Perkongsian Kewangan Suami Isteri

Assalamualaikum. Saya suka baca confession kat sini masa lunch hour.. sambil makan sambil baca. Ada a few recent confession mengenai pengurusan kewangan suami isteri. Gaji suami kecil, gaji suami lebih besar dan macam-macam lah.. tapi aku nak share pasal gaji suami laki bini sama-sama besar.. Ok takda le exactly sama.. Gaji aku kurang MYR500 je dari gaji dia.. Both of us kalau ikut tahap gred yang diberikan kepada golongan marhaen ni dedua dalam golongan awal M40. Belum sampai tahap T20 jauh lagi tu perjalanan. Kami laki bini graduate U. Bekerja sebagai golongan professional.

Kami laki bini share duit gaji untuk bayar komitmen kehidupan seharian. Share macam mana? Aku tak transfer duit gaji aku dalam akuan suami aku, dan suami aku tak dela transfer duit dia semua dalam akuan aku.. tapi kami buat spreadsheet excel every month untuk monitor kewangan keluarga. Dah buat strategi ni dari awal kawen sampai sekarang. Sebelum ni main tulis atas kertas. Dalam zaman industri 4.0 ni semua kami digitalkan. mana-mana resit yang boleh guna untuk relief tax kami scan dan simpan.. yang ori simpan jugak, versi digital buat backup..

Satu dokumen excel untuk 1 tahun. Komitmen kami takde la berubah banyak sangat pun setiap bulan.. Lebih kurang sama aje melainkan bila tiba musim raya.. musim anak nak sekolah.. musim holiday.. musim bayar yuran.. haha owh both of us sambung study part time.. belajar sambil kerja. Senang pakai excel copy aje sheet sebelum nya edit sikit untuk paparan akaun rumah bulan hadapan..

Benda pertama dalam kewangan keluarga aku adalah saving. Aku sangat laa particular bab simpan duit. Mak aku dah ajar dari kecik untuk menabung. Untuk mengelakkan duit yang perlu saving digunakan untuk benda2 lagha. Aku suggest buat sesiap potongan gaji masuk saving masing-masing paling minimum 10% daripada nilai gaji. Both of us punya nilai simpanan yang sama untuk tabung haji dan ASB..

Aku buat potongan extra untuk tabung haji anak-anak dan dia buat potongan extra untuk ASB anak-anak. So fair and square. Duit raya anak-anak dengan kuasa veto mak dan apak semua duit collection kena masuk saving. Nak mainan ke gadjet kee jajan wat so ever anak-anak kena tunjuk effort untuk earn it. Alah simple effort, sharing main permainan, minta maaf kalau buat salah, tolong mama kemas rumah.. susun selipar kemas2.. behave bila keluar.. alah yang simple2..

Kedua duit untuk both parent and parent in law. Supaya adil dan saksama.. jumlah perlu sama.. tak kisah laa parent orang kampung or orang bandar ada pencen ke takde pencen.. anak ramai ke anak tak ramai.. Ketiga duit belanja masing-masing. Haha ni pun kena sama.. plus extra untuk aku rm100 kira nafkah laa.

Seterusnya nafkah anak-anak. termasuk taska tadika transit kelas tuisyen. Ni part suami aku. Komitmen rumah. Loan atas nama aku.. tapi suami aku bayarkan. Loan kereta. atas nama suami.. suami aku bayarkan. Kehendak-kehendak lain, bil hp, bil air bil letrik coway, unifi , insuran, medical.. ini aku cover.. dah kate kehendak kan.. bagi mengelakkan laki aku ni jatuh hukum tak bagi nafkah plak.. tapi nak suh kaver semua tak daya plak.. jadi aku bayarkan kehendak yang diperlukan bersama.. takde dosa kan??

Balance gaji lepas tolak komitment kami buat saving one off komitment namanya… Camne aku nak cerita ehh.. takut korang tak faham je nanti.. haha.. Korang tau kan kalau dah pakai kereta road tax dan insuran memang dah wajibul ghunnah ko kena bayar tiap tahun, servis kereta lagi.. bila nak tukar tayar.. nak tukar brek pad kereta.. dan bila dah beli rumah sendiri, cukai pintu cukai tanah ko memang nak kena bayar jugak tiap tahun kan.. anak-anak nak masuk sekolah.. ini laa yang aku definasikan sebagai one off komitmen.. total kan semua komitmen one off ni.. agak-agak aje laa berapa estimation korang.. dah biasa kan bayar tiap tahun.. bahagi 12.. setiap bulan korang kena sama-sama menyimpan laa.. asingkan laa dalam akaun lain.. boleh jadi emergency saving.

Apa yang aku kena bayar aku akan setel.. apa yang laki aku kena bayar dia transfer sendiri dari akaun dia.. Setakat ni baru 11 tahun kawen kami suami isteri masih hidup rukun dan damai.. insyaAllah sampai syurga dan akhir hayat hendaknya insyaAllah.. amin..

Beberapa tips tak seberapa yang aku nak kasi :

1. Saving buat la potongan gaji. Kalau ko tengok duit dalam akaun sotong or akaun rimau tu banyak, banyak jugak yang akan ko transfer entah ke mana-mana nanti. Ingat minimum 10% gaji.. lagi banyak lagi bagus.

2. Utamakan mak ayah.. sikit ke banyak ke bagi mak ayah dulu.

3. Buat akuan perbelanjaan bulanan, rekod segala perbelanjaan.. terpulang laa nak dalam excel ke.. word ke, tulis dalam buku ke..

4. Bagi mengelakkan poket bocor tak tentu pasal dan kewangan keluarga lari banyak tetiba.. komitment one off memang sangat membantu.. Percayalah.. kurang sikit rambut gugur memikirkan lebihan belanja tetiba.. tak dapat tepat, terkurang sikit boleh laa topup.. cer korang try.

5. Manipulasikan pengunaan kad kredit. Ni nak membebel panjang sikit.. mohon bertahan membaca.. aku dan laki aku penguna tegar kad kredit. Semua main swipe aje.. Komitment unifi, celcom, coway, shopping, makan-makan lagi lahh.. semua charge kredit kad. tak pernah bayar cash.. Bayar downpayment kereta dan rumah pun kredit kad.. Haaa.. kenape? sebab kami nak kumpul point.. semenjak 12 tahun dah pakai kad kredit ni kami dah tukar banyak benda.. dari peralatan elektrik.. barang-barang baby, minyak wangi berbotol-botol, hand beg.. banyak lagi laa.. semua bukan brand cikai-cikai tau.. ada nama punya..

TAPI.. ada tapinya.. supaya tak jadi mangsa hutang kad kredit, swipe bila ko tau ko ada duit aje tau.. jangan sesekali swipe masa ko takde duit pun nak setel hutang kad kredit tu nanti. jangan swipe swipe swipe sesedap rasaa.. lepas tu takda cara nak bayar balik kad kredit.. jangan jadi biar papa asal bergaya.. pastikan tiada hutang kad kredit yang dibawa kehadapan, statement balance kad kredit bulanan tu kena langsai, by hook or by crook. actually satu sebab lagi kami laki bini takut jugak bawak tunai banyak2 ni.. hahaha. dalam beg duit aku paling banyak pun ada 50-100 aje tau dalam satu2 masa.. kalau ada lebih tu sebab nak bayar komitment cash punya pasal..

6. Berbelanja ikut kemampuan. Walaupun kami laki bini kalau kat opis orang gelar bos-bos.. tapi aku tetap maintain pakai baju kurung rm89.. tudung 20-30 hinggit.. lagi murah lagi bagus.. cuma hand beg dan kasut aku memang carik yang mahal laa.. sebab kasut & hand beg aku memang pakai sampai lunyai.. takde pakai baju pink kasut pink hand beg pink.. takde.. laki aku pun sama..

7. Membeli belah baju-baju or kasut hand beg ketika sale. Sale tahun baru cina.. sale raya.. sale deepavali.. sale krismas. Berbaloi2.. orang bukan tahu pun baju ko polo, timberland, poney new arrival.. orang hanya akan pandang ko pakai baju polo.. mungkin laa ada yang tahu.. tapi kebanyakkan orang tak tahu pun.. so, abaikan sedikit orang yang tahu tu ye..

8. Sama-sama la redha meredhai sumbangan kewangan masing-masing untuk kerukunan dan keamanan kewangan rumah tangga.. insyaAllah.. amin..

Okay sekian sahaja.. Kalau de teringat lagi aku buat laa next confession. Assalamualaikum.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *