Perlu Ke Aku Pergi Umrah?

Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih kepada IIUM Confession sudi share cerita aku.

Aku berumur 21 tahun dan mengaji di tahun pertama di salah sebuah IPTA di Malaysia. Aku nak minta pendapat orang mengenai problem aku.

Simpanan ASB aku ada 6.4K (bukan loan), Tabung haji 2.5K.

Aku tak pernah terbayang untuk mengerjakan umrah pada usia muda. Sebab yelah, semua tu kan guna duit. Family aku pun bukannya dari orang bangsawan. Terjadinya planning nak ke umrah ni, tahun lepas mak aku cakap, “Ibu ingat nak ke umrah tahun depan (tahun 2020, yang mana tahun ni la).

Aku pun spontan cakap, “Nak ikutttt, savings dah ada 6K”. Mak aku dah cukup duit nak pergi haji, cuma tengah tunggu panggilan. Sementara tunggu, mak berhajat nak ke umrah dulu.

Maka, lepas je dari conversation tu, mak aku pun cari lah travel agency untuk ke umrah. Selepas buat perbandingan, kami memilih satu travel agensi ni. Total RM 6K something. Dan akan pergi pada bulan 5 ni, masa raya nanti. InshaAllah.

Jadi selepas bincang bincang dengan family, yang pergi ke umrah ialah mak, abang dan aku. Ayah aku tak sure lagi. Dan adik adik aku tak ikut.

Abang aku pergi pakai duit sendiri since dia pun sudah bekerja. Mak pergi pakai duit dia sendiri. Ayah pun kalau dia setuju nak pi, dia pun guna duit dia sendiri. Takde sapa sapa sponser/ tolong bayarkan. Kan aku cakap family aku ni bukan dari golongan kaya-kaya.

Jangan suruh aku minta duit dekat mak, ayah, abang aku sebab nak pergi umrah bukan murah. 6K bukan termasuk kita nak beli barang kat sana, nak beli jubah bg dekat sedara, nak beli tamar, buah tin la. Nak jamu ayaq zam zam untuk yang mai melawat kita balik umrah.

Preparation kita nak ke sana pun perlu gunakan duit jugak, nak beli telekung la, stokin lagi, ubat, sunscreen dan lain lain. Depa pun ada jugak nak guna duit.

Jawapan ayah aku senang je, “Ada duit pergi, tak dak duit tak payah.” Sebolehnya memang aku tak mau susahkan depa. Kalau aku nak pergi, aku nak pakai duit aku sendiri.

Persoalannya sekarang, betul ke apa yang aku buat ni? Sebab kalau aku pergi umrah, savings aku totally habis. Cuma yang tinggal dalam Tabung Haji je. Tabung Haji memang aku tak mau usik.

Baru ni pun dah ambil RM400 untuk expenses pengajian aku. Ni lah kali pertama aku withdraw duit dari Tabung Haji. Dan ASB aku tak pernah sentuh lagi dari kecik.

Oh pasal background diri aku, dulu masa diploma aku tak ambik PTPTN. Sekarang degree, juga tak ambil PTPTN sebab aku ada apply biasiswa pemboleh ubah. Doakan aku dekan sem ni, sebab aku tak nak bayar hutang.

Duit dalam ASB tu adalah duit hasil titik peluh aku. Dari kecik mak aku buat akaun Tabung Haji, ASB, SSPN untuk anak anak dia. So tu hasil duit raya, duit aku buat grab, aku berniaga secara kecil-kecilan, dan duit aku kerja part-time.

Family aku bukan jenis, nak duit je mintakkk. Everything kena usaha sendiri. Bagi aku, sakittttt sangat nak dapatkan 6.4K dalam masa 21 tahun. Mungkin pada orang lain senang. Ada yang 18 tahun, ASB dah mencecah 10-15K.

Sejujurnya aku memang nak pergi umrah. Tapi bila aku pikir ke depan, kalau jadi something kat aku atau family macam mana. Waktu emergency perlukan duit ke.

Dan juga bermain di pikiran ku, kalau aku tak grab chance pergi umrah sekarang, nanti aku tak rasa dah nikmat pergi umrah satu family.

Ye lah, family aku pun mana mampu nak pergi umrah dua tiga kali. Kalau ada rezeki pergi buat kali ke-2, alhamdulillah lah.

Boleh tak warga net bagi advice sikit kat aku, betul ke keputusan aku buat ni?

Aku berharap komen yang positif dan membantu. Jangan bagi negatif vibes sbb aku tengah stress dengan final exam. Doakan aku dekan sem ni! Dan terima kasih kepada sesiapa yang response. Semoga Allah merahmati kalian.

Yang benar,

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *