Perlu ke Barang Hantaran Mahal-mahal?

Assalamualaikum kepada semua pembaca iium confession. Dari tajuk confession ni, memang direct je confession yang aku nak sampaikan. Perlukah barang hantaran mahal-mahal ni? Hal ni dah lama bermain di fikiran ku memadangkan aku sedang membuat persiapan untuk majlis pernikahan ku.

Seperti dah jadi satu kebiasaan kalau cakap pasal hantaran mesti kita beli something yang special kan. Yelah, hadiah perkahwinan kepada pasangan kita kan. Mesti lah nak special yang biasanya kita tak beli semasa hari-hari biasa.

Aku pun begitu, berfikir-fikir apakah barang hantaran yang aku nak beli kepada bakal husband ku semasa majlis pernikahan nanti. Setahun sebelum tu dah siap tulis dah segala possible hadiah yang aku nak bagi. Electronic gadgets, jam branded, kasut branded dari fav brands dia, and so on.

Aku selalu tanya, nak jam apa, nak kasut yang mana satu.. Bila nya nak pergi pilih barang-barang untuk hantaran tu.. tapi dia selalu cakap tak perlu, membazir je.. bila aku tanya apa yang dia nak, dia cakap dia tak nak apa-apa sampai aku rasa geram sebab tak ada progress pun nak beli barang2 untuk dia. Oleh kerana dia terlalu sibuk dengan kerja, dia suruh aku beli apa yang aku nak dan dia akan bayar balik kepada aku.

Aku pun sibuk la buat list nak beli apa and so on. Dia tanya kepada aku “perlu ke nak beli barang2 hantaran ni?” aku pun berkata “of course la perlu.. barang hantaran kot, tak logic kalau tak ada” dia pun suruh beli yang murah-murah sahaja. Tak perlu pening kepala dan tak perlu membazir. Beli buah, makanan.. yang simple je sudah..

Aku memberontak juga lah, kenapa barang hantaran macamtu je. Kan ini hadiah perkahwinan kita. Kita nak bagi presents to each other masa hari bahagia kita kot.. statement dia selepas ni membuatkan aku terkedu..

“nak beli yang mahal-mahal semua tu nak buat apa ye? Nak menunjuk kat orang? Nak bagi hadiah, kita boleh bagi bila-bila selepas kahwin kan” kata bakal husband ku dengan nada tenang.

Aku speechless. Memang tak ada jawapan untuk soalan dia. Sungguh, aku tak pernah pun fikir nak beli barang hantaran untuk menunjuk. Tapi beli yang branded, yang mahal, yang special dah jadi macam satu kemestian. Sesuatu yang normal. Bukan semua orang macam ni. Aku tau tu. Tapi majoriti orang di sekeliling aku dan di majalah-majalah pun menunjukkan begitu. Aku pun jadi terikut-ikut sebab bagi aku, ini lah yang normal..

Bakal husband ku bukanlah seorang yang kedekut. Dia sangat lah generous orang nya. Gaji dia lebih berganda-ganda dari aku, bukan tak mampu untuk beli “barang hantaran yang normal”, tapi dia memang seorang yang tidak boros dan pandai menyimpan. Berbeza dengan aku yang boros dan shopaholic ni. Bahagian tu, dah kira melengkapi dah juga. Alhamdulillah. Lagipun takut jatuh rasa ingin menunjuk dan takbur. Walaupun sebesar zarah, rasa takut kalau perasaan tu wujud hanya disebabkan barang hantaran kami. Tak berbaloi nye lah..

So sekarang ni aku relax je.. dah tak fikir tentang barang hantaran yang mahal, dari overseas la ape lah.. kami bagi hadiah-hadiah special lepas kahwin nanti je lah. Tak perlu tunjuk kat sesiapa. Exclusive untuk kami sahaja.

Doakan majlis kami berjalan lancar ya dan kami bahagia hingga ke syurga. Semoga Allah memberkati dan merahmati perkahwinan kita semua.

– itsme

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit