Perkongsian Kecil

Assalamualaikum semua. Lama dah rupanya aku tak membaca confession dekat IIUM Confession ni.

Dulu zaman degree aku rasa hari2 aku akan bukak page ni dah baca semua confession and masa tu sumpah tak tau in 5-6 years akan datang aku akan buat apa.

Ada saja kadang kalanya aku terbayang apa lah aku akan buat nanti. Aku kerja apa lah ye nanti? Berapa gaji aku nanti ye

Tapi disebabkan negara kita tengah kecoh2 pasal issue minimum wages, aku rasa aku nak share sikit pasal perjalanan kerjaya aku.

Takde lah hebat pun, cuma aku rasa macam nak berkongsi plus aku baru jugak baca confession orang dekat page maukerja tu pasal condition kerja diorang.

Nak komen, aku segan so aku better buat confession macam ni saja

Habis degree aku menganggur. Setahun sambil buat kerja part time. Rasa lah lifeless sebab aku taktau nak buat kerja apa.

Nak masuk bidang apa pun aku tak tau sebab aku belajar science. Menyesal jugak tapi tulah dulu exposure pasal benda macamni tak banyak.

Nasihat aku, yang baru habis matrik or SPM tu, survey betul2 market kerja dan bidang apa korang nak amik. Jangan main apply saja macam aku. Kos yang aku ambil dkt universiti aku dulu agak terhad lah peluang kerja dekat Malaysia ni.

Kalau kau nak betul2 survive, memang kau kena buat bisnes tapi tulah, aku perempuan lepastu aku rasa tak berapa yakin saja nak buatsorang.

Lepas setahun tu, kawan aku tag dekat 1 FB komen. Orang ni macam recruiter cari pelajar lepasan degree semua untuk join programme company dia dan kerja dekat company yang dia dah approach.

Macam SL1M, Program Penjana – best gaklah sebab elaun dia aku dapat dekat 2K even program ni sebulan saja. Masuk kerja basic 2K dan aku kerja setahun lebih. Oklah bagi aku setakat nak enjoy jadi orang yang bergaji.

Lepas lah nak bayar itu ini, bagi duit dekat parents. Belajar sikit2 ilmu kerja tapi yang best aku banyak jumpa orang – dekat sini aku belajar banyak management skills tapi tbh aku tak pernah rasa nak stay lama sebab takde career development.

Setakat nak ambil gaji dan enjoy memang bole la tapi untuk growth takde. Hampir dua tahun aku resign. Boss aku tak bagi, tapi aku tau takkan 5 tahun aku nak buat benda yang sama.

So lepastu aku join startup company. Dekat sini memang macam2 aku belajar. Betul2 orang cakap from scratch. Daripada company takde SOP, aku kena buat SOP, itu ini process itu ini.

Tapi jujur aku cakap, gaji takde lah banyak mana tapi benda yang aku nak belajar tu ada. Aku rasa kalau aku nak rate diri aku, aku ada 60% improvement kot?

Tapi lama2 yelah kita ni selalu seek for new things, nak buat benda baru plus company aku banyak buat benda routine. Aku jadi fed up and aku jumpa boss aku cakap aku nak buat benda lain. Tapi dia tak bagi sebab aku demand gaji sekali.

Aku nak increment plus aku offer apa yang aku bole buat. Dia macam taknak akui kebolehan aku dan aku resign. Memang gilalah aku resign sebab aku baru ambil kereta and aku takde dapat kerja lagi.

Hampir2 notice aku nak habis, Allah tu Maha Mendengar, Maha Mengetahui aku dapat 2 IV. Dua dua ni GLC.

Memang aku all out – aku baca tips2 IV, aku baca cara nak jawab soalan dan aku hafal script untuk aku kenalkan diri sebab aku takut aku nervous. Previously aku nervous and aku blank so semua apa benda yang aku cakap berterabur.

Selang dua minggu, aku dapat offer kerja daripada salah 1 company tu. Mengenangkan daripada kos aku belajar dekat universiti, apa jenis kerja aku dah buat selama ni, masa aku dapat offer tu, aku memang menangis. Banyak sebab aku nangis.

Sebab tak sangka dapat, sebab Allah makbulkan doa mak dan kawan2 aku dan macam2 lagi. Bidang yang aku nak masuk ni pun memang aku aim since last year. Peluang dia agak tipis untuk aku join tapi tulah rezeki Allah nak bagi.

Plus aku baru putus cinta, so bila Allah bagi rezeki ni aku rasa teruk sangat aku fikir macam2. Aku belajar untuk redha dan terima segala keputusan yang jadi. Dalam masa aku nak hadam semua rasa sedih aku, Allah bagi rezeki kerja.

Gembira, sedih bercampur2 tapi aku ajar diri aku untuk bersangka baik dengan ketentuan Allah. Aku selalu pujuk diri aku, mungkin masa sekarang Allah suruh aku jaga mak aku dulu dan Allah akan bagi jodoh lain agaknya.

Entahlah susah aku nak explain dan hadam tapi sampai ke saat ini pun aku masih lagi sedih cuma dah tak nangis. Aku tengah belajar menerima. Aku taknak sedih lama2 tapi itulah aku pun manusia biasa.

Eh jauh betul melalut.

So bila aku baca pasal confession2 orang tu – based on apa pengalaman aku dan pengalaman kawan2 aku. Ada yang dah kerja 2-3 tahun basic static saja. Korang, please lah update resume. Update semua apa benda yang korang buat dekat company sekarang.

Sekecil2 task pun korang tulis. Semua jenis software dan apps yang korang pakai, tulis. Mintak la increment 20% daripada apa korang dapat sekarang.

Korang berhak ok. Korang berhak beli iphone yang korang nak, rumah yang korang impikan, baju yang korang nak dan kereta yang memudahkan perjalanan korang.

Jangan jadi hamba dapat gaji yang kecil. Tahun lepas sahaja aku dah pergi 9 interviews dan aku akan pastikan aku dapat juga input even sekecil2 benda dan aku improve untuk interview aku yang seterusnya.

Kalau yang buat HR ke, Admin ke, Procurement ke, aku rasa senang jugak korang nak jump ke company besar and gaji sedap sikit. Aku tak reti nak komen bab sales and marketing sebab aku tak minat buat benda ni tapi yang aku tau, gaji bidang ni pun best jugak.

Aku tau benda ni tak mudah. Tapi usaha, doa dan tawakal itu sangat berkesan. Mintaklah doa mak ayah, kawan2, bf dan gf korang. Aku ni setiap kali keluar dengan kawan, balik kampung ke aku akan mintak doa semua orang. Tapi doa tanpa usaha tak guna.

Usaha dan apply lah kerja hari2 haha itu style aku lah. Aku sampai kena warning dengan jobstreet sebab aku apply terlalu banyak kerja. Tapi dalam banyak2 tu ada 10 interviews aku attend dan alhamdulillah mengena la 1.

Aku taktau la kalau apa aku cakap ni kosong saja. Cuma aku rasa nak share jugak sbb aku nak korang yang rasa demotivated dengan gaji korang dan bebanan kos sara hidup sekarang ni, keluar daripada apa yang korang rasa dan jadi gembira. Kalau orang tanya aku, gaji ke happy?

Aku muda lagi so aku akan pilih gaji and dalam masa yang sama aku akan pick up all the skills and knowledge and cukup masa aku apply kerja baru dengan new pay sebab aku tau I deserved it.

BTW doakan jugak rezeki aku jual rumah dan urusan nak beli rumah baru dipermudahkan.

Doakan mak aku panjang umur sebab aku nak jaga mak aku lepas dia pencen ni, nak balas balik jasa2 dia membesarkan aku dan didik aku sampai ke harini dan doakan urusan aku cari jodoh juga dipermudahkan.

Aku doakan juga yang sedang mencari kerja (jangan memilih kerja – kerja and pick up skills dan cantikkan resume dan apply kerja baru bila dah rasa bosan) dipermudahkan urusannya.

Sekian.

– AI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *