasta. Engineers kita memang di ajar untuk menjadi engineer yang mementingkan cost berbanding improvement dalam bidang technical dan safety. Kita sekarang dipenuhi oleh engineers macam ni.
So, amatlah menduka citakan bagi aku apabila ramai engineers baru yang give up dalam bidang engineering sebab, aku memang mengharapkan perubahan yang dapat di sumbangkan oleh generasi baru untuk melahirkan satu impak dalam industry engineering di negara kita. Tambahan pula, bidang ni adalah salah satu bidang yang sedang dikuasai oleh bangsa melayu. Sebagai seorang melayu, aku cukup bangga kalau negara kita dipenuhi oleh engineers dari bangsa melayu.
Think about it. Negara luar dah produce macam macam teknologi but we still, guna teknologi luar. Bidang automotive, power, oil and gas. Kita tetap guna consultancy dari luar.. project project minyak dan gas, syarikat ehem ehem pun masih bergantung kepada contractor luar untuk melaksanakan apa apa Epcc di tnegara kita. Ini terjadi apabila kita kekurangan tenaga mahir. And sampai bila bumi kita nak menangis mengenang nasib tanah di baja orang lain?
Tapi baru baru ni, ada keluar satu Bas Elektrik dari company local, EB1M. Ni adalah satu achievement oleh anak bangsa kita. Menconceivekan sesuatu dari kertas kosong. Ini yang kita nak dari engineers malaysia. Ini lah satu achievement yang dapat membuka mata generasi baru untuk lebih bersemangat memajukan indusry kejuruteraan di negara kita. Mana tahu suatu masa nanti, kita mampu menghasilkan electric jet lebih dulu dari Tesla. Walaupun mustahil buat masa sekarang, tapi kita dah ada stepping stone ke arah tu. Why not kan.
Semuanya bergantung kepada generasi baru engineers di malaysia. Kemana haluan industry kita yang korang nak bawa? Korang just nak jadi engineers yang makan gaji setiap bulan dengan workload yang sikit then cukup?
Or korang just nak jadi engineers di syarikat, tnb, proton, petronas and etc dan buat kerja office bersuka ria di waktu lunch dan balik pukul 5.30 petang then cukup?
“Engineers tak boleh buat duit”
Haah, ni yang selalu aku dengar. Kerana idea macam ni, ramai engineers yang beralih ke arah dunia perniagaan product yang bukan engineering. Tak perlu aku mention. Memang di akui, online business is a thing right now. Boleh dikatakan semua orang ada business online. Memang membantu dari segi ekonomi kita. But, kalau korang yang engineers ni pergi pursue business online jual tudung, ubat kuat, jam tangan semua tu, sape yang nak majukan industry engineering?
Ok, sekarang aku cerita macam mana aku survive dalam bidang engineering.
Masa aku first kerja dlu, gaji aku hanya RM 1700. Time tu tahun 2009. Kerja di Kuala Lumpur. Naik LRT pergi kerja. Duit untuk parents di kampung. Serious aku cakap. Tak cukup. Tapi apa kau boleh buat. Merengek duit tak cukup? No. Live with it. Find a way. Sebab apa yang penting bagi engineers di awal pekerjaan adalah, mencari pengalaman dan network. Aku join company dalam bidang design and analysis. So aku banyak belajar pasal benda tu. Kemudian, aku cari pula pengalaman lain. Jangan terlalu lama stick kepada satu pengalaman. Bila kau dah nampak kerja sama je hari hari kau buat, kau tukar kerja terus. Cari pengalaman lain. Bila aku dah rasa cukup dah dua tahun dengan company tu, aku resign and cari pengalaman lain. Aku masuk dalam bidang construction. Aku involve dalam project Epcc. Kat situ aku kenal ramai orang berpengaruh. Itu kelebihan kita sebagai engineers. We talk with people in the top management of the project.
Kemudian aku apply Ir. Lulus. Jadi Ir muda time tu. Aku try involve dalam sektor oil and gas secara kecil kecilan. Conceive drawings and etc. project kerajaan pun aku sapu je. Alhamdulillah. Dari gaji RM1700, aku berjaya gain more than that within 7 years. And whats good come from that? Aku hired people. Engineers baru. Educate them. Make a true contribution to the country. Not just selling stuff, or doing MLM or any scam business and get rich by yourself. Thats selfish. You hired people, educate them to be more successful than you. Thats our role as their seniors. Help our people in a good way.
So, new graduated engineers,
Dont give up. You are special. You can change the whole world view towards our country. Right now, we are so fancy with our role model who are success in singing career, sport career.. Why not this time, together, we try to give a big impact in engineering industry and make a whole world notice us as a capable engineers in Malaysia. Maybe our government didnt care about this. But, we care. We studied for 16 years start from primary school and now we are engineers, dont make it waste. Dont throw our 16 years of lifetime go for nothing.
For engineering students…
Kalau korang tengah study engineering and tengah fikir nak buat benda lain or masuk profession lain, sila drop engineering and ambil course lain. ramai lagi yang berebut rebut mahukan seat korang. Dont be a useless engineers.
Korang kena ada passion. Sasaran tepat kemana korang nak pergi once korang jejakkan kaki ke industry ni. Malaysia dah cukup banyak dengan engineers yang good for nothing sekarang. We dont want to produce more engineers like that. Be a capable engineer. Make us, your seniors proud with you. I believe in you guys. You can do it buddies.
Regards,
Your Brother Engineer
– Bro-Neer ( Brother Engineer )
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit