Perlu Ke Aku Teruskan?

Assalamualaikum semua nama aku Sara berusia awal 30an dan bekerja dalam sektor pendidikan. Disebabkan usia aku dah mencecah 30 jadi aku agak terburu-buru dalam mencari pasangan.

Nak dijadikan cerita aku menerima seseorang yang dalam diam mengaku mencintaiku kerana aku berpegang kepada kata-kata kahwini orang yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai.

Walaupun pada mulanya aku tidak mencintai dia tetapi lama kelamaan aku semakin mencintai dia. Untuk pengetahuan kalian, kami seumur.

Tempoh perkenalan kami amat singkat kemudian dia mengajakku untuk mengikat tali pertunangan dan terus bernikah.

Tarikh perkahwinan kami adalah selepas raya kali ni dan aku sudah mula meraguinya walaupun aku mencintainya.

Tujuan aku menulis di sini adalah untuk mendapatkan pendapat kalian berkenaan situasi yang akan aku nukilkan.

Maafkan aku, aku mungkin kelihatan bijak namun aku dungu dalam percintaan. Ini adalah kali pertama aku menjalinkan hubungan yang serius.

Pertama sekali, aku menerimanya kerana dia kelihatan seperti orang yang kukuh ekonominya kerana dia bekerja sendiri.

Setelah bercinta baru aku tahu bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kerap melepak serta bermain game dengan rakan-rakannya.

Namun dia seorang yang tidak pernah mengabaikan aku. Sentiasa mencari waktu untuk whatsapp mahupun call setiap hari. Walaupun begitu, dia kekurangan sifat empati dan tidak pandai memujuk.

Yang kedua, dia seorang yang sensitif dan mudah merajuk mengalahkan kaum wanita. Namun dia hanya berperangai begitu dengan aku.

Hal ini amatlah merimaskan aku yang sentiasa sibuk dengan kerjaya. Mana ada masa untuk memujuk.

Dia akan merajuk sehingga dia dapat apa yang diinginkan contohnya dia meminta gambar selfie ketika aku bekerja,

Sekiranya aku menolak permintaannya dia akan merajuk sehinggalah aku menghantar gambar kepadanya. Akan tetapi, dia seorang yang kasar dengan rakan-rakannya.

Yang ketiga, dia meminta kami sama-sama kumpul wang untuk hantaran aku.

Aku agak terkilan kerana dia bersetuju untuk memberikan nilai hantaran seperti yang diminta tetapi dia meminta aku mengumpulnya juga dengan alasan aku bekerja dan dia tidak bekerja.

Jika aku tahu dari awal, aku tidak akan pernah menerimanya. Dia juga pernah menyuruhku membayar makanan serta membayar barangan yang kami beli untuk majlis perkahwinan.

Yang keempat, aku menghabiskan hampir RM5k hanya untuk kos pertunangan tanpa sesen pun wang darinya,

Walhal dia yang request majlis pertunangan yang gah untuk impress saudara maranya di kampung. Aku turuti kerana sayang.

Untuk majlis perkahwinan pula hampir semuanya aku yang bayar. Aku yang uruskan. Itu belum masuk dia buat-buat main handphone sewaktu aku shopping. Semuanya aku akan bayar sendiri.

Kadang-kala teringin juga ada orang bayarkan ketika aku shopping. Tetapi hampa yang aku dapat.

Berdasarkan cerita, adakah aku perlu meneruskan perkahwinan dengannya?

Aku risau dengan ekonomi keluarga kami nanti kerana yang aku nampak akulah yang akan menyara semuanya nanti.

Aku risau dia tidak mahu bekerja dan hanya akan mengharapkan wang aku seorang.

Terima kasih atas pandangan kalian. Selamat berpuasa.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *