Perlukah Aku Beritahu?

Assalamualaikum semua. Saya sangat memerlukan pendapat anda semua perlukah saya beritahu kerana benda ini memang big issues.

Okay cerita dia masa 2016 saya kenal dengan seorang perempuan ni & saya bercrush jugalah dengan dia sekejap dalam setahun tapi tak tegur apa apapun just crush atas angin gitu. Dia duduk satu flat dengan saya.

Pada 2018 pula entah macam mana mak dia dengan anak dia boleh rapat dengan saya (lagipun tahun 2018 tu maknya ada buka kedai dekat dengan tempat kerja saya selang beberapa kedai je)

Tapi masa ni saya dah turnoff dah dengan anaknya (adalah benda benda yang saya kurang minat sikit..)

Okay nak dipendekkan cerita,

Masa hujung tahun 2020 (bulan 11&12) anak dia pula suka dekat saya tapi saya reject and tak lama tu masuk tahun baru 2021 dalam hujung bulan 2 tu saya terima mesej dari rakan saya dengan satu gambar & video dengan ayat “crush kau mi”

Saya bangun pagi tu baca & tengok gambar ingatkan apa. Rupanya perempuan tu dah terlanjur dengan pakwe dia and video dia dah tersebar sebab pakwe dia yang sebarkan tapi saya tak pasti dah tersebar sampai mana,

Sebab selepas saya tanya tanya kawan saya tu, dia kata dapat dari fb atas nama perempuan tu and dia sendiri post kat story tapi saya yakin yang tu fb fake sahaja yang memakai nama perempuan tu.

Cuma masalah dia sekarang ni, fake akaun tu promote siapa nak rasa blablabla sila datang ke alamat perempuan ni, siap bagitahu tingkat berapa, blok apa dan no rumah.

Saya ada contact mak dia ingat nak beritahu hal ni tapi lepas saja mak dia reply saya terus tak sampai hati nak bagitahu and tukar topik buat buat tanya benda lain.

Saya tak sampai hati nak beritahu sebab mak dia dah tua dalam 50/60 macamtu, suaminya dah meninggal (ayah saya) and dia ada anak sorang saja iaitu “saya” satu satunya harapan dan kesayangan dia.

Terdetik kat hati ni kalau lah aku seorang bapa pasti aku sangat kecewa bila terima berita ni daripada orang yang aku kenal. Itulah yang membuatakan saya tak jadi nak bercerita dan jujur dekat mak dia.

sebelum end conversation dengan mak dia tu saya ada pesan kat mak dia kalau “saya” balik nnti tolong suruh dia whatsapp “Helmy” tapi dia langsung tak whatsapp.

Saya ada minta no saya juga tapi maknya cakap saya tak bagi share contact dia dulu dekat sesiapa sebabtu saya tinggalkan pesan dekat maknya (kenapa ada no mak dia saja tapi takde no saya sebabnya masa tu rimas dia push push saya and then saya buang no dia)

And saya dah contact “saya” juga dekat ig untuk beritahu dekat dia yang pakwe dia sebarkan video video dia, kalau pakwe dia mintak lagi jangan bagi, jangan bagi buat video dan buat segalanya tapi tak boleh nak bagitahu sebab dia share ig dengan pakwe dia.

Saya suruh whatsapp and dia whatsapp tapi pakai no whatsapp pakwe dia and dia macam marah marah sebab pakwe dia tahu yang saya chat dia.

Jadi saya tak boleh cerita full sebab pakwe dia ada. Saya tahu yang tu bukan no saya jadi saya tak bagitahu dulu, saya just buat buat tanya benda lain.

Jadi sekarang ni saya tak ada cara untuk contact dengan saya melainakan mak dia. Saya bukan nak busybody ke apa tapi disebabkan dari dulu sampai sekarang saya rapat dengan dia & saya rapat dengan mak dia.

Saya dah anggap mak dia macam mak saya dan dia macam kakak saya sebab dia berumur 25 tahun tapi saya 22 tahun.

Jadi saya rasa macam kalau saya tak beritahu macam diri saya ni bersubahat pula sebab saya dah tahu benda tu tapi saya tak halang mahupun menasihati, ajar atau apa apala yang berkait.

Tapi bila nak bagitahu tu tak sampai hati, yela takut juga kalau bagitahu direct nanti keluarga dia pecah belah ke, kene buang keluarga ke apa ke kitapun taktahukan apa yang akan terjadi dimasa depan.

Dahla mak dia sorang saja yang kerja dan yang tanggung anak dia, tak ada orang lain lagi dalam rumah kecuali anak dia.

Jadi saya perlukan pendapat dari anda seorang bapa/ibu/akak/abang & adik. Apakah yang perlu saya buat?

Perlukah saya beritahu direct terus ataupun saya cuma berkias kias sahaja kepada maknya supaya meminta anaknya jauhi orang orang yang dia berkawan sekarang dengan alasan yang saya kenal kawan kawan dia sekarang dan kawan kawan dia tu tak baik ?

Tapi kalau buat macam ni lelaki tu sedapla dah dapat tapi perempuan tu yang sukarela jauhkan diri. Entahla saya pun buntu atau adakah patut saya tutup mata dan tutup mulut sahaja? Tapi tidak berdosakah aku jika buat begitu.

Dosa sebelum pun tak terhitung hm.. Saya mohon bantulah saya, ajarlah saya apa yang perlu dibuat dan yang rasa betul.

Kepada semua yang membaca ni smpai habis jika ada orang yang ajar dekat komen dan anda rasa cara itu yang paling terbaik tolonglah bagi like dan tinggalkan komen “setuju” tanda cara itu yang terbaik. Jadi saya cuba ikut cara orang itu.

Btw, saya memang tidak boleh pergi kerumah dia sebab sekarang saya berada di singapura (bekerja) jadi tidak boleh balik.

Jadi itu sahaja yang saya nak meluahkan,

Terima kasih.

– Helmy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *