Perlu Takut Atau Tidak?

Assalamualaikum kepada para pembaca IIUMC , nama saya Minah , tujuan saya menghantar confession ini adalah untuk menceritakan kejadian-kejadian menakutkan yang pernah saya lalui sekaligus untuk meminta pendapat para pembaca.

Sejak dari kecil, saya selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi , jatuh dalam laut lah , dan kadang-kadang jenis mimpi yang ke masa depan, maksud saya mimpi yang jenis kita akan betul-betul lalui dalam tempoh masa yang tertentu dan kalau terjadi tu memang berdebar sangat-sangat sebab even saya dah mimpi ia cuma seimbas lalu jadi macam “apa ni, nak buat apa, rasa macam dah lalui”. Selain daripada mimpi-mimpi ini saya juga ada bermimpi pasal hantu , biasalah kan sebab saya jenis yang minat horror even saya seorang yang penakut. Lepastu masa saya mimpi pasal hantu ni pada hujung mimpi tu saya selalu bangun lepas saya lawan hantu tu , bukan lawan melalui fizikal, saya cuma baca Alfatihah, ayat kursi dan Alhamdulillah saya bangun tapi rasa agak terkejut dan rasa macam real kadang-kadang sampai berpeluh. Itu pasal mimpi.

Pasal kejadian seramnya, ada banyak jadi saya akan ceritakan mengikut turutan, kejadian yang berlaku ini kebanyakannya terjadi di asrama saya dulu.

Kejadian pertama, tahun pertama, bertempat di asrama. Seperti biasa , ketika mula-mula memasuki asrama pasti akan ada senior/junior yang gedik menceritakan/bertanyakan mengenai kejadian-kejadian seram di asrama tersebut dan saya bukanlah salah seorang dari mereka. Jadi adalah yang cakap dorm ni macam ni , dorm tu macam tu, dan dorm saya dikatakan ada ‘Cikcong’. Masa tu saya tak tahu lagilah sebab tak kisah dan tak ada orang cerita lagi kat saya, saya masuk asrama pada hari isnin dan biasanya pada hari khamis ada bacaan yaasin di surau .

Masa bacaan yaasin dijalankan, tiba-tiba je ada budak histeria, mula-mula tu seorang je, lepas tu ramai pulak adalah dalam dua-tiga orang. Masa tu punya lah semua cuak especially yang baru masuk sampai warden semua suruh kami berkumpul dekat bilik prep. Masa tu sambung lagi baca yaasin dan yang histeria tu dirawat oleh ustaz disitu dan macam selalu pasti akan ada senior berkata pasal junior lah ni, masa kita dulu mana ada dan ada juga yang cakap tu ‘diorang’ punya tanda ‘selamat datang’.

Bila keadaan reda kami semua diarahkan untuk naik ke dorm dan malam tu sebenarnya adalah seorang budak dorm saya, dia ‘kena’ jugak jadi kalau nak tidur tu senior pesan jangan bagi tidur hujung, dia kena tidur tengah. Masalahnya siapa yang tidur hujung cuba cakap, last-last saya dan seorang lagi kawan saya tidur hujung kiri-kanan. Alhamdulillah malam tu kawan saya takde jadi apa-apa.

Kejadian kedua, masih tahun pertama, di asrama.

Seperti yang saya maklumkan, dorm saya dikatakan dihuni oleh ‘cikcong’ dan diorang suka sangat goncang katil orang. masa ni dah minggu kedua duduk jadi adalah kawan sedouble-decker , saya katil bawah dia katil atas, dia tanya ‘minah kau takde rasa orang goncang katil kita ke semalam,ada pusing-pusing badan tak’ saya pun jawab ‘takde,entah lah tak sedar, kan tidur’. kawan saya cakap dia rasa dan bukan sorang je rasa yang kawan-kawan lain pun ada yang rasa either diorang katil atas/bawah salah seorang daripada diorang ada rasa.

Esokan malam tu terus tidur katil rapat-rapat. Masalahnya even katil dah rapat still rasa lagi kena goncang makin kuat ada , jadi kami pun sepakat jarakkan balik tambah-tambah orang bawah buat aduan tak rasa kipas. Masa ni lah pulak saya kena, masa tu dalam pukul dua , saya tak tidur lagi, saya pun tak ingat saya buat apa, tapi bila saya nak tidur , dah nak pejam mata dah ni, Ya Allah dia pergi duduk sebelah saya, masa saya tidur tu saya tidur mengiring jadi dia duduk tu duduk belakang , siap rasa lagi tilam tu macam ada orang duduk , yang saya bersyukurnya dia tak tunjuk rupa dia , yang masalahnya kenapa dia kacau saya.

Saya ni dah takde option lain , masa tu ketar lah sebab saya berpaling tu takde orang, adoi terus call mak, call mak adalah dalam 40minit camtu baru tidur, saya siap warning , ‘ma jangan tutup telefon,nak tidur boleh tapi jangan tutup telefon’ dan paginya baru saya tahu paling lama call pun 2 jam sahaja untuk satu panggilan, nasib baiklah ada topup , kalau takde terketor sorang-sorang lah jawabnya. Mesti tanya kenapa tak kejut kawan, pertama diorang akan panic bersama saya, yang kedua nak tunggu diorang bangun tu berapa lama daaa , jenis tidur mampus gitu.

Kejadian ketiga telah menyebabkan saya menjadi PTSD (Past Traumatic Stress Disorder). Bukan genre seram. waktu kejadian – malam, tempat kejadian – serba salah nak bagitahu.

Macam ni lah sebenarnya kejadian ini adalah kejadian pecah masuk, sebenarnya saya dah tidur tapi saya tersedar dalam pukul 4 pagi, masa saya tersedar tu saya terdetik ‘ Ya Allah janganlah bagi pencuri masuk’ (punca saya terdetik sebegini adalah disebabkan sudah terjadi dalam dua hingga tiga kali sebelum ini) dan masa saya bangun tu saya perhati pintu biliknya terbuka walhal tiap-tiap malam selalunya tertutup tapi malam tu Ya Allah seluas-luasnya pintu itu terbuka.

Okey , cool lagi masa tu, lepas tu tengok pulak almari terbuka, sebenarnya depan almari tu ada orang pendek dia kira-kira 150cm tinggi 2cm dari saya mungkin, masa tu tak sedar lagi saya ingat kawan saya yang buka almari tu lepas tu dia keluar, masa dia keluar saya check kawan-kawan saya cukup ke tidak, Ya Allah masa tu saya kira cukup pulak, berdebar bukan main tahu takkkkk. Tertanya-tanya siapa, siapa, siapa, then dia masuk balik saya cuba tengok dia , masa tu saya dah kuis-kuis dah kawan saya , ‘bangun ani,bangun ani,pencuri’ then masa saya tengok dia balik, kebetulan dia pun berpaling arah saya orang kata terus nampak mata ke mata “Ya Allah masa tu saya jerit bangun ani pencuriiiiii siap menangis apa semua , yang masalahnya diorang ingat saya histeria tapi diorang bangunlah then turun ramai-ramai gi ketuk bilik penjaga. cakap apa semualah . dah lah hari tu sekolah macam warghhhhh kenapaaaa. Report/check apa semua ada barang hilang.

Okey, tahun seterusnya, masa ni dah pindah tempat, saya pun tak tahu lah dia berkenan sangat rasanya dengan saya , and once again dia masuk bilik saya dengan pintu seluas-luas alam tu. Okey cakap pasal pintu, pintu tu sebenarnya tak boleh nak lock dari dalam atau luar. jadi hari kejadian tu pagi-pagi lagi saya terdetik nak sellotape pintu tu, saya pun sellotape lah kan then malam tu kitorang keluar, lewat juga balik dalam pukul 12, melebihi waktu curfew, kitorang tidur je lah kan , masa benda ni berlaku memang tak sedar apa pun. Pagi-pagi tu sedar nak check telefon, tapi telefon dekat kawan , ambil gambar kan, bluetooth dulu, takde share it lagi masa ni, tanya dia mana telefon, ‘adalah minah atas tilam tu’ cari . TAKDE, adoiii , call penjaga, cakap ada pecah masuk pulak . report. habis situ je ke ?

Tak, ada lagi, adalah dalam dua tiga kali jugak lepas tu , asyik pecah masuk je. Okey pecah masuk tu dah satu masalah, yang masalahnye saya lah yang selalu bangun masa dia masuk, nampak kelibat apa semua , Ya Allah dugaan betul duduk jauh dengan mak ni. Awak semua mesti ingat masuk ikut pintu lagi kan ? Tak , dia masuk ikut tingkap pulak, tingkap jenis takde palang pastu lompong takde cermin .Macam mana dia masuk ? Dia masuk melalui laluan depan bilik, dekat belakang bangunan ni ada tempat yang kalau nak duduk situ pun boleh tambah pulak bilik tu dekat tingkat satu je, kalau jatuh patah je lah, lepas tu toilet pulak lompong tingkapnya, lepas dua tiga kali kejadian baru baiki. Ishh geram, mohon tahap keselamatan bangunan diperiksa sebelum dibenarkan untuk dihuni, kalau tak susah lah jadi camni, yang duduk situ semua perempuan, pulak, adoii. nasib baik lah lepas aku pindah keluar dah takde jadi ape, Alhamdulillah.

Mesti tertanya-tanya, kenapa sampai PTSD, sebab sampai sekarang saya rasa lagi, saya masih rasa takut even dekat mana-mana especially bila berseorangan, bila ingat je menangis, tak banyak , setitik dua titik air mata tu wajib, kadang-kadang mengalir macam paip dan perlulah anda semua tahu saya malam-malam tidur tak pernah rasa tenang, boleh tidur , tapi saya lebih berjaga-jaga disebabkan kejadian seperti ini , even dekat rumah saya duduk pun saya selalu memikirkan yang rumah ni boleh dimasuki bila-bila sahaja , sedangkan bumbung rumah saya pun saya suruh ayah saya check takut ada orang duduk situ, sebab itulah yang pernah si pencuri tu buat. Mesti ada yang rasa lucukan, tak bagi saya , ya saya ada kawan-kawan, especially keluarga bagi semangat tapi saya nak juga rasa kuat dari sendiri.

Lagi satu, yang ironinya kan , setiap kali si pencuri tu masuk, bangunan akan senyap awal, semua akan tidur awal, dan kalau senyap tu dah boleh syak either ada orang yang nak masuk atau “benda” nak kacau.

Kejadian keempat, terakhir, tahun kedua, di asrama. lepas maghrib.

Saya duduk bangunan yang sama dengan junior . Jadi setiap dorm junior akan ada senior yang jaga. Saya jaga L5 tapi yang terjadi di L6, seorang budak L6 ni sebenarnya jenis budak yang lemah dan mudah dimasuki benda halus, jadi malam tu dia pun ‘kena’ , lepas kena tu bawa jumpa lah budak yang pandai tengok kan ,lepas tu, budak L6 pun dah macam okey , so we didn’t expect anything lah kan, kawan saya yang jaga L6 ni bawa lah masuk dorm kitorang, lepas tu suruh SAYA pulak jaga, tapi masa tu rileks je lah kan sebab budak tu pun macam ok je. Masa saya jaga tu saya jaga sorang-sorang.

Tiba-tiba, budak tu ajak, “kak minah , siti nak tukar baju” masa dia dtg dorm tu bajunya baju kurung, jadi dia nak tukar ke pakaian yang lebih selesa lah kan. Masa nak pergi tukar baju, minah adalah sorang adik ni, ifa, ifa tegur “nak pergi mana ?” cakap lah “nak teman siti tukar baju”, okey “ifa nak ikut” maka kami bertiga pergi lah dorm L6, masuk dorm , siti pergilah locker dia, tapi yang peliknya dia tak nak tukar dekat dorm dia nak juga pergi toilet , saya ngan ifa mengikut je lah. masa pergi dorm saya balik, dia okey je lah , tidur apa semua sampai esokannya.

Pagi tu sebelum pergi sekolah jumpa ifa kat kafeteria , “kak minah tahu tak semalam masa ifa tanya kak minah, ifa ingat kak minah sorang-sorang tau” and I was like ‘haih mampuihh’ “takdelah kak minah, bukan sorang-sorang juga tapi ada lembaga hitam tapi takde lah nampak siti, masa gi dekat tu pun ifa rasa tu bukan siti”, saya ni dalam hati ‘jadinya semalam yang kitorang tidur sekali tu siapa,kata bilik dah berpagar,apaa nii’. tapi yang saya dengarlah , kalau kita yang bawa masuk automatik, pagar tu takde, betul ke ? dan ifa cakap malam tu kawan-kawan dorm siti memang dah syak yang tu bukan siti malah malam tu juga ada budak dorm saya yang rasa kena tarik kaki tapi, tapi kenapa lah diorang tak bagi tahu saya langsung.

Okey , sampai sini je cerita saya, bagi saya kejadian-kejadian ni lah yang palinggg saya ingat. Saya bukanlah penakut sangat, kadang-kadang cuba untuk jadi berani walaupun tak berapa nak jadi. haha. Sekian.

Minah .

– Minah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit