Perlu Ke Aku Cuba Kenal Dulu?

Assalamualaikum semua. Aku Mawar, berusia di awal 30an dan status masih bujang.

Hidup aku boleh dikatakan bahagia, ada kerjaya and dikelilingi keluarga yang saling menyayangi.

Walau stress macam mana pun kerja or personal problem susah untuk aku rasa tertekan. Sebab aku jenis yang cepat move on.

Tapi masuk 2024, aku mula rasa tekanan disebabkan keluarga aku keep on asking about marriage. Keluarga cuba kenalkan aku dengan someone.

Mungkin terkejut, sebab tak pernah pernah keluarga suarakan keinginan mereka nak lihat aku berumahtangga.

Sebelum ni family aku tak pernah bising or push aku untuk kawen tapi tak tau kenapa masuk 2024 tiap kali bersua muka itulah topic yang sering dorang usulkan.

Aku bukanlah tak mau berkahwin tapi aku rasa sekarang aku dah selesa dengan hidup aku, ada kerja yang stabil and ada keluarga di samping aku. Bagi aku ini dah cukup.

Antara faktor kenapa aku tak pernah berfikir untuk berumahtangga mungkin rasa fobia pada lelaki yang tak bertanggungjawab buat aku rasa bukanlah suatu perkara penting untuk berkahwin dalam hidup ni.

Untuk pengetahuan aku dibesarkan tanpa seorang ayah, ditinggal tanpa nafkah,

Sepanjang aku membesar aku melihat bagaimana lelaki yang masuk dalam keluarga aku memperlakukan wanita tidak selayaknya.

Mak sedara aku kawen dengan lelaki yang tidak bekerja, begitu juga sepupu aku.

Kemudian lihat sendiri ramai kawan-kawan yang perkahwinan mereka tak sebahagia yang diimpikan.

Jadi pengalaman menyaksikan bagaimana sukarnya hidup mereka buat aku fobia nak terima orang luar.

Lelaki yang cuba dorang cuba kenalkan tu juga punya kerjaya yang baik, beza usia dalam 8 tahun juga masih bujang.

Umur bukanlah sebab aku menolak tapi lebih kepada fobia.

Tapi mak sangat berharap aku segera berkawin, dia selalu cakap, ‘mak teringin nak tengok Mawar kawin sebelum mak tutup mata, sekurangnya ada orang tengokkan Mawar. Temankan Mawar di hari tua.’

Terkenangkan luahan mak aku rasa berdosa. Tapi tulah aku tak nak kawen disebabkan orang lain.

Aku cuma harap mereka faham yang mereka tak perlu risaukan aku. InshaaAllah aku ok dengan life aku sekarang.

Aku dah berterus terang yang aku tak terlalu memikirkan hal perkahwinan sbb aku yakin hidup aku lebih bahagia begini.

Tapi dorang masih tetap menyarankan aku cuba mengenali dengan lelaki tersebut sebelum terus menolak.

Aku perlukan pandangan semua, samada aku terus berkeras dengan keputusan aku, atau aku cuba untuk kenal dengan lelaki tersebut??

Mawar yang dilema,

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Pendapat saya lrbih bsik kahwin kerana itu adslah sunnah.
    Namun solat istikharah dulu sebelum menerima calon suami tu.

  2. Awak doa je tiap2 waktu jika berjodoh, jodohkan dgn lelaki yg soleh dan sekufu. Jgn kenal dan kawin sbb orang lain nak, sbb yg kawin tu kita walaupun mereka tu dr ahli keluarga kita sendiri. Tak semestinya lps kawin si suami jaga isteri dgn baik. Silap2 isteri yg jaga suami. Nanti dah tak bahagia, kita akan salahkan orang yg paksa kita kawin dan yg kenankan kita dgn pasangan..

    Frankly speaking, saya menyesal kawin dgn org biasa2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *