Hai you all, first of all aku bukan warga IIUM…Tapi boleh je kan aku nak confess kat sini..Heee
Korang pernah tak kenal orang yang suka sangat pura-pura kaya? Orang terdekat ke macam sedara mara, kawan tempat belajar, kawan sekerja, jiran tetangga tak kisahlah. TAPI apa motif perlu macam menyamar acah-acah kaya ni ye?
Aku ada sorang kawan..Nak kata rapat tu tak adalah kot..biasa-biasa je..Aku dah lama perhati perangai dia ni. Aku perasan dia suka underestimate orang dari segi kemampuan kita berpakaian, belanja, makan, citarasa dan banyak lagi..Style dia apa yang berkaitan kita semua tak best tapi apa yang berkaitan dia semua macam gempak walaupun sekadar acah-acah gempak mcm tin kosong.
Contohnya, ada satu situasi tu…Kami ramai-ramai ceritalah tentang kedai makan fav kami semua..Tapi dia buat muka mcm tak berminat kononnya itu bukan level dia..Konon taste dia makan dekat kedai-kedai hispter, kat cafe, kat hotel bla bla bla. Kenapa perlu mcm tu sekali kalau asal pun dari kampung. Aku sebenar tak hairan sangat kalau perangai dia mcm tu sebab dia orang bandar, tapi sekarang ni dia orang kampung.
Then, bab citarasa..Dia suka perlekehkan citarasa orang lain..Konon mcm dia ada citarasa yang sangat menarik mcm tulah kot..Suka meninggi diri bahawa citarasa dia tu high class..Dia buat-buat ada citarasa tapi hakikatnya tiada apa-apa..Contohnya, ada satu hari tu aku shopping kasut jenama C***k. Aku spesis jenis malas nak menunjuk barang baru pakai sebab segan..Tapi dia perasan aku pakai kasut baru dan tegur..and then dia cakap, aku tak minat kasut macam ni..macam orang tua je kasut kau ni..Aku suka kasut brand bla bla bla.Suka pattern bla bla bla.. Semua brand yang betul-betul mahal..Masalahnya brand yang dia mention tu, satu pun dia tak ada…ha ha ha ….Mention LV, gucci tapi pakai Vincci hurmmmmm…Suka hati akulah nak pakai kasut apa pun asalkan kaki aku selesa….Sama juga dengan kes handbag, pakaian, alat solek, perfume, makanan dll.
Ada banyakkkk sebenarnya cerita tentang orang mcm ni tapi aku spesis malas nak taip panjang-panjang….Nasihat aku tak perlulah membangga diri sangat sebab ramai lagi yang hebat dan berkemampuan dari kita tapi mereka humble, low profile…Malulah sebab kita ni bukan ada apa sangat tapi bising je lebih…macam tin kosong.. Cakap berhabuk tapi satu apa pun tak ada hakikatnya.. Kadang-kadang perkara sebegini buat orang tak selesa…Kenapa perlu ukur dari segi kemampuan dan buat perbandingan…selagi orang tu rasa selesa dan happy dengan apa yang dia ada, biarkan jer..
Dan kita tak perlu untuk berlakon kaya dan berkemampuan kalau kita tak mampu hakikatnya..jadilah diri sendiri..tak berdosa pun..
– Ordinary Girl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit