Perlu Terus Terang Atau Tak?

Assalamualaikum semua. Saya merupakan seorang gadis yang telah dilamar oleh seorang lelaki untuk dijadikan suami. Lelaki ni saya gelarkan sebagai D.

D ini merupakan kawan baik saya sendiri. Saya dah lama suka pada dia.

Oh ya dia seorang duda dan mempunyai beberapa orang anak.. Dia bercerai dengan isterinya dan semua anaknya tinggal bersama D.

Semasa saya kenal dengan D, mereka telah pun bercerai so saya bukanlah menyondol atau penyebab rumah tangga mereka bergolak.

Cuma semasa awal saya berkenalan dengan D, D sudah mempunyai teman wanita baru.

Setiap masa saya mendoakan semoga D bahagia sebab selalu orang mengatakan, mencintai yang paling baik adalah mendoakan semoga orang yang kita sayang tu bahagia.

1 tahun kemudian, D putus dngn teman wanitanya dan D mula beralih kepada saya. Dan akhirnya D mula menyatakan hasrat untuk mengambil saya sebagai isteri.

Saya sangat gembira sebab orang yang selama ni kita suka akhirnya pun sama suka pada kita juga. Saya akhirnya bersetuju.

Namun setelah kami mula merancang untuk berkahwin, tetapi hati saya mula merasa gelisah. Seperti ada sembilu dalam hati yang saya tak tahu macamana nak buang.

Saya pun pening dengan hati saya. Dulu kemain kau nak dia tapi bila dah dapat tiba2 saya gelisah.

Mungkin punca saya gelisah adalah kerana anak sulong D dengan bekas isterinya adalah anak tak sah taraf.

Mereka terlanjur dan lambat menikah jadi anak tu tak boleh dibinkan dengan nama D. Perkara ni saya dah lama tahu. Sebelum D ajak saya kawin lagi.

Bagi saya benda tu dah lama dah berbelas tahun berlaku. Lagipun saya percaya D dah insaf dan bertaubat dengan kesilapan lalu.

Saya tak ada masalah pun tentang perkara ini. Sebab D sangat hormat saya tak de nak sentuh atau buat perkara yang tidak sepatutnya kepada seorang gadis sunti.

Tapi kegelisahan ini saya takut family saya tahu tentang status anak ini. Ibu saya dah kenal D dan ibu tak ada masalah untuk terima sebagai menantu. Tapi saya takut bila ibu tahu tentang perkara ini ibu jadi pandang lain kepada D.

Hati kecil saya yakin perkara ini takkan ada yang tahu selagi tiada yg bercerita tapi saya takut dengan penerimaan ibu sekiranya dia tertahu selepas menikah nanti.

Jadi perlukah saya berterus terang tentang ini kepada ibu atau simpan rapat rahsia ini dan mengharap ia takkan pernah terbongkar?

Saya sangat2 gelisah sehingga tak dapat tidur dan selalu menangis. Benda ni betul2 buat saya takut. Saya takut ibu marah. Saya juga takut kehilangan D.

– Gadis keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Apakah jantina anak sulung tersebut? Jika anak lelaki, hubungan puan dan juga anak lelaki tersebut akan kekal bukan mahram disebabkan status anak tersebut adalah anak tak sah taraf. Mungkin ini yang perlu pua lebih risaukan berbanding masalah yang puan ceritakan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *