Hi semua. Saya ada satu persoalan yang menghantui fikiran saya.
Saya pernah melakukan hubungan sulit dengan suami orang, saya namakan dia Ego. Ego mendekati saya dan nyatakan hasrat Ego untuk jadikan saya isteri keduanya. Ego yakinkan saya dia sudah dapat kebenaran isteri iaitu Murni (bukan nama sebenar). Saya percaya Ego.
Pada awalnya hubungan kami tidak melibatkan sentuhan haram. Lepas Ego dapat tahu tentang kisah silam saya, Ego ajak saya melakukan hubungan seks. Saya pun tidak menolak dan sejak tu kami terus melakukan tanpa pengetahuan Murni.
Sejak itu juga saya dapat tahu yang Ego sudah pernah berzina sebelum ini iaitu sebelum kahwin dan selepas kahwin. Jadi kami berdua sudah pernah ada multiple partners.
Long story cut short, aku dan Ego break up. Kami masih berhubung dan aku berjaya pujuk Ego untuk kami berdua buat STD screening test. Dari test tu, kami berdua ada chlamydia, hpv dan herpes type 1. Hpv yang kami ada bukanlah dari jenis yang boleh menjadi cancer (menurut doktor).
Aku dan Ego diberi ubat antibiotik untuk chlamydia tapi tiada ubat untuk hpv dan herpes. Yang dua ni memang tiada rawatan, akan kekal dalam tumbuh dan ada possibility akan hilang sendiri jika badan boleh bunuh. Ini juga menurut doktor.
Persoalan aku sekarang ialah bagaimana dengan Murni. Aku ada beritahu doktor tentang Murni dan doktor cakap Murni jugak ada apa yang kami ada dan Murni perlu ambim ubat untuk chlamydia.
Ego sehingga kini masih tidak memberitahu Murni. Saya tau saya tak layak untuk katakan ini tapi bagi saya Murni layak tahu dan dapatkan rawatan segera sebelum penyakit tu memberi kesan buruk. Atau adakah tidak mengapa untuk biarkan?
Sudah banyak kali aku cuba yakinkan Ego untuk berikan rawatan kepada Murni tapi of course la Ego sebolehnya tidak mahu Murni tahu punca penyakit tu.
Saya ada menyimpan laporan keputusan test tu. Adakah perlu saya serahkan kepada Murni? Adakah saya perlu berjumpa Murni? Saya ada menyimpan nombor telefon Murni dan saya tahu Murni bekerja di mana.
Jadi saya cuma nak mintak pendapat netizen, biar saja atau perlu cari jalan supaya Murni tahu.
Saya terfikir nak beli ubat dari doktor yang sama saya berjumpa dan kemudian tulis surat lalu diserahkan ubat, surat dan laporan tu kepada Murni. Entahlah..
Saya minta maaf kerana telah salah pilih laluan hidup dan menimbulkan rasa mual pembaca yang membaca dan terima kasih kerana membaca dan beri respon.
Saya menyesal dengan dosa yang saya lakukan dan kini terpaksa menanggung penyakit kelamin yang kekal dalam badan dan boleh berjangkit kepada bayi jika saya mengandung. Sungguh bodoh dan merugikan.
Saya minta maaf lagi sekali kerana anda perlu baca kisah yang jijik ni tapi bantu beri nasihat berkenaan Murni.
Terima kasih..
– Buih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum buih. Alhamdulillah buih dah nak berubah, sebaiknya bertaubat dengan Allah. Keputusan memberitahu ujian tersebut atas buih ada pro dan kon.
Atas awaklah berfikir..
Saya bagi contoh, Murni boleh ada simptom seperti lelehan faraj ataupun kencing sakit. Sekiranya Murni mendapatkan rawatan, mungkin antibiotik tak sesuai dengan kuman chlamydia, jadi doktor akan proceed kepada test yg lain. Jadi kuman tersebut akan terdetect jugak.
Dan sekiranya Murni mengandung dan ada kuman chlamydia aktif, bayi yang tak bersalah tersebut boleh mendapat jangkitan melalui ibunya dan boleh ada komplikasi kepada kandungan. Selain itu, herpes semasa mengandung amat berbahaya kepada bayi yang dikandung seterusnya menyebabkan kecatatan bayi.
Kesian Murni dan baby yang tak bersalah tu disebabkan Ego.
Untuk penyakit berjangkit seksual, seharusnya perlu beritahu ye pasangan tersebut. Untuk dapatkan rawatan yang berkesan. Dan Ego, dia terlepas macam tu je. At least awak dah selamatkan Murni dari Ego.
Aku tak nak judge ko apa2 lagipun lepas kena penyakit ni ko trs insaf kan..dan Ego pula bkn nak khwin pun dgn ko..sekadar puaskan hawa nafsu yg sesaat
Takda faedahnya pun hubungan seks terlarang ni..nikmat sesaat tp skrg ko dah kena penyakit…asbab keinsafan
Beritahulah murni trs terang je pedulikan ego tu…kesian kan sesama wanita…takut juga murni ni dh kena lbh teruk ke sebab ego banyak main betina
bagitahu lah murni weh. sekurang-kurang nya dia boleh dapatkan rawatan awal. diaorang ada anak tak? fikirlah apa yang akan jadi dkt anak-anak tu kalau mak dia sakit. kesian wehh!! kesian murni menjadi mangsa kebodohan orang lain. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Kau pun dah insaf, kasi tahu je murni terus terang. kalau segan, ok juga buat surat minta murni jumpa dr untuk check sakit tu. Kalau tak segan and rasa nk selamatkan Murni dan rangkaian anaknya, pls kasi tahu je murni. kesian lah dia dan anak yang tak berdosa tu. Biarkan Ego tu..
Makin bersyukur aku andartu bila baca confession ni sekali confession anak yg xsuka dengar mak buruk2kan ayah tu. Alhamdulillah tuhan pelihara.. akhir zaman ni lelaki bukan pelindung, tp pemusnah.
As fellow women, bgtau la murni. Please bgtau murni. Dia mangsa jantan jalang. Mungkin hantar msg or email anonymous ke murni dan attach the evidence. Atau bg delivery terus ke pej dia kalau xmau bersemuka.
Pd pendapat saya, biar Ego shj yg bgitau wife dia, utk mngelakkan salah fhm antara mereka suami isteri atau dgn awk.. sbb awk x kenal betul dgn wife dia, seorang isteri yg dpt info husband dia ‘curang’ dari org lain, ndak2 dgn ‘skandal’ laki dia, mngkin dia akn jd ‘emo’ atau mngamuk or even nk ‘balas dendam’.. mngkin husband dia tahu msa n cara yg sesuai utk dia bgitau.. lg satu, awk kta doctor tu pon tahu yg wife dia ada penyakit itu.., mcmne doc tau, klaw dia x periksa pesakit tu (wife ego).., so mngkin doktor tu bole mnghubungi isteri ego, sbg t/jwb utk bgitau husband dia ada penyakit tu, dan supaya x mrebak kpd ank dlm kandungan (klaw dia mngandung ke nt).., tanpa melibatkan nma awk secara langsung.. mngkin juga husband dia dpt dari wanita yg lain juga.. itulah hikmahnya Allah mngharamkan ‘zina’ (na’uzubillahi min zalik).. saya pernah mendengar ceramah ‘hukuman hudud secara saintifik’; di mana hukuman sebat (100x) kpd penzina yg belom berkahwin bole mnyembuh atau mengelakkan dari penyakit kelamin, ini terjadi bila ada hormon atau spt ‘antibiotik’ yg kluar dari darah akibat sebatan itu, mnakala tiada ubat bg org yg sudah berkahwin, sbb tu mreka sepatutnya mati (hukuman rejam sampai mati).. dan tidak akn mnyebarkannya kpd org lain.. wallahu a’lam bissawab