Assalamualaikum,
Saya di sini ingin berkongsi sesuatu, dan saya harap ramai yang dapat ambil pengajaran dari sudut positif dari sibuk nak komen negatif.
Di sini saya ingin berkongsi tentang pendapat saya mengenai internet. Internet suatu tempat yang hebat, banyak kebaikan tapi banyak juga lah keburukan. Saya ni bukan lah nak buat karangan panjang2 mengenai internet. Cuma nak bagi kesedaran sikit, terutama bagi yang suka kecam2 dan komen nak sakit kan hati orang je.
Kebanyakan laman web mahupun application seperti Facebook, Youtube, Twitter, Instagram, Reddit, etc. Mempunyai bahagian untuk komen atau reply post original. Jujur cakap saya tidak faham individu yang selalu cari point negatif di mana2 post. Saya ni silent reader, so kalau nampak komen yang nampak benar si penulis tu troll level 9000 saya rasa geram, nak komen sangat tapi malas nak cari pasal. Orang kata berlawan kata dengan orang bodoh ni memang tak kan menang.
Argument yang berilmiah memang berbeza dengan argument antara orang2 yang tahu nak menang tapi bagi point takda kena mengena denga point asal. Saya takdalah nak bermaksud orang belajar tinggi2 je layak komen bentuk kritik2 ni, tapi individu tu punya pemikiran yang menentukan cara dia komen. Contohnya, saya ni banyak like page news dari negara barat. Kadang2 page tu share news mengenai Islam, lagi2 musim olimpik ni banyak news mengenai atlet perempuan berhijab. Komen2 di situ masyaAllah, ramainya orang asing yang kutuk2 Islam. Panas je hati baca, nak reply saya pun malas nak cari gaduh, english pun tunggang langgang. Tapi saya perasan, orang yang komen benci islam ni biasanya racist, takda ilmu, tak mengembara, takda kawan islam, tak kaji betul2 islam, etc. Orang macam ni pun saya tak faham, mereka mostly pentingkan freedom tapi tidak setuju dengan perempuan yang berhijab sebab takda freedom buat perempuan tu. Padahal ramai saja perempuan tu yang rela pakai hijab bukan dipaksa, so mana freedom mereka untuk berhijab?
Okay, maaflah masuk topik lain pula. Di Malaysia memang tak dinafikan komen negatif ada di mana2 walaupun post original hanya menyampaikan mesej positif. Contohnya, terjadi pada rakan saya. Dia hanya share gambar dia menerima anugerah dekan di facebook dengan caption “alhamdulillah”. Tetapi ramai rakan2 yang memberi komen negatif seperti berlagak dan sebagainya. Kawan saya tertekan, sampai dia purposely cuba untuk tak dapatkan dekan tahun berikutnya. Tetapi, dia masih mendapat dekan, hebat pula kawan saya ni. Saya tahu mesti ramai yang bace sekarang ni fikir “Siapa suruh share” “Dapatkan lah dekan je lepas tu takyah share dengan orang” “Eleh macam boleh dapat dekan lagi tahun depan” “rilex lah baru komen kat internet dah touching terlebih” . Kalau korang ada berfikir macam tu memang korang lah antara golongan yang selalu cari point negatif. Kawan saya ni memang pandai orangnya, dia dapat dekan memang tak terkejut. Yang dia jadi tertekan apabila orang yang komen online tu mengata dia in real life. Sikit2 cakap “eleh kau pandai boleh lah” “takyah nak tunjuk rajin mentang2 dapat dekan” “dah dekan tu takyah lah nak ingat kau tu baik dari kitorang, entah2 nanti kitorang kerja tinggi dari kau” “dekan tak bermakna sangat, tak menentukan masa depan kau cerah ke gelap”.
Mana lah kawan saya tak sakit hati bila orang cakap macam tu depan dia. Kawan saya ni dah lah perempuan dan dia orang susah, memang dia sentiasa cerita yang dia nak kerja elok2 untuk bantu keluarga dia sebab tu dia rajin berlajar. Saya pelik kenapa mereka nak cari yang negatif, kenapa tidak ucapkan tahniah and berkongsi cara untuk berjaya. Kenapa perlu persoalkan masa depan dia? Kenapa? Cemburu? Atau apa yang mereka kata itu benar? Point yang mereka bagi munkin ada kebenaran, tetapi perlu ke bagitau dengan cara yang kasar? Betul mendapat dekan setiap tahun tak menentukan mereka akan berjaya dari mereka yang tidak mendapt dekan, tapi perlu ke mengutuk mereka yang dapat? Mereka usaha sendiri, tidak pula menyusahkan orang lain. Tu rezeki mereka, janganlah kutuk2. Kawan saya ni murah rezeki,sentiasa bantu keluarga dia dan tidak pentingkan diri. Sekarang dia dah berkeja dengan company hebat gaji pun hebat. Siap dapat bawa parents pergi umrah.
Di page confession ini tidak kurangnya. Saya kadang2 jumpa sahaja komen2 negatif even post tu something yang positif. Yang lagi geramnya orang yang syok komen negatif ni biasanya orang yang menggunakan profil fake, bukan nama sebenarnya. Sebab tu syok je komen jahat2. Orang yang guna profil sebenar pun ada yang syok komen negatif. Saya nak tanyalah, apa yang syok sangat komen negatif2 ni. Dapat apa ye? Achievement unlock ke untuk komen negatif kali ke 100. Suka sangat ke sakitkan hati orang. Dapat kebahagian? Tak pernah berfikir ke before post komen2 negatif ni. Pengalaman saya berdebat di online ni sedikit je, sebab komen yang sekecil je pun buat saya tak senang hati sepanjang hari. Memang saya elakkan diri dari komen di mana2 page.
Sejujurnya tidak salah sekiranya komen itu jenis yang membina walaupun bentuk kritik. Tetapi perlu lah sampaikan dengan cara yang sesuai. Lagipun, komen di internet ni kita tidak dapat tahu nada orang menyampaikan tu bagaimana. Jadi hati2 lah nak komen2 online ni. Orang boleh mengutuk kita depan2, memang sakit hati. Komen online juga, walaupun kamu balas komen dengan stranger.
Tolong lah renungkan isi saya ni. Saya dapat rasakan akan ada komen negatif di post ni, confirm sangat2. Sudah banyak benda2 negatif di dunia ni, cukup lah nak berdengki. Cukuplah.
– Manusia Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit