Salam kepada semua pembaca..
Selamat menjalani ibadah puasa.. Pejam celik, dah masuk hari yang ke-12 (ketika confession ini ditulis) kita menyambut Ramadan.. Semoga semua terus beristiqomah dan diberikan kekuatan menjalani ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya. Mudah2an .. Amin..
Sebenarnya, bukanlah confession yang hendak dikongsikan di sini.. Tetapi lebih kepada persoalan yang sering terdetik di hati aku neh .. Persoalan yang memerlukan pandangan dari para pembaca di ruangan ini.. Itu pun jika penulisan ini di siarkan oleh pihak admin.. Jika disiarkan, terima kasih kepada admin bertugas..
Serba sedikit mengenai diri aku .. Berjantina lelaki, berusia awal 30an dan sudah bekeluarga.. Baik, kita terus ke isi cerita..
‘Sedekah’
Seperti yang kita semua maklum, sedekah adalah salah satu sifat terpuji.. Jika disusuli dengan niat sedekah yang ikhlas, maka berlipat-lipat kali ganda ganjaran pahala sedekah yang diberikan oleh Allah kepada pemberi sedekah itu.. Begitu juga dengan aku.. Aku cuba perbaiki diri dan juga menambah pahala dengan bersedekah.. Akan tetapi, aku seringkali terperangkap dengan situasi seperti di bawah:-
1. Peminta Sedekah/Gelandangan di siar kaki
– Untuk pengetahuan kepada pembaca semua, siar kaki yang aku gunakan untuk pergi dan balik kerja itu memang ramai peminta sedekah/gelandangan.. Ada ibu yang mengemis bersama anak kecil.. Ada yang mengemis berseorangan.. Ada gelandangan yang tidur di siar kaki tersebut dan macam2 lagik.. Masa memula menggunakan siar kaki tersebut (sebab sebelum ini aku menggunakan siar kaki yang lain dan jauh dari tempat kerja), aku menghulurkan sedikit kepada mereka ini.. Akan tetapi, bila setiap hari aku lihat peminta sedekah/gelandangan yang sama di tempat itu mengemis, perasaan aku jadi macam kosong .. Bukanlah aku mengharapkan peminta sedekah/gelandangan yang berlainan setiap hari, tetapi melihatkan mereka asyik mengemis di situ, sampai satu tahap aku tak ada perasaan langsung buat mereka ini.. Pernah satu hari, aku ternampak gelandangan ini tidur ditemani sebotol minuman keras di sisi nya .. Sejak dari itu, aku tidak menghulurkan apa2 bantuan buat mereka .. Bila mereka datang, aku cepat2 berjalan laju dari mereka .. Mula2 memang ikhlas.. Tapi bila hari2 berdepan dengan mereka.. Niat aku pun dah lain.. Serius! Tapi betul ke tindakan aku ini? Normalkah aku berperasaan macam tue ? Mohon pandangan dari kalian.
2. Pengemis buta (yang dipimpin oleh orang yang tidak buta)
– Aku cuba normalkan fikiran aku untuk berfikir positif tentang mereka yang datang menghampiri aku bila mana aku makan di kedai2 makan.. Sekali mereka datang, aku pun OK.. Dengan pantas aku menghulurkan bantuan buat mereka .. Akan tetapi bila dua atau tiga kali pengemis buta yang lain datang dengan modus operandi yang sama (orang buta – dipimpin oleh orang yang tidak buta), aku terus berperasaan berbelah bahagi.. Adakah ini scam ? Perlukah aku menghulurkan bantuan buat mereka ini juga ? Aku confuse dan sudahnya aku menolak untuk memberikan bantuan buat mereka yang datang selepas itu .. Tetapi pada masa yang sama, hati aku rasa bersalah .. Aku tersepit.. Apa yang aku buat, aku berdoa semoga Allah mengampuni dosa2 aku ..
Aku pernah dengar, jikalau mereka menipu sekali pun dalam meminta sedekah, itu urusan mereka dengan Allah.. Urusan dengan manusia ini sahaja kita hendaklah ikhlas melakukannya .. Aku tak nafikan memang benar kenyataan ini.. Tetapi, aku cuma manusia biasa yang berperasaan berbelah bahagi bila tiba 2 situasi yang aku ceritakan di atas.. Semoga tulisan ini dapat dipanjangkan kepada para pembaca dan semoga kita dapat berkongsi2 pandangan dan pengalaman secara harmoni tanpa rasa prejudis..
Terima kasih ..
Kin
– Kin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit