Perlu Ke Aku Berhenti Kerja?

Salam semua. Aku Noora, lewat 20an. Terima kasih admin kerana berikan peluang untuk aku meluahkan pendapat aku disini. Aku harap confession aku dapat disiarkan. Semoga aku mampu menolong korang kat luar sana membuat keputusan. Confession aku kali ini tentang kerja dan kerjaya yang melibatkan hati dan perasaan. Perlu ke aku berhenti kerja? Ayat yang simple tetapi membuat aku pernah berfikir 100 kali. Ini kerja aku yang keempat selepas graduation. (Tak termasuk kerja part time semasa cuti semester). Aku tahu ramai yang tengah struggle mencari kerja. Termasuklah aku satu ketika dahulu. Yang dah dapat kerja selepas tu rasa nak berhenti, pun aku tahu, memang ramai! (Termasuklah aku satu ketika dahulu) T_T.

PERLU KE AKU BERHENTI KERJA?:

1) Masalah bila bos suka maki : Aku pernah bekerja under bos yang suka maki dan cakap lepas . 6 bulan ja aku bertahan lepas tu aku cabut.! Aku nak je blah dari awal tetapi sebab dekat dengan rumah, aku sabarkan juga.
Contoh : ” You tak rasa you ni bangang ke? “, “you ni bodoh la ,ini pun tak tahu ke?” , “kalau you tak siapakan kerja ini hari ni, esok jika mak you mati ayah you mati , then you cuti, siapa nak buat kerja you? ” .Kalau korang yang pernah hadapi atau tengah hadapi masalah seperti ini, aku nasihatkan korang cari la kerja lain. Tolong hormati diri korang sendiri. Korang terlalu berharga untuk dilayan seperti ini. Mungkin, ada akan cakap, alah macam ni pun tak kan boleh tahan? Sorry, bagi aku, lidah dari tajam dari pedang, ini boleh menyebabkan aku down, dan ini penderaan mental. Mak ayah aku pun tak pernah cakap aku macam ni T_T. Bukan aku sorang je kena , satu office semua kena. Perangai dia memang macam tu. Turn over sangat tinggi .

2) Masalah Office mate talam dua muka. Yang ini tak perlu berhenti kerja! Korang teruskan kerja. Biarlah kalau dia nak kata or mengadu kat bos korang , korang tak pandai buat kerja,kaki sembang la , bla bla bla. Korang tunjuk apa yang dia cakap tu tidak betul dengan kerja korang tip top,bos suka. Ini sudah memadai. Biar bos korang sendiri fikir, korang betul ke mangkuk tingkat tu betul. Jangan berhenti kerja hanya sebab dia talam dua muka!. Korang pergi mana-mana pun sure ada kaki kipas. pi la office ke, kilang ke, chef ke, mana-mana je la, korang tak boleh elak!

3) Masalah Jawatan tangkap muat. Yang ini aku tahu, korang mesti tengah stress, mau mau budak fresh grad. Nak pula dengan tekanan family, rakan-rakan ramai dah dapat kerja. Sure akan ada fikiran macam ni”Asal aku kerja sudah, tak kisah la macam mana pun”. (yang pasti, kerja dalam bidang korang la) . Contoh, dah la subject drawing kat U dapat C-, kerja pula bahagian drawing. Sudahhhh! Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal jatuh tangga pula haha. Relax guys! Berikan diri korang adjust dengan kerja 6 bulan – 12 bulan, Lepas tu baru fikir try cari kerja lain. Kecuali korang dapat bos mcm point aku nombor 1, esok juga akau nasihatkan korang berhenti! heehehe

4) Masalah Tempat solat dan parking fees: Yang ni memang penting, PASTIKAN korang tanya soalan ini semasa interview. Penting taw kalau bos korang berlainan bangsa, Especially kalau korang lelaki, “boleh ke saya keluar ke masjid untuk solat Jumaat “. Parking fees, nampak remeh tapi ni la korang kena bayar hari-hari, KADANG tu sehari mencecah RM10! Kalau korang naik motor ok ! Kalau yang baru beli kereta baik fikir balik, duit kereta, toll, parking, sewa rumah, PTPTN pastu HUJUNG BULAN, MAKAN biskut T_T.

5) Masalah gaji sikit. Aku bukan nak korang demand ,keluar U, gaji wajib kena RM5000, itu kau tak sedar diri! Pengalaman tak da, gaji nak RM5000, kerja tak tau buat plak tu! Hampeh. Korang kena survey, tanya la adik beradik atau kawan-kawan yang dah dapat kerja, Gaji dia orang berapa? Fresh grad DEGREE kat tempat aku dia orang bagi RM1600 – RM2200.( ini bahagian admin, account, tax, audit junior / assistant position) ni kat tempat aku, kalau tempat korang lagi tinggi, ALHAMDULILLAH. Tapi kalau engineer ke, aku tak tahu ye starting gaji! Kalau korang buat kerja bahagian ni, dia bagi korang RM1000 sebulan, sabtu half day, aku rasa korang cari kerja lain! Tak payah tunggu !Korang kena fikir, hutang PTPTN , macam mana nak bayar oiii! Duit mak ayah lagi takkan tak bagi,nak juga rasa duit titik peluh kita.

Terima kasih kerana membaca,harap coretan aku mampu menolong korang yang tengah mencari kerjaya dan dalam dilema nak berhenti kerja. Memang susah nak kerja dalam syarikat swasta ni. Semua tentang performance .Semoga korang tabah. Bila hati happy, kita seronok kerja! Hidup lebih bahagia :). Semoga korang jumpa kerjaya impian. Andai ada permintaan, insyallah nanti aku cerita pula skop tugas cara realiti perkerjaan dalam bidang admin, account, tax, audit . Persediaan yang perlu korang tahu untuk kerja dalam bidang ni.

– NOORA S.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit