Perlu Ke Selfish?

Assalamualaikum . First of all, terima kasih kepada admin kerana approved post aku. Aku pelajar tahun akhir universiti tempatan di selatan. Ada satu hal yang membuat aku kesal menjadi pelajar degree. Macam inikah corak kehidupan pelajar degree? Perlu ke untuk kita menjadi penting diri sendiri once melangkah masuk dalam kehidupan degree? Tak payah fikirkan orang lain, dalam erti kata lain lantak pilah hangpa. Hangpa dengan kehidupan hgpa, aku dengan kehidupan aku walaupun satu kelas. Pagi2 menuju ke kelas yang sama. Gerak solat subuh pon tidak apatah lagi nak gerak bangun p kelas. Haprak. Walaupon aku dah pesan banyak kali. Yela, kadang kita ni terlajak tidur pasal terlalu penat dengan aktiviti dan assignments. Tidur mati tak hingat.

Tapi2 bila depa bangun lewat, ringan pulak aku p bilik depa kejutkan. Yela, depa tak solat subuh, menjadi kewajipan kamilah yang sedar dan dah bangun ni untuk kejut sama depa tu. Risau nanti ngan aku2 sekali masuk neraka jahanam. Takut weh. Tp depa tak vice versa. Depa bangun tidoq solat semua tapi depa tak kejut aku. Kata depa, takut ganggu aku tido. Kesian, nampak nyenyak sangat. Walaweh. Ni bukan pasal kesian tak kesian. Ni pasal tanggungjawab! Hg tak kesian pulak kalau aku selalu terlajak solat subuh? Sobs. Tanggungjawab tu untuk solat subuh! Wajib weh wajib bukan hal main2.

Satu hal lagi, kadang tu nak bangun pagi nak study dh siap pesan awal2. Kalau sedar, tolong gerakkan bangun sekali. Dia sedar pukul 3 pagi tp dia gerak aku pukul 5 pagi. Katanya dia dah gerak aku. Tapi aku tak menjawab. Dh tak menjawab tu mintak tolonglah goyang2kan badan ni. Kotlah aku tak bernyawa lagi ke apa. Nak marah ponn hmm mujur dia geraklah, sedapkan hati sendiri. Dalam hati, terima kasih gerakkan bangun nak study (dlm nada geram, mata ke atas).

Kalau pasal nota pulak. Hmm kalau terkantoi ternampak barulah offer. Kalau tak kantoi tadi, agak2 kau nak share ke kat aku tadi. Mungkin taklah kot. Bila dah ada offer mestilah kena ada acceptance. Lantak pilah terasa hati ke apa. Letak tepi. Mujurlah nampak tadi. Kalau tak, kau sorang terkapai2 takde nota. Kawan kau pulak, macamlah tak paham. Sejenis tak suka berkongsi. Hmm.

Kalau bab pelajaran, exam. Lagi haru. Masing2 bawak diri. Taknak berkongsi. Markah semua pon sama. Aku bukan nak sibuk sangat dengan hal orang. Aku pon ada life jugak. Tak kisahlah hang dpt tinggi ke rendah. Yang penting, hg usaha dah. Hg tak usaha tapi dpt markah tinggi tu memang pelik. Ada belaan ke? Kihkihkih. Kadang tengok kawan2 bawak hantu nii aku yg tengok rasa nak menyumpah seranah. Apalah nilai sijil kau nanti bila kau langsung tak berusaha sendiri untuk dapatkan sijil yang sah. Sijil kau tu nanti tak sah. Sekarang dekat u aku ni tengah musim konvo. Bila tengok student graduates berjalan dengan family, lantas cepat je berfikir psl kawan aku ni. Kalaulah parents kau tahu kau bawak hantu masuk test. Tak sedih ke depa. Dh lah bawak masuk hantu, masa grades nanti kau requested sejambak bunga yang paling mahal, belon helium sepah berterbangan, dengan ucapan congratulation. Congratulation utk apa? Congratulation untuk hantu hangla. Tanpa dia, hg tak berjaya. Pffftt.

Aku memang pelik. Seribu kali pelik. Kadang fikir, rezeki akulah kot dapat kawan2 macam ni. Dia nak ‘semua’ ni sorang2. Tak fikir orang langsung. Kita masuk sini punya tujuan yang sama. Why not nanti kita keluar, kita berjaya sama2. Banyak benda sebenarnya aku nak share pasal kekesalan aku.Tapi takpelah, aku cerita setakat ni saja. Aku stress. Mungkin sebab aku pernah merasai kemanisan membantu satu sama lain ketika belajar diploma. Apalah sangat kalau kita saling bantu membantu satu sama lain. Malah, makin bertambah ilmu kita. Makin banyak pahala yg diperoleh. Takpelah, keperitan dan dugaan aku mampir ke penghujungnya. Doakan aku kuat. Tak sabar rasanya nak habiskan episode duka zaman belajar degree aku ni. Rezeki aku mungkin kali ni. Nasib tak selalunya menyebelahi kita. Sedapkan hati sendiri lagi. Aku mintak maaflah kalau tulisan aku ni macam bersepah. Aku tengah tak sedap hati. Banyak yg tersimpan. Dr marah orang, lebih baik aku taip kasar2 laju2. Kalau rosak pon keyboard aku. Rosak keyboard, brg sendiri takpe boleh ganti. Marah orang, terasa hati sapa nak jawab. Bye, Assalamualaikum.

– Girl on fire

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit