Assalamualaikum semua pembaca. Aku kenalkan diri aku, Lily. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, 3 tahun.
Tujuan aku menulis ni adalah untuk meminta pandangan, nasihat, tunjuk ajar atau apa2 komen yang membina dan membantu aku.
Aku ringkaskan cerita dan keadaan ya supaya senang pembaca nak faham dan hadam. Kes ini berlaku awal tahun 2022.
Aku baru saja mula bekerja di satu syarikat di bandar Kuala Lumpur. Ketika itu, aku masih dalam tempoh percubaan dan aku di ‘terminate’ pada hari ketujuh. Masalah aku, aku tak ada offer letter atau sebarang hitam putih.
Kronologi :
HARI 1, 2 dan 3 aku bekerja macam biasa. Hari ke 3 aku bekerja ni anak aku mula demam. Hari ke 4, Offday (Ahad). Dan aku mula demam berjangkit dengan anak aku.
Hari 5 aku minta dengan bos untuk bekerja dari rumah oleh kerana kerja aku boleh do anywhere as long ada internet connection.
Boss tak bagi work from home, katanya fasa wfh sudah lama tamat. Jadi kalau aku tak masuk kerja, aku dikira cuti tanpa gaji.
Aku tak ada pilihan, jadi terpaksalah terima. Anak aku sepatutnya hantar ke taska, tapi sebab demam memang taska tak terima anak2 tak sihat.
Ketika itu, anak aku dah mula recover tapi aku pulak mula demam. Tapi masih larat buat kerja. Tak demam teruk pun.
Hari 6, anak aku dah sihat, hantar ke taska. Aku masuk kerja, tapi masih mild fever. Aku ambil paracetamol dan masih boleh bekerja seperti biasa. Masa ni, boss kata kalau demam jangan masuk ofis.
Jadi aku pun angguk saja la. Tapi, balik kerja hari ke-6 ni, aku mula sejuk menggigil. Kepala rasa berat, suhu badan tinggi tapi aku rasa sejuk menggigil. Pakej sekali dengan selsema dan batuk.
Hari 7, aku bagitahu boss yang aku demam tak sihat so aku memang tak boleh masuk kerja. Boss kata okay.
Almost seharian aku memang terbaring saja. Petang sikit suami aku bawa ke klinik untuk checkup. Jumpa doktor apa semua, dapat MC 2 hari.
So aku bgtau office aku MC sampai next day. Atas saranan doktor suruh buat test covid, kami pun pusing- pusing nak beli test kit, tapi malangnya kesemua kedai, farmasi kehabisan stock.
Hari 8, masih demam, batuk dan selsema teruk. Memang aku tidur saja sepanjang hari.
Bila aku terjaga petang tu, dapat 1 whatsapp dari management mengatakan aku telah diterminate serta merta atas alasan “kehadiran dalam tempoh 7 hari sangat tidak memuaskan”. Aku just reply ‘Okay’.
Malam hari tu, kawan office suami aku hantarkan test kit ke rumah. Aku, suami dan anak semua tak sihat, tapi aku la paling teruk. Lepas buat saliva test, result keluar aku positive Covid-19.
Jadi aku maklumkan pada management supaya alert semua staff untuk buat test. Atau mungkin dorang nak sanitize office ke kan. Management reply “Okay”.
Management kata 4 hari yang aku bekerja tu akan dibayar. MC mereka kata tak terima since aku masih dalam probation.
Tapi aku check, aku kata, dalam Akta Buruh 1955, semua pekerja layak dapat MC dan Annual Leave, tak ada disebut staff percubaan tak layak dapat MC dan AL.
Management tak reply mesej aku.
Jadi, para pembaca sekalian, aku nak pendapat, pandangan atau sesiapa yang ada pengalaman macam aku, betul ke syarikat boleh terminate staff probation serta merta macam tu? Lagi pun aku memang sakit.
MC aku tu sebagai bukti yang aku memang tak sihat. Bukan aku saja2 tak masuk kerja.
Lagi 1, kalau aku nak panjangkan kes ni ke jabatan buruh, boleh ke? Oleh kerana aku tiada offer letter apa2 untuk buktikan yang aku pernah bekerja di syarikat tu.
Boleh ke aku fight kes ni? Berbaloi ke untuk aku teruskan report ke jabatan buruh? Atau aku saja rasa aku betul, syarikat salah sebab aku kecewa aku kena terminate?
Bantu aku please.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit