Perlu Atau Tidak Merancang Anak?

Hai korang. Aku pelik dan ajaib dengan isu viral ‘Gaji 800 nak beranak 5’. Bukan pelik dan ajaib apa, tapi bila orang guna sentimen agama, ‘iman tak ada ke nak cakap camtuh’ ‘woi anak tuh rezeki tahu tak’ dan lainlain

Aku mak muda anak satu berumur 24. Berkahwin umur 22. Bekerja sebagai eksekutif 2 di syarikat glc. Untuk pengetahuan korang, eksekutif 2 untuk those yang ada diploma dan eksekutif 1 untuk yang ada degree. Suami bekerja sebagai non eksekutif, dan aku dalam tahun akhir bachelor, insyallah lepas aku habis bachelor, suami pulak sambung belajar buat bachelor juga. Kami baru pindah duduk rumah sendiri, walaupun rumah busuk je, tapi alhamdulillah

Nampak macam hidup kami okay okay kan, tapi aku nak bagitau yang kau kena dan wajib merancang hidup kau. Aku selalu berdiskusi dengan suami aku, contohnya soalan macam ni ‘okay lagi 10 tahun awak nampak hidup awak di mana, jawatan apa yang awak pegang’

So untuk merealisasikan impian dan angan angan tuh, walaupun suami aku pada mulanya refused nak sambung bachelor, tapi aku tetap berpendirian dengan hanya pelajaran yang dapat mengubah sosio ekonomi kita. Kita kena berusaha untuk ubah nasib kita. Aku dan suami pun bukannya asal dari keluarga yang senang. Tapi bila aku sering visualize apa yang akan jadi 10 tahun akan datang, semangat tuh akan datang. Insyallah, bila dah genggam bachelor satu kaki dah melangkah ke depan, ditambah dengan pengalaman kami bekerja, itu akan menjadi bonus. Kalau kita tak berusaha dari saat ini, adakah impian dan angan angan 10 tahun tuh akan terjadi? Korang boleh jawab sendiri

Dan cerita pula pasal anak. Anak dah setahun ++ dan menyusu badan sepenuhnya. Macam tuh lah aku cakap, hidup ni kita kena rancang dan mohon Allah permudahkan jalan. Yelah, kita merancang, Allah jugalah penentu segalanya, jadi dengan Allah jugalah kita berharap. Waktu aku mengandung, aku selalu berdoa agar dikurniakan susu yang cukup untuk anak aku sehingga dia berusia dua tahun. Dan, untuk merealisasikan impian itu, benda pertama aku beli waktu mengandung adalah pam susu. Belajar mengenai penyusuan, mula mula memang perit, luka sana sini, ye aku menangis, stress macam nak gila tak dapat susukan anak. Sekarang, alhamdulillah, tinggal berapa bulan lagi untuk melengkapkan penyusuan ibu. Sebab aku tahu, kalau beli susu formula dah confirm mahal dengan ekonomi keluarga yang tak seberapa mantap lagi. Jadi aku kena cari penyelesaian untuk mengurangkan jumlah belanja bulanan.

Aku dan suami sememangnya 100% merancang jumlah anak. Pada awal perkahwinan memang kami dah buat keputusan kami akan terus mencuba untuk dapatkan anak sebab bimbang kalau kami ada masalah kesuburan. Alhamdulillah Allah permudahkan. Bila anak lahir, aku terus je cakap dekat suami aku yang kita kena jarakkan anak kita paling awal 3 tahun dan paling lambat 5 tahun untuk anak kedua. Sebab apa? Okay aku bagi sebabnya

Rezeki kami dapat kahwin muda umur 22 tahun. Aku dan suami berkahwin dengan dengan kedua-duanya ada diploma sahaja. Kahwin awal, anak dah dapat, apa lagi yang kita nak. Mestilah nak berusaha untuk jalani hidup yang selesa.

Plot twist, jika aku beranak tiap tiap tahun, anak dah 3, macam mana aku dan suami nak fokus untuk sambung belajar di samping fokus kepada anak. Dah lah tinggal anak pergi kelas, anak tak dapat perhatian yang cukup, penat sambung belajar, penat nak buat kerja rumah, penat nak cari duit. Tak ke koyak mental. Kesian dekat emosi budak, kesian dekat emosi isteri, kesian dekat emosi suami. Memang kesianlah. Tambahan lagi, dah la baru mula hidup, nak bayar yuran, nak beli pampers anak. Eh, tiba tiba anak sulung nak makan kfc. Kita sebagai mak ayah kalau tak dapat tunaikan anak nak makan kfc, sanggup ke kita nak cakap ‘lain kali lah adik makan kfc, ummi tak cukup duit’ sanggup ke, sedih kot tak dapat nak bagi anak, Bukan manjakan anak, tapi budak mana yang tak suka makan kfc?

Tuh baru makan kfc. Dekat tadika, kawan bawa pensil colour luna. Anak meleleh air liur teringin juga, tapi sebab kita tak mampu nak beli, kita suruh anak kita sabar. Weh, budak mana yang tak nak pensil colour luna?? you tell me. Bila birthday, kawan buat birthday party dekat tadika, kek spiderman siap dengan goodie bag jajan bagi dekat kawan kawan, tapi bila birthday anak, kita tak mampu nak raikan birthday anak kita. Sedihnyaaaaaa! Korang yang bash perempuan viral tuh tak pernah terfikir ke semua ni?

Aku harap, rancanglah kehidupan korang elok elok. Janganlah kita mainkan sentimen agama tak sudah sudah, ‘anak itu rezeki, dah Tuhan nak bagi takkan nak tolak’. Ye, anak itu memang rezeki. Tapi berilah keperluan yang baik kepada anakanak. Contoh macam aku, duduk rumah busuk, takkan beranak 5 pun nak duduk rumah busuk lagi, dengan persekitaran yang tak seberapa. Hmm. Lagi, kalau gaji sekarang RM1500, 10 tahun lagi pun gaji aku RM1500 ke? Apa tindakan kita untuk berusaha memperbaiki yang sedia ada ni? Persiapkanlah diri korang sebaiknya, jangan menyesal di kemudian hari

Okay please jangan komen orang belajar spm pun boleh dapat gaji ribu riban ye. Please lah, sebab aku percaya dengan pelajaran akan membantu kita membentuk personaliti kita dengan lebih baik dan mematangkan fikiran serta cara berdepan dan cara menyelesaikan masalah. Lagipun, ilmu kot, rugi apa. Tengok macam aku, kerja juga, sambung belajar juga. Why cant I have both?

– mak muda anak satu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit