Perlu Luah Dan Pendapat

Aku Bushra, seorang introvert, berkahwin dan baru melahirkan seorang anak.

Tak sampai 4 bulan anak aku lahir, suami cakap aku kena kuruskan badan sebab badan aku dah naik. Mind you aku lahirkan through c-sec sebab baby songsang.

Sebelum kahwin, aku skinny dan underweight. Lepas melahirkan, aku belum dapat berat yang aku nak dan yes, BMI aku dah normal.

Aku perasan kat bahagian perut memang akan take time untuk turun tapi aku redha. Aku pernah cakap kat suami waktu pregnant yang badan takkan sama macam sebelum mengandung.

Masa aku coretkan tulisan ni, aku agak terasa sebab aku bukan naik sebab tak jaga makan tapi sebab aku lahirkan anak kami. Yang susah nak turun tu perut. Bukan tempat lain macam pinggul ke apa.

Dia suruh aku kurus macam tak jaga hati aku. Kalau badan aku naik lagi in future, adakah itu yang dia nilaikan diri aku kat mata dia?

Saat ni aku tengah fikir untuk berpisah atas sebab di bawah:

1. Aku ada kerjaya yang stabil. Dah ada aset dan kereta. Aku boleh drive. Aku percaya aku boleh tanggung diri sendiri.

2. Conversation with ex,

Ini benda yang aku rasa contribute untuk dia berani bawa topik ni. Aku pernah terbaca conversation dia dengan ex dia pasal berat badan. Yang member sana tu pun melayan bercerita tanpa segan silu dekat laki orang.

Time aku buka chat ni aku terbakar. Dan ya pernah tertangkap juga dia chat perempuan dalam Telegram.

Cukup sampai sini je aku cerita pasal ni. Aku terfikir juga benda ni akan berulang berdasarkan pembacaan dan pengalaman orang sekeliling.

Kalau ada yang tanya kenapa kahwin dengan dia? Sebab aku tahu benda ni lepas aku kahwin.

3. Financially apa yang dia bagi kat aku tak cukup pun dan aku pernah bincang hal ni.

Tapi sebab aku fikir dalam perkahwinan kena ada tolak ansur, aku tak kisah untuk share. Sama-sama bekerja, berusana dan berpenat demi keluarga.

4. Different love language,

Boleh kata kerap juga aku argue isu different love language dan emotional needs dengan dia.

Aku takda masalah nak masak sebab memang tu cara aku release tension lepas kerja. Tapi aku tak dapat apa yang aku nak, takda kata kata sayang (even panggilan sayang), short notes or small celebrations.

Love language dia through action yang dia akan kemas rumah, kemas dapur lepas aku masak dan basuh baju. Tu pada aku basic.

Aku mengharapkan pelukan dan kata kata sayang tanpa perlu diminta. Susah sangat ke permintaan aku..

5. Tak ngam dengan side family aku,

Jarang menantu lelaki tak ngam dengan mertua kan. Tapi kes aku lain. Dia tak boleh masuk dengan family aku.

Aku tak deny yang mak aku agak bold tapi tu bukan tiket untuk dia tak mencuba untuk rapat. Aku argue yang aku boleh je masuk dengan family dia tapi kenapa dia tak cuba masuk dalam family aku.

Aku rasa di umur baru 30-an ni, better stop sekarang dari aku suffer in future. Dia berhak dapat perempuan skinny yang dia nak dan aku nak emosi aku dijaga.

Lastly, aku mengharapkan kata kata semangat, dorongan atau nasihat daripada pembaca sekalian sebab tengah serabut dan perlu tempat untuk meluah.

Aku trigger betul bila dia mention benda ni apatah lagi aku masih dalam proses healing and adapting dengan life after ada anak.

Thank you for reading.

– Bushra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Minta maaf, tapi klaw lelaki dah mula ‘mempertikaikan’ fizikal isterinya, itu hanya satu ‘alasan’ utk dia cari isu.. klaw sbelom ni awk ‘skinny’ n underweight, dia x kisah pon, & skrg BMI dah okay, knp dia nk pertikai pulak.. lgi pon seorang suami tu patut lebih prefer dlaman (maksudnya hati awk), lbh dari fizikal, krn yg itu lbh utama..

    Tp, awk terlalu ‘baru’ dlm perkahwinan.. klaw pon awk berpisah dgn suami, yg kesiannya ank awk yg baru nk tengok dunia tu.., silap2 nt dia x kenal pon ayahnya, apalagi kasih sayang seorang ayah, fikirkan lah..

    Sebagai org yg dah ‘dewasa’, eloklah awk berbincang secara ‘telus’ dgn husband awk tu; tanya dia, apa sebenarnya yg dia mahukan dari perkahwinan ini, klaw dia benar2 jujur n sayang family kecil dia, knp perlu contact dgn ex dia, or perempuan lain.. n apa usaha dia utk berbaik dgn mak n kluarga awk.., n apa pulak perancangan dia utk masa hadapan..? Klaw dia mmg bercadang nk berbaik semula dgn ex dia, or even perempuan lain, then dia kna ‘putus’kan, siapa yg dia mahu sebenar2nya, buat kputusan, n jgn ‘siksa’ hati org lain, tu jer.. klaw nk berpisah or bercerai pon, tanggungjawb kpd ank tu masih ada, so jgn abaikan n dia berhak utk berjumpa dgn ank tu, walau pon x dduk sekali..

    Lastly, hidup tanpa suami dan berkerjaya ni, mmg agak mencabar.., awk kna ‘prepare’ fizikal, minda, financial n spiritual.. n bla ank tu dah besar, kna explain kat dia tentang ayah kandung dia, walau pon awk dah ada suami baru nt..

    Anyway, semoga awk tabah utk menghadapi hari2 muka bersama ank n kluarga (tak kira la yg sedia ada or yg baru).. fikirkan juga kebajikan ank awk tu.. bole bayangkan tak, knp org2 dlu bole bertahan dgn perkahwinan sehingga dia atau pasangan (or kedua2nya) mninggal dunia.. dugaan tetap ada, tp mereka tetap pertahankan sedaya mngkin.. klaw bole, bg mreka, kawen itu hanya sekali, dan pasangan mreka pon tiada gantinya, w/pon dah mninggal dunia lbh awal.. itulah bezanya org2 dlu n skrg.. wallahu a’lam bissawab..

  2. Mcm tu la rumah tangga.Takkan ada yg sempurna ikut spec kita nak..

    Kena sama2 grow up utk bertahan. Bukan sehari kahwin dah jangka semua2 benda membahagiakan berlaku dear…

    Kdg org yg kahwin atas dasar cinta duk panggil syg syg darling manja pun lps kahwin berubah 360° …susah nak jangka..

    Cuma jgn fikir singkat.melainkan suami tu dah berzinah dgn wanita lain & tertangkap.Itu ya patut tingga sebab dia khianat.

    Kita takleh control aktiviti lelaki ni..dia bebas mesej dgn siapa je.Kebtulan awk tgh tak stabil emosi lps beranak jd cpt sensitif…bila tgk chat suami dgn wanita lain cpt la marah.

    Lelaki tu mmg fitrah dia mencari2 wanita sbg comfort zone.Lg2 wanita yg blh sokong dan support apa jua cerita dia..sama juga dgn wanita yg bersuami..g chat dgn kwn lelaki lain utk raih support dan empati.Bkn niat nak curang pun tp sekadar cari comfort zone.Konon ingin difahami dan cari validation.

    Kesian anak baru lahir..jgn di ikut amarah tu dear…suami mgkn nak awk kurus mcm dulu baru dia yakin diri dgn isterinya.Anggap kata2 dia tu benda positif.Lagipun kurus kan lebih sihat dan cantik.Ckp dgn suami takpe nanti i usaha utk cantikkan diri…u kurus pun nanti u sendiri yg happy dan berkeyakinan kan…
    Buat senaman ke..pantang..diet sihat..

    Skrg ni terima je body u yg dah gemuk sebab melahirkan ..tkpe.slow2 jaga badan balik..jgn anggap kata suami tu suatu yg negatif ..

    Bab dia tak rapat dgn mertua tu..semua berbalik kpd sikap.Maybe ada certain perangai kelakuan mak awk yg buat dia sentap dan rasa nak keep a distance..kena kaji balik..jgn cpt judge suami itu dan ini.

    Mmg ada stgh org dia x suka bermuka2..kalau dah x selesa dan suka. Dia pilih utk jarakkan diri je…

    Semoga awk berfikir dgn matang dan kritis ya..jgn ikut emosi marah tu.Istigfar banyak2 mohon ampun kpd Allah dan banyakkan zikir..ibadah.moga hati tenang dan jauh dari bisikan syaitan yg nak meruntuhkan perkahwinan…

    Be strong be positive be gorgeous sayang!!! Hugsss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *