Lately ni banyak perdebatan mengenai sekatan terhadap peminjam PTPTN. Sini aku just nak share mana yang bermanfaat yang boleh dikongsi dengan orang lain.
1. Semak bayaran bulanan yang dicaj PTPTN.
Aku start kerja selepas 6 bulan menganggur, yang mana aku ada 6 bulan tunggakan bayaran bulanan PTPTN. First job aku gaji RM1300, nak bayar PTPTN ikut cadangan bayaran yang PTPTN sediakan memang aku tak mampu.
So, aku bawa payslip gaji pergi pejabat PTPTN kat KL Sentral minta kurangkan caj bulanan. Alhamdulillah aku dapat kurang dari 200++ cuma bayar separuh je tapi tempoh masa bayaran bertambah. Pada aku takpela as long bulan² aku bayar juga. Sikit² lama² jadi bukit. Bila gaji berubah saban tahun aku tambah jumlah bayaran balik PTPTN aku
2. Account 2.
Setiap tahun aku akan keluarkan duit kat account 2 untuk bayar PTPTN. Biarlah others said rugi pada aku it’s okay. Cepat sikit habis hutang PTPTN. Seronok tengok slip bayaran balik PTPTN ada sejumlah duit masuk selain daripada bayaran bulan².
3. Melancong.
Sedar diri hendak bayar PTPTN pun menangis bucu katil aku takde plan nak melancong ke luar negara. Pergi mana yang mampu macam Thailand or Indonesia – tengok budget juga pergi mana yang murah. Bercuti dalam negara memang ada. Biasanya menabung in advance 5 bulan sebelum melancong.
4. Beli kereta or rumah.
Aku beli kereta selepas 3 tahun bekerja. Kereta jenama Malaysia cukup untuk aku bergerak ke sana ke mari. Nak beli kereta brand Jepun alamat bulan² makan nasi telur dadar laa aku. And aku beli rumah lepas hutang PTPTN aku selesai. Sebab aku congak kali bahagi komitmen bulanan memang aku tak mampu. So settlekan satu persatu.
5. Yakin and berdoa pada Allah.
Aku tidak putus doa minta kat Allah mudahkan aku untuk langsaikan hutang dan berikan rezeki yang tidak dijangka. Berdoa bukan sebulan dua terus dapat. Istiqamah and yakin sampai masa Allah akan bagikan. Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yang tak dijangka. Company aku tutup operation di KL and kami dibayar pampasan. Dengan duit pampasan tu aku settlekan baki PTPTN.
Alhamdulillah, now I’m free with PTPTN. Saat orang lain bercuti ke luar negara dengan duit pampasan aku guna hampir 2/3 untuk bayar PTPTN selepas bagi sebahagian kat parents aku. Jujur memang aku tak merasa langsung duit pampasan tu tapi aku takde rasa terkilan.
Selepas settle hutang PTPTN baru aku mula cari rumah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Aku pegang ayat parent aku ‘kita mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kita’. Pilihan di tangan kita sama ada mencari penyelesaian or mencari alasan.
Mana yang konsisten bayar hutang PTPTN, thumbs up for all of you.
Pada yang masih culas dengan seribu alasan, tepuk dada tanya selera. Seperti mana kita dulu mengharapkan PTPTN untuk survive study di university begitu juga laa duit itu diperlukan oleh adik² yang sedang belajar di university sekarang. Jangan terlalu taksub dengan perkataan percuma. Berfikir secara waras sebelum menerima sesuatu.
– Panda Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit