Assalamualaikum semua, ini adalah pertama kali aku meluahkan perasaan aku yang sebenar-benarnya terbuku dalam hati aku.
Aku sudah berkahwin dan merupakan seorang suri rumah. Dah nak hampir 2 tahun usia perkahwinan kami dan aku mempunyai seorang anak.
Aku nak ceritakan mengenai suamiku. Aku dengan suami jarak umur dalam belas belas tahun, aku 20an suamiku 30an.
Aku percaya dengan rezeki Allah, sejak awal perkahwinan kami berkahwin, suamiku tidak ada pekerjaan tetap,
Aku rasa pada mulanya biasa sahaja, sebab aku yakin rezeki Allah tu pasti ada ianya berlarutan sehingga aku melahirkan anak aku ni.
Lama kelamaan dia tiada pekerjaan dan duduk di rumah sahaja.
Dah nak setahun kahwin, masih tiada pekerjaan tetap tak pernah nak nampak dia effort cari kerja macam-macam, hanya cari kerja di online sahaja,
Waktu ni suami solat memang tak pernah tinggal, tapi lama kelamaan solat kelaut dan masih dia tertanya diri sendiri kenapa susah sangat dia dapat kerja.
Aku dah malu nak mintak duit dekat parents aku, takkan la aku dah kahwin tapi masih minta duit untuk bayar sewa rumah itu ini.
Kata suamiku pinjam, tapi sampai bila nak pinjam kalau tak berubah macam ni. Aku dah penat tapi aku sabar lagi.
Aku dah nasihat dia, aku dah talk dari hati ke hati aku pegang tangan dia.. jangan pernah putus asa dengan Allah, dia ia kan sahaja, kadang tak boleh aku nak bincang sikit dia dah naik suara.
Sekarang solat entah kemana, ada interview tapi takde jawapan dari company, banyak interview dah pergi masih sama.
Aku sekarang buntu nak buat apa dengan suami aku ni untuk berubah.
Pernah rasa nak lari sebab suami tak bertanggungjawab dan rasa kalau aku duduk rumah parents mesti nanti suami aku akan berubah,
Tapi aku terdengar ceramah ceramah ustaz ustazah yang sabar isteri ini adalah tiket untuk masuk ke syurga.
Tapi aku dah tak nak hidup dalam keadaan macam ni lagi, aku dah penat.
Dah nak 2 tahun kahwin tiada perubahan. Takkan nak terus pinjam duit parents lagi, sudah sudah la tu.. asyik guna perkataan pinjam pinjam sampai bila2 boleh pinjam..
Ya Allah aku sangat sedih, dah tak tahu nak buat apa.. patutkah aku duduk sahaja dengan family aku, atau terus bersabar lagi? Kenapa nampak aku sorang je yang bersungguh nak dia dapat kerja?
Mertua dengan ipar2, ye mereka sangat membantu aku.. ipar semua kasihankan aku dan sokong je apa aku nak buat kalau boleh sedarkan suami aku. Alhamdulillah mertua dan ipar duai sangat memahami.
Sekarang ni cukup sabarkah aku dengan perangai suami aku ni? Perlu ke aku sabar lagi sampai hujung tahun ni? Hati aku memang nak balik rumah parents.
Dia tak bagi aku balik katanya tak sayang dia kalau tinggal dia. Aku tau hati suami ku ini hati tisu, confirm sedih kalau anak bini tinggal dia.
Mertua aku ada cakap yang suami aku ni takut aku tinggalkan dia. Mungkin dengan cara ni dapat berubahkan suami aku?
Yang benar,
– Julia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit