Perkongsian Tentang Rumah Sewa

Assalamualaikum admin, terima kasih kalau cerita ni disiarkan, kalau tidak pun tak mengapa. Saya bukanlah mahu bercerita apa pun cuma nak kongsi pemerhatian sepanjang tinggal dirumah sewa.

Dalam pemerhatian saya, ada beberapa do and donts yang patut ahli2 rumah buat agar tidak terjadi perkelahian antara ahli rumah.

Sambil2 tu saya cerita juga pengalaman yang menyebabkan saya kata do atau dont tu.

Sebelum tu saya minta maaf andai ada yang berkecil hati dengan penulisan ini, ini takde kaitan pun dengan sesiapa cuma peringatan agar kita sama2 berbuat baik kepada orang lain dan jangan ambil kesempatan terhadap orang yang dah berbuat baik kepada kita.

1. Jangan cepat buruk sangka kawan2 ambil barang kita.

Nak jadikan ceritanya, ada seorang ahli rumah tu tak share barang2 rumah namanya Cik A. Sebab dia tak makan macam orang lain, jadi memang dia akan masak makanan untuk dia seorang saja, barang2 macam bawang, kicap atau lauk tu memang hak milik dia.

Kami yang kongsi makanan ni selalu beli bawang merah sebab murah, dan saya pula kadang2 akan beli juga bawang holland sebab dah terbiasa makan bawang holland di rumah walaupun dah ada bawang merah tu.

Tapi ada satu ketika tu, tak tahu la macam mana Cik A tu boleh terperasan saya ambil bawang holland tu ( yang saya beli), dan dikata,

“Eh engko jangan amik bawang aku”, dah la masa tu ada tetamu datang bertandang, Cik A ni pulak memang suara kuat memang satu rumah la dengar dia sound saya ambil bawang holland dia.

Aduiii, sakit hati juga masa tu, saya pun bagitahu saya pun ada beli bawang holland, tak ada lah nak ambil orang punya, lagipun kalau betul2 takde barang memang kitorang akan minta izin dulu sebelum guna.

Kesimpulannya sebelum nak terjah ahli rumah lain, elok la bersangka baik dulu, jangan anggap orang lain pelahap sangat nak ambil barang awak.

Bukan awak sorang je yang mampu beli barang tersebut. Bersangka baik ni boleh selamatkan awak dari malu di kemudian hari.

2. Jangan pilih kasih, duit persatuan boleh pula claim untuk bayar grab, duit sendiri tak boleh tong kepada kawan yang jadi driver awak, bawa awak ke hulu hilir.

Ni pun satu lagi, kadang2 tu orang fikir eh tak apalah orang yang bawa kereta tu dah kaya. Tak perlu bayar cas minyak korang naik kereta dia, lagipun dia tak minta.

ITS A BIG NO NO NO.

Si tuan kereta pun ada benda lain nak bayar, bukan nak bawak awak free2 dengan kereta dia tu.

Kalau awak hulur RM10 sebulan pun dah okay, tak ada lah nampak macam lintah darat sangat. Waktu2 awak susah, dia juga lah yang tolong bawa awak ke sana ke mari, ke klinik lagi.

Tak perlu tunggu dia kata sila bayar rm sekian2 baru nak bayar, karang bagitahu macam tu awak2 kecik hati dan kata si driver sombong la, si driver tu acah over the world la (baca: dia saja yang betul).

Dah la jadi tukang pandu kereta tak berbayar, senang2 nak arah pergi shopping sana, pergi jalan2 sini. Eh eh eh, lintah darat ye awak, si driver amik lesen penat2, bayar mahal2 takde minta duit awak sesen pun.

Lagi satu, kalau la waktu awak naik kereta dia dan kebetulan rosak pulak. Pandai2 la fikir yang dia nak baiki kereta tu bukan guna kesian awak, dia pakai DUIT YE.

Awak tong2 RM10 pun dia dah bahagia, kat situ dia nampak yang kawan menumpang kereta dia ni bagus, tak berkira waktu susah senang.

Ke RM10 pun kedekut, KFC McD 5 ketul ayam pun boleh pesan tiap2 minggu, takkan la sengkek sangat RM10 je punnn.

Jangan lupa ucap terima kasih sebab dia dah tolong drive awak, izinkan awak menumpang kereta dia. Orang yang tak reti ucap terima kasih kat manusia ni jenis yang tak reti bersyukur kepada Allah. Awak kah orang tersebut?

3. Nak beli barang rumah, tolong sangat2 maklum kat ahli rumah, tanya pendapat diorang perlu tak nak beli, sebab awak akan kutip duit dari ahli jugak.

Alkisahnya, Cik F nak beli pinggan. Padahal kami ada tak sampai sebulan lagi duduk rumah tu. Entah la kenapa Cik F ni nak sangat beli pinggan padahal dah banyak di dapur. Balik2, bagitahu dalam WhatsApp group nak kutip duit rm sekian2.

Geram la jugak saya ni, saya kebetulan pula takde duit masa tu (sengkek akhir2 sem ni) jadi tak nak bayar la harga tersebut tambah2 dia beli barang yang mahal dan tak perlu macam pemarut sayur,

Dah la waktu tu dah jarang masak sebab sibuk nak buat assignment, kena bayar pula benda yang kita tak pasti nak guna bila. Last2 saya pula dimarah, katanya orang lain okay je kenapa saya tidak.

Aduii, agak stress disitu dengan ahli rumah sewa yang macam ni. Kawan2, kalau awak nak beli guna duit sendiri silakan, kalau TER NIAT nak share duit dengan orang lain pastikan minta persetujuan mereka dulu, supaya tak bergaduh sebab tak nak bayar.

Ingatlah, kalau awak jenis kedekut dan berkira , orang lain pun tak teragak2 nak berkira dengan awak. Bila orang dah mula berkira2 walaupun satu sen dengan awak, jangan pulak kata,

“Engko ni over the world sangat” sebab awak yang mula buat perangai macam tu. Ingatlah barang siapa yang tak kasih pada yang dibumi, dia takkan dikasih oleh yang dilangit.

4. Jangan makan makanan ahli rumah sebelum bagitahu pemiliknya.

Ini memang terjadi kepada saya, kempunan donut sebab Cik Q ingat saya dah tak nak. Alkisahnya saya dapat 2 biji donut bersaiz sederhana besar, kecik sikit dari dunkin donut tu( maaf kalau salah eja, jarang2 makan).

Donut tu majikan saya yang baik hati yang beri, untuk buka puasa katanya. Satu tu dah kongsi dengan semua ahli rumah, tapi saya tak makan sebab ada 1 lagi kan. Yang lebih tu memang letak dalam peti sejuk la untuk makan waktu malam2 kut2 la lapar.

Tiba2 masa buka peti tu, donut tu dah hilang tak tahu ke mana. Tiba2 Cik Q dengan lenggang lenggok tanya saya,

“Eh engko cari apa tu” saya pun jawab cari donut, dan dia dengan muka tak bersalah pun kata, “la aku dah makan la ingat engko dah tak nak” menangis air mata darah pun donut tu tak kan kembali.

Kesimpulannya, jangan la memandai ambil makanan orang lain sebelum tanya melainkan kalau dia dah pesan “korang makanla habis, ada lebih ni”.

Disitu dah sakitnya tuh disini, di dalam hatiku. Tapi, kalau dah tak sengaja buat macam tu, jangan la lupa pujuk kawan awak tu.

Beli la balik makanan yang awak dah TERmakan tu, pujuk dia moga2 dia lupa kejadian tersebut. Hehehe (nampak sangat saya masih terimbau dengan kisah tu).

Jangan pula ada orang lain kata saya kedekut, bukan kedekut ni, cuma itu donut pertama dan terakhir yang saya dapat dari majikan, lepas tu dah habis Ramadhan.

Itu je lah ya antara pemerhatian saya, yang lain2 confessor lain dah pernah kongsi.

Moga tak ada yang terasa dengan apa yang saya kongsi ni, bukan niat saya nak burukkan nama siapa2, cuma sedikit peringatan agar apa yang saya pernah lalui ni tak terjadi pada kawan2 yang baik hati diluar sana.

Terima kasih admin dan pembaca semua. PEACE NO GADUH2

– Cik Puan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *